Pemilihan UMNO: Seramai 383 Calon Layak Bertanding Peringkat Pusat

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) memaklumkan bahawa secara keseluruhannya seramai 383 orang calon layak bertanding pada Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 di peringkat pusat. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad berkata seramai lapan orang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden, 95 orang calon bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO; Pengerusi Tetap (2 orang) manakala Timbalan Pengerusi […]

» Read more

Demokrasi Semakin Subur Dalam Proses Pemilihan UMNO – Ahmad Zahid

GUA MUSANG, 27 Feb – Jumlah calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2023 kali ini bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata hal ini kerana mereka (calon) melihat bahawa UMNO ini mempunyai masa hadapan untuk menterjemahkan potensi itu. “Bila ramai orang […]

» Read more

Pendaftaran Pemilihan UMNO 2023 Diteruskan, Dijangka Lebih Ramai Tampil

KUALA LUMPUR, 20 Feb – Pendaftaran bagi Pemilihan UMNO 2023 yang telah bermula sejak seminggu lalu berjalan lancar sejak pembukaannya pada 13 Februari. Dibuka setiap hari jam 9 pagi sehingga 5 petang sehingga 26 Februari di Auditorium Menara Dato’ Onn ianya bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri. Sementara itu bagi pemilihan jawatan di peringkat Bahagian, […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin RoS Lulus Usul Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO Tidak Dipertanding

KUALA LUMPUR, 15 Feb – UMNO yakin Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan meluluskan usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti itu tahun ini. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin parti itu telah mematuhi segala peraturan mesyuarat yang sudah ditetapkan dan selari dengan […]

» Read more

Hari Pertama Pendaftaran Pemilihan UMNO 2023 Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pendaftaran bagi proses Pemilihan UMNO 2023 berjalan lancar pada hari pertama pembukaannya yang bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang di Auditorium Menara Dato’ Onn. Pendaftaran tersebut adalah bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri yang bermula hari ini sehingga 26 Februari 2023. Calon atau wakil calon perlu mengikuti beberapa prosedur […]

» Read more

UMNO Telah Kemuka Maklumat Diperlukan RoS – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 9 Feb – UMNO telah mengemukakan semua maklumat yang diperlukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata segala penjelasan serta maklumat yang diperlukan telah diserahkan […]

» Read more

Usul Tidak Tanding Dua Jawatan Tertinggi UMNO Tidak Langgar Perlembagaan Parti

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata tiada pelanggaran perlembagaan atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022 baru-baru ini, yang melibatkan kelulusan usul tambahan tiada pertandingan dua jawatan tertinggi parti pada pemilihan akan datang. “Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan presiden dan timbalan. Sudah banyak kali dalam […]

» Read more

UMNO Jumpa RoS, Jelas Aduan Jawatan Presiden, Timbalan Tidak Dipertandingkan

SHAH ALAM, 1 Feb – UMNO hari ini memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata beliau bersama tiga individu lain telah menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad […]

» Read more

Ahli UMNO Kuala Nerus Hantar Aduan Kepada Ros Tidak Wakili UMNO Terengganu – Ahmad Said

DUNGUN, 22 Jan – Tindakan seorang ahli UMNO Kuala Nerus menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah bersifat peribadi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir itu tidak melambangkan pandangan atau pendirian UMNO Terengganu. Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan […]

» Read more

Demi Masa Hadapan UMNO, ‘Post-mortem’ Mesti Jujur – Fadzli

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil UMNO Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata perkara asas yang UMNO mesti lakukan adalah membuat ‘post-mortem’ dengan penuh kejujuran selepas peristiwa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub itu, ia perlu dilakukan sebelum bertindak meneroka strategi dan pendekatan terbaik bagi memastikan UMNO diterima kembali oleh rakyat khususnya orang Melayu. “Pertama, […]

» Read more
1 2 3 9