Permohonan UPU Online Sesi 2021 / 2022 - Rakyat News

Permohonan UPU Online Sesi 2021 / 2022

Berita baik kepada lepasan SPM 2020 dan lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM, kini permohonan UPU online dibuka kepada mereka yang layak untuk memohon. Selain itu, permohonan ini juga dibuka kepada lepasan Diploma / Setaraf.

Permohonan ini mula dibuka pada 4 Januari bermula pukul 12 tengah hari.

Pemilihan program pengajian adalah dilakukan mengikut ketetapan berikut:

LEPASAN SPM

Berdasarkan keputusan peepriksaan percubaan SPM 2020 (Jika ada).

Pemohon boleh mula membuat pilihan kursus yang diingini pada 21 Mac 2021 , pukul 12 tengah hari sehingga 31 Mac 2021 (pukul 5 petang).

LEPASAN STPM/ MATRIKULASI / ASASI / STAM

Bagi pelajar lepasan STPM dan setaraf, permohonan dilakukan mengikut keputusan peperiksaan berikut:

  • STPM 2020 – Keputusan Peperiksaan terbaik sehingga peperiksaan semester 2.
  • Matrikulasi / Asasi – Keputusan peperiksaan semester 1
  • STAM 2020 – Keputusan peperiksaan trial / percubaan (jika ada)

Pemohon boleh mula mengisi program yang dipilih pada 16 Mac 2021 , pukul 12 tengah hari, sehingga 31 Mac 2021 pukul 5 petang.

Baca: Permohonan BPR 2021

Cara Permohonan UPU Online 2021

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web upu.mohe.gov.my

Step by step cara permohonan adalah seperti di bawah.

  1. Beli nombor Unik ID UPUOnline. Pastikan pilih kategori yang betul.
  2. Layari portal UPU https://upu.mohe.gov.my
  3. Sila pastikan kategori yang anda pilih betul.
  4. Syarat kelayakan boleh dibuat pada  e-panduan UPUOnline.
  5. Untuk mengira merit, boleh klikdisini.
  6. Semak tren permohonan dan penawaran.
  7. Semak laluan kerjaya.
  8. Isi borang permohonan UPUOnline.
  9. Pastikan anda memasukkan maklumat bertanda (*) dengan sempurna.
  10. Buat Pilihan program mengikut keutamaan anda.
  11. Isi semua maklumat pada borang permohonan.
  12. Klik butang “SIMPAN”.
  13. Cetak slip permohonan.
  14. Simpan slip permohonan sebagai bukti bahawa permohonan anda telah dibuat.
  15. Untuk makluman, Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. Anda boleh membuat kemaskini selagi masih dalam tarikh permohonan.
  16. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
See also  Jadual SPM 2020 (Dikemaskini)
poster permohonan upu

Jika ada pertanyaan

Jika ada soalan dan pertanyaan, anda boleh menggunakan UPU chat pada pautan ini.

Ataupun boleh isi borang pertanyaan dan maklumbalas.

upuchat

Soalan Lazim

Bilakah permohonan UPU Online boleh dibuat?

Bermula 4 Januari 2021.

Bilakah tarikh tutup permohonan UPU?

31 Mac 2021.

Bilakah no unik ID BSN boleh mula dibeli?

Mulai Februari 2021

Berapa kalikah kemaskini dan perubahan maklumat boleh dibuat?

Tiada had , Sehingga tarikh tutup permohonan.

Leave a Comment