16 Jenama Tudung Paling Laris Dan Popular Yang Wajib Ada Dalam Koleksi Setiap Hijabista

15 Jenama Tudung Paling Laris Dan Popular Yang Wajib Ada Dalam Koleksi Setiap Hijabista

Trend hijab nampaknya semakin popular, seiringan dengan perkembangan fesyen Muslimah. Maka tak hairanlah kalau sekarang ni ada banyak jenama tudung popular yang ada di pasaran. Bagi hijabista pula, kepelbagaian jenama tudung ini memberikan variasi kepada cara untuk menggayakan tudung supaya nampak trendy serta menampilkan imej Muslimah moden. Sekiranya anda nak cuba rekaan tudung-tudung baharu, kami sudah pun senaraikan 16 jenama tudung paling laris di Malaysia untuk memudahkan anda membuat pilihan.

16 Jenama Tudung Paling Laris Dan Menjadi Pilihan Ramai Muslimah

Jenama-jenama tudung paling laris di Malaysia ni popular kerana tarikan mereka yang tersendiri. Wanita bertudung mesti teruja nak tahu jenama tudung yang menepati gaya dan citarasa mereka. Jom kita tengok.

1.   Aidijuma

Jenama tudung Aidijuma i
Kredit: Aidijuma bawal original murah di Shopee

Jenama tudung Aidijuma ini pernah menjadi kegilaan ramai wanita suatu ketika dahulu. Ia diasaskan oleh bekas personaliti TV3, Norjuma Habib Mohamed dan pernah mencatat jualan tertinggi (tempatan) sebanyak RM77 juta pada tahun 2016. Perniagaan yang tertumpu kepada pelbagai jenis tudung bawal ini mendapat sambutan ramai kerana selesa dipakai, berkualiti, cantik serta harganya yang mampu milik. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Aidijuma mengumumkan penutupan semua kedai melalui hantaran di akaun Instagram Aidijuma pada 6 Mac 2020. Namun, peminat Aidijuma tak perlu bersedih sebab nampaknya tudung ini masih boleh dibeli secara online. 

2.   AlHumaira

tudung alhumaira
Kredit: @alhumairaofficial dari Instagram

AlHumaira merupakan jenama tudung yang mengetengahkan konsep bergaya dalam kesederhanaan. Sejak ditubuhkan pada tahun 2010, AlHumaira terus-menerus menghasilkan tudung yang selesa dan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Koleksi baharu jenama AlHumaira juga sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat fesyen Muslimah yang tidak ingin melepaskan peluang untuk bergaya dengan pelbagai gaya tudung terkini. Tudung sarung (tudung instant) antara yang menjadi pilihan ramai wanita Muslimah kerana diperbuat daripada fabrik chiffon premium yang sentiasa buat anda nampak on point!

3.   Ameera Zaini

Peminat jenama tudung tempatan mesti dah kenal sangat dengan label Ameera Zaini
Kredit: @ameerazainiofficial dari Instagram

Peminat jenama tudung tempatan mesti dah kenal sangat dengan label Ameera Zaini ni. Ia diasaskan pada tahun 2012 oleh bekas pengacara program Hijab Stailista, Nor Ameera Zaini. Tudung-tudung Ameera Zaini ini diinspirasikan daripada fesyen Muslimah global seperti di United Kingdom, Turki, Perancis, Belanda dan lain-lain lagi. Selain selendang (shawl), tudung corak dan tudung instant. Ameera Zaini juga kini memiliki koleksi pakaian yang terdiri daripada palazzo, cardigan abaya dan sut (suit).

4.   Ariani

tudung sarung Ariani
Kredit: ARIANI Official Store di Shopee

Dilancarkan pada April 2008, Ariani merupakan salah satu jenama tudung premium paling popular di Malaysia. Ia memang cukup dikenali dengan gaya tudung awning ikoniknya dan kalau nak tahu, tudung sarung Ariani ni antara yang menjadi kegemaran ramai wanita Muslimah. Peminat juga sentiasa ternanti-nanti akan tudung Ariani terbaru kerana jenama ini memfokuskan kepada pelbagai warna, tekstur, dan corak untuk menghasilkan gaya tudung yang moden, unik dan elegan. Mereka juga menggunakan fabrik yang sesuai dengan iklim Malaysia. Bukan itu sahaja, pada tahun 2021, mereka melancarkan koleksi edisi istimewa Ariani Palestine, Freedom For Palestine di mana setiap pembelian disumbangkan kepada Palestine.  

5.   Bawal Exclusive

Bawal Exclusive menawarkan pelbagai jenis tudung bawal berkualiti tinggi
Kredit: @bawalexclusive dari Instagram

Bawal Exclusive menawarkan pelbagai jenis tudung bawal berkualiti tinggi. Terdapat banyak rekaan tudung bawal terkini dari harga serendah RM65 sehinggalah RM2,600 untuk koleksi terhad. Anda juga boleh dapatkan tudung Princess Hera dari koleksi Little Gems yang direka khas oleh Swarovski jika mampu berbelanja RM 6,900 untuk sehelai tudung! Bawal Exclusive juga menerima tempahan peribadi (personalised order) untuk koleksi Little Gems ini untuk gaya elegan yang tersendiri.

6.   Bokitta Hijab

tudung bokitta terkini
Kredit: Bokitta. di Shopee

Bokitta merupakan jenama tudung kontemporari yang sinonim dengan Muslimah zaman kini. Jenama ini mengeluarkan tudung tanpa pin pertama (koleksi Voila) pada tahun 2010 yang memang sesuai untuk wanita sibuk dan bekerjaya. Ia turut dipatenkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan dilindungi di 144 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Tudung instantnya bukan sahaja praktikal malah sesuai untuk semua majlis dan peringkat umur. Kalau anda baru belajar untuk memakai tudung, bolehlah cuba tudung Bokitta ni sebab dijamin nampak kemas!

7.   Cakenis

 Cakenis menawarkan pelbagai jenis shawl dan bawal printed
Kredit: @cakenis di Instagram

Jenama fesyen dan kecantikan Cakenis yang diasaskan oleh pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini semakin dikenali ramai. Cakenis menawarkan pelbagai jenis shawl dan bawal printed yang sesuai untuk semua Muslimah hijabista. Selain daripada tudung, anda juga boleh dapatkan pakaian renang Muslimah, kosmetik, pelitup muka dan produk penjagaan kulit daripada laman web Cakenis. Harganya pula tidak terlalu mahal  malah setiap rekaannya sesuai untuk wanita bekerjaya.

8.   dUCk Scarves

dUCk scarves ini memang tak asing lagi dalam kalangan peminat fesyen tudung tempatan.
Kredit: @theduckgroup di Instagram

dUCk scarves ini memang tak asing lagi dalam kalangan peminat fesyen tudung tempatan. Popularitinya telah mengangkat label ini sebagai salah satu jenama tudung paling laris di Malaysia. Jenama yang diasaskan oleh usahawan selebriti, Vivy Yusof ini menawarkan pelbagai koleksi tudung seperti Premium Basics, Prints, Limited Edition, Instant dan banyak lagi.  Anda juga boleh dapatkan set permulaan dUCk serta koleksi kerongsang yang cantik untuk melengkapkan gaya anda. Harga tudung dUCk ni agak mahal tapi apa salahnya kalau mampu, kan?

9.   Fareeda

Mereka memperkenalkan FRDA By Fareeda untuk koleksi tudung terkini yang lebih kontemporari dan versatil.
Kredit: @fareedagroup dari Instagram 

Dengan slogannya ‘Dengan Fareeda Anda Nyata Jelita’, empayar tudung Fareeda memulakan perniagaan mereka pada tahun 2006. Reka bentuk tudung Fareeda adalah eksklusif, berkualiti tinggi dan dipatenkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO) untuk melindungi hak reka ciptanya. Kalau anda masih ingat, tudung Fareeda ni pernah menjadi fenomena kerana pelanggan sanggup beratur dan bermalam di luar butik sebelum promosi diadakan. Bukan itu sahaja, jenama Fareeda telah membuat penjenamaan semula setelah lebih 10 tahun di dalam pasaran. Mereka memperkenalkan FRDA By Fareeda untuk koleksi tudung terkini yang lebih kontemporari dan versatil.

10.   Jovian Hijab

Jovian Hijab jenama tudung paling laris
Kredit: JOVIAN

Dato’ Jovian Mandagie yang merupakan salah satu pereka fesyen terkemuka di Malaysia telah mengasaskan koleksi pakaian siap dipakai atau ready-to-wear (RTW) sejak tahun 2012. Koleksi beliau walaupun berpatutan masih mengekalkan rupa dan kualiti standard semua rekaan Jovian. Koleksi Jovian Hijab terdiri daripada pelbagai pilihan and jenis tudung termasuk Serena Voile Classic Square Shawl collection dan Hijab Melvin Arté Square Shawl. Jika anda peminat tudung shawl, jenama Jovian RTW wajib anda tengok!

11.   Naelofar Hijab

Naelofar Hijab sentiasa meniti di bibir peminat-peminat
Kredit: naelofar OFFICIAL STORE di Shopee

Naelofar Hijab sentiasa meniti di bibir peminat-peminat selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor. Beliau menawarkan pelbagai koleksi hijab, pakaian muslimah, set telekung, beg tangan dan aksesori yang menetapi citarasa Muslimah di seluruh dunia  termasuk Indonesia, Singapura, Dubai, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan banyak lagi. Rangkaian jenama Naelofar bukan sahaja terdapat dalam talian malah anda juga boleh dapatkannya di gedung-gedung utama tanah air seperti SOGO dan Isetan KLCC.

12.   Radiusite

Radiusite telah bertapak sejak tahun 2008 lagi dan merupakan antara jenama tudung paling laris di Malaysia.
Kredit: Radiusite Official di Shopee

Radiusite telah bertapak sejak tahun 2008 lagi dan merupakan antara jenama tudung paling laris di Malaysia. Mereka menumpukan perniagaan mereka pada tudung manik dengan perincian yang halus, berkualiti premium dan menepati ciri-ciri syariah. Selain itu, jenama ini juga memperkenal label Dreemika oleh Radiusite yang direka khas supaya mesra wudhu dan mesra menyusu (nursing friendly). Jadi ibu-ibu tak perlu kalut atau rasa tak selesa lagi jika perlu menyusukan anak ketika berada di luar.

13.   SugarScarf

Jenama SugarScarf popular dalam kalangan hijabista
Kredit: Sugarscarf di Shopee

Jenama Sugarscarf popular dalam kalangan hijabista kerana reka bentuk selendang mereka yang mudah untuk digayakan serta kualiti fabrik yang mewah tapi harganya berpatutan. Di Sugarscarf, mereka memfokuskan untuk meraikan semua wanita yang berkeyakinan tinggi, kontemporari dan berani. Terdapat pelbagai jenis shawl pleated, shawl petak, dan juga koleksi tudung khas untuk kanak-kanak. Mesti comel kalau pakai pergi rumah terbuka!

14.   Tudung Fareha

fareeha tudung jenama laris
Kredit: Sugarscarf di Shopee

Harga Tudung Fareha sangatlah berpatutan dan sesuai untuk mereka yang ingin bersederhana. Koleksi tudung bawal Chanella antara yang laris macam pisang goreng panas kerana bawal cotton premium ini senang dibentuk manakala coraknya eksklusif, terhad dan ada logo Fareha pada fabriknya. Untuk anda yang selalu sibuk pula, bawal anti kedut edisi istimewa Back to Floral merupakan pilihan terbaik. Rekaan dan coraknya pula cantik-cantik. Rambang mata dibuatnya!

15.   Tudung People

 Tudung People ini bukan sahaja antara jenama tudung paling laris di Malaysia, malah ia turut dikenali di pasaran global.
Kredit: @tudungpeople dari Instagram

Slogan “Making tudung by the people, for the people” ni memang sesuai dengan jenama Tudung People yang ingin menghasilkan tudung dengan harga berpatutan dan selesa untuk semua orang. Sejak ditubuhkan pada 2011, Tudung People ini bukan sahaja antara jenama tudung paling laris di Malaysia, malah ia turut dikenali di pasaran global. Mereka telah melancarkan 30 rekaan tudung dan setakat ini mempunyai pengedar rasmi di Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, Perth, Brisbane, Sydney, Adelaide dan Jepun.

16.   TudungRuffle

TudungRuffle juga merupakan salah satu jenama tudung paling laris dan trending di Malaysia.
Kredit: TudungRuffle Official Store di Shopee

TudungRuffle juga merupakan salah satu jenama tudung paling laris dan trending di Malaysia. Pengasasnya membuka perniagaan ini untuk memfokuskan pada rekaan tudung bawal. TudungRuffle lain daripada yang lain kerana koleksi tudung-tudung mereka bukan sahaja dihasilkan daripada fabrik bermutu tinggi, malah dihiasi dengan kristal Swarovski tulen yang diimport terus dari Austria. Setiap batuan kristal diletakkan dengan teliti supaya rekaan tudung nampak estetik dan menyerlahkan keanggunan si pemakai. Untuk pencinta fesyen Muslimah moden, koleksi tudung bawal terkini dari TudungRuffle ni memang sesuai untuk semua lapisan umur, tak kira sama ada anda wanita bekerjaya, suri rumah atau pelajar. Anda boleh cuba banyak rekaan baharu dan yang penting semuanya patuh syariah.

Cuba Pelbagai Gaya Tudung Terkini Untuk Penampilan  Yang Segar Dan Tersendiri

Anda juga boleh tiru style tudung selebriti popular tanah air s
Kredit: @yuna, @mfmirafilzah, @missfazura, @ctdk, @izaraaishahofficial dan @vivyyusof dari Instagram

Gaya tudung yang berbeza-beza boleh memberikan kelainan pada wajah anda. Kalau selalunya anda pakai tudung bawal, apa kata anda cuba pula jenis-jenis tudung yang lain untuk penampilan yang sedikit berbeza. Anda juga boleh tiru style tudung selebriti popular tanah air seperti Fazura, Mira Filzah dan Lisa Surihani untuk mendapatkan inspirasi gaya tudung terkini. Walaupun ringkas, anda tetap nampak elegan dan berkelas tinggi! 

Nak dapatkan lebih banyak koleksi tudung terkini? Jangan lepaskan peluang untuk lawati Style By Shopee untuk lihat gaya terbaru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *