[TERKINI] Permohonan UPU Online 2023/2024 | Syarat & Cara Memohon

[TERKINI] Permohonan UPU Online 2023/2024 | Syarat & Cara Memohon

Permohonan Baharu Kemasukan UPU, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Kemahiran Tinggi Awam Melalui UPUOnline Sesi Akademik 2023/2024 ~ Kepada calon lepasan SPM, STPM, STAM & Diploma Setaraf, sila ambil perhatian. Permohonan UPU Online bagi sesi akademik 2023/2024 akan dibuka bermula 7 Februari 2023 bagi kemasukan ke:

  • Universiti Awam (UA)
  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Permohonan UPU Online 2023/2024

UPUOnline adalah sebuah Portal Rasmi Kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi Latihan Kemahiran Awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf. 

Laman web UPU Online: http://upu.mohe.gov.my

Melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), permohonan UPU Online ini  terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian bagi permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau ujian dibuka bagi permohonan Fasa Kedua.

Permohonan UPU Online
Permohonan UPU Online 1

Selain itu, permohonan UPU Online ini adalah untuk kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 politeknik, 105 kolej komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).

Seperkara lagi, para pemohon tidak perlu mengeluarkan duit RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID.

Hal ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi. Kos tersebut  akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.

Permohonan UPU Online

Tarikh Permohonan UPU Online 2023/2024

Permohonan UPUOnline akan dibuka bermula 7 Januari hingga 28 Mac 2023 bagi permohonan Fasa Pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun 2023 bagi Fasa Kedua.

  • Fasa 1 : 7 Januari hingga 28 Mac 2023
  • Fasa 2 : 15 Mei hingga 12 Jun 2023
Permohonan UPU Online

Panduan Permohonan UPU Online 2023/2024

Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:

  1. Sila Layari portal rasmi UPU Online di pautan berikut:  https://upu.mohe.gov.my/ 
  2. Kemudian, kenalpasti kategori anda dengan betul.
  3. Jangan lupa semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  4. Kira merit anda.
  5. Semak tren permohonan dan penawaran.
  6. Semak laluan kerjaya.
  7. Isi permohonan UPUOnline.
  8. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  10. Lengkapkan borang permohonan.
  11. Klik butang “SIMPAN”.
  12. Cetak slip permohonan.
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
Permohonan UPU Online

Syarat Am / Kategori Permohonan UPU Online 2023

KATEGORI 1 : PERMOHONAN LEPASAN SPM

  • SPM 2022
  • SPM 2021 & SPM 2020

KATEGORI 2 : PERMOHONAN LEPASAN STPM / SETARAF

  • STPM 2022
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / ASASIpintar UKM / Asasi UiTM Sesi Akademik 2022 / 2023
  • STAM 2022 & 2021
  • Diploma / Setaraf
  • Diploma UA / Politeknik
  • DKM / DLKM / DVM/ Diploma IPTS / Diploma Luar Negara / Lain-lain Diploma
  • Kelayakan Setaraf Seperti A-Level / IB / AUSMAT / SAM/ CPU / Sekolah Sukan
  • STPM, Matrikulasi KPM / Asasi , STAM (Bukan tahun semasa)
Permohonan UPU Online
Permohonan UPU Online

Program Pengajian Yang Ditawarkan

Untuk mengetahui senarai Program Pengajian yang ditawarkan bagi permohonan UPU Online 2023 / 2024, calon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my/ 

Panduan Memilih Program Pengajian 

  • Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  • Program yang minat.
  • Pilihan program mengikut keutamaan.
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
Permohonan UPU Online

Cara Membuat Pilihan Program Pengajian Yang Sesuai

Anda boleh melayari e-Panduan Kemasukan Pelajar untuk mendapatkan senarai program pengajian yang anda minati di URL seperti berikut :-

Dalam e-Panduan ini, anda boleh menyemak sama ada ada layak memohon atau tidak. Selain itu, anda juga boleh membuat semakan syarat am dan syarat khas program pengajian melalui Sistem Semak Syarat di pautan berikut: http://www.semaksyarat.info. Sila pastikan anda memilih program pengajian yang layak sahaja.

Selain itu, sebelum anda memilih pilihan program pengajian, anda perlu memilih tiga (3) bidang yang diminati. Senarai program pengajian yang dipaparkan adalah berdasarkan tiga (3) pilihan bidang yang telah anda pilih.

Tarikh-tarikh Penting UPU Online: Proses Temuduga, Fasa Kemaskini, Keputusan Permohonan & Rayuan

Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM & lepasan STPM Sesi Akademik 2023 / 2024

Permohonan UPU Online

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai permohonan UPU Online sesi 2023/2024, anda boleh hubungi/layari saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: