Sebelum ini kalau ajak isteri keluar makan malam atau pergi ke mana mana, beliau akan pakai tudung bawal dan juga tudung Fareeda. Yang membuatkan saya perasan satu benda adalah ketika isteri saya menyarungkan tudung Fareeda. Cantik dan cepat untuk bersiap. Maklumlah, tudung Fareeda adalah dari jenis “ready made”. Pakai, sarung dan siap. Saya tanyakan lagi, dia beli di mana tudung Fareeda tersebut. Rupa isteri telah ke butik Fareeda di jalan Permatang Pauh bersama rakan sebelum ini. Katanya ada banyak tudung tudung design rekaan yang cantik yang ada dijual di butik sana.
Saya memang sudah biasa lalu lalang di hadapan kedai butik Fareeda tersebut. Maklumlah, kedai tersebut hanya ditepi jalan sahaja. Oleh kerana perasan yang isteri ulang alik pakai tudung yang sama, rasa kesian pula. Jadi saya tawarkan kepada isteri untuk membeli beberapa tudung Fareeda di butik Fareeda tersebut. Isteri terus setuju sahaja. Dan kebetulan bulan Ramadhan hendak hampir tiba, dan banyaklah iklan iklan promosi jualan murah yang ditawarkan di sana. Memang beli tepat pada masanyalah.
Butik Fareeda Permatang Pauh Pulau Pinang
Pandangan pertama kali saya sampai ke halaman butik Fareeda Permatang Pauh ini adalah, ianya sebuah kedai tudung yang eksklusif bagi saya. Luaran butik pun sudah macam rumah mewah dah. Dan bila masuk ke dalam, butik tersebut tidaklah besar mana. Bagi saya ianya agak kecil. Dan pilihan tidak berapa banyak. Ada tudung Fareeda yang berharga RM30, RM40, RM50, RM55, RM60 sehelai dan banyak lagi. Ada beberapa penawaran harga murah kalau beli 3 helai RM100 dan ada yang 2 helai RM100.
Saya sebagai suami dan orang lelaki, bukanlah tahu sangat bentuk tudung orang perempuan ini. Tetapi dari pandangan kasar, design rekaan yang ada memang nampak cantik bagi saya. Cuma ada 1 benda yang saya perasan. Kalau yang murah sedikit, ianya nampak sedikit berkedut. Kalau yang mahal sikit nampak licin tidak berkedut. Saya tidak pasti samada ianya belum digosok atau apa. Cuma teringat isteri sebelum ini ada mengatakan yang tudung Fareeda yang beliau beli adalah dari jenis yang tidak mudah berkedut.
Kalau basuh pun, terus sidai dan boleh pakai balik. Memang jarang nampak isteri menseterika tudung Fareeda yang beliau beli sebelum ini berbanding tudung bawal atau tudung shawl biasa. Orang lelaki memang kalau boleh hendak isteri bersiap cepat. Jadi dengan adanya tudung Fareeda yang dibeli dari butik Fareeda nanti bolehlah isteri bersiap lebih cepat.
Website Untuk Membeli Tudung/Hijab
- Lazada – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis tudung di sini
- 11Street – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis tudung di sini
- Shopee – anda boleh mencari dan membeli pelbagai jenis tudung di sini
- Zalora – anda boleh mencari pelbagai jenis tudung moden di sini
- FashionValet – anda boleh membeli pelbagai jenis tudung trendy di sini
Dari pengalaman saya bersama isteri teman beliau membeli tudung. Sebenarnya banyak juga rekaan tudung yang hampir sama dengan tudung brand jenama Fareeda ini. Ianya jenis pakai siap (ready made) juga. Ada bermacam warna dan kebanyakkannya adalah dari jenis kosong. Dan isteri saya pernah menyuruh kedai tudung tersebut untuk pasangkan manik swarovski pada tudung tersebut. Cantik juga.
Cuma dari segi kualiti material memang ada beza. Kalau anda pegang kain tudung yang kami beli di butik Fareeda, memang ada beza. Namun ianya berbalik kepada diri anda sendiri. Ada bajet lebih maka berbelanjalah lebih. Ada bajet rendah, belilah ikut kemampuan. Jangan beli apa apa barang sampai memaksa kewangan diri semata mata kerana nafsu. Nanti anda juga merana. Bak kata pepatah, beli barang ukur pada badan sendiri. Apa apa pun tudung Fareeda terbaik, selesa dan sedap dipakai. Bye.