Hari Kidal Sedunia: Tarikh & Kelebihan Orang Kidal

Hari Kidal Sedunia: Tarikh & Kelebihan Orang Kidal

Hari Kidal Sedunia adalah hari tahunan antarabangsa yang disambut pada setiap tahun pada 13 Ogos bagi meraikan keunikan dan perbezaan pengguna tangan kiri.

Penggunaan tangan sebelah kiri atau kidal ini juga di kenali sebagai southpaws.

Untuk pengetahuan, Hari Kidal Sedunia mula disambut pada tahun 1976 oleh Dean R. Campbell, pengasas Lefthanders International, Inc.

Hari tersebut diwujudkan untuk meraikan ketidakadilan dan meningkatkan kesedaran tentang kelebihan dan kekurangan menjadi kidal di dunia.

Selain itu, hari ini juga disambut bagi menyebarkan kesedaran mengenai isu-isu yang dihadapi oleh orang kidal.

Tarikh Sambutan Hari Kidal Sedunia

Tarikh sambutan Hari Kidal Sedunia setiap tahun adalah pada 13 Ogos.

Kelebihan Orang Kidal

Walaupun orang kidal dilihat sebagai kekurangan, tetapi adalah tidak dinafikan orang kidal juga mempunyai banyak kelebihan.

i) Pemimpin Yang Berjaya

Kebanyakkan individu yang menggunakan tangan kidal ini adalah dari golongan kelas elit seperti peguam, speaker motivasi, atlet dan pakar kesihatan.

Ini kerana individu bertangan kidal lebih banyak menggunakan otak kanan yang bermaksud mereka memiliki daya pemikiran yang kreatif, analitikal serta bagus menggunakan bahasa dan berhujah.

Antara pemimpin terkemuka bertangan kidal adalah bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, George W.Bush dan Bill Clinton.

ii) Mudah Menonjol

Individu bertangan kidal dilihat mudah menonjol dalam apa jua yang dilakukan.

Ini bermakna, menjadi individu kidal bukanlah penghalang bagi mereka untuk berjaya dalam bidang yang ingin di ceburi.

iii) Mudah Memulakan Perbualan

Kebanyakkan individu kidal ini adalah jenis introvert namun mereka sebenarnya mudah memulakan perbualan dan tidak kekok jika berbual.

Cuma mereka mungkin lebih gemar suasana yang senyap dan berbual bila perlu.

iv) Berfikiran Luar Dari Kotak

Mereka bertangan kidal juga boleh dikategorikan sebagai seorang pemikir yang bagus.

Setiap idea atau buah fikiran yang datang dari individu bertangan kidal cukup unik dan di luar kotak pemikiran individu biasa yang lain.

v) Berdaya Saing

Seseorang bertangan kidal mempunyai semangat berdaya saing yang begitu kuat dan mendalam.

Ini terbukti apabila kajian yang di jalankan di Nortwestern mendapati bahawa individu bertangan kidal ini memiliki semangat berdaya saing yang cukup tinggi.

vi) Kawalan Diri Yang Bagus

Individu tangan kidal memiliki kawalan diri yang bagus dan ini sekaligus membentuk peribadi individu kearah yang lebih baik.

Adalah penting untuk mengawal diri dari perkara-perkara yang mampu membawa diri ke arah yang tidak bagus.

vii) Kelebihan Dalam Sukan

Individu bertangan kidal mempunyai kelebihan di dalam sukan seperti gimnastik, besbol, tenis, bola keranjang dan lompat galah.

Ini kerana aktiviti-aktiviti sukan tersebut mampu membuatkan individu kidal berada dalam kelas mereka yang tersendiri malah potensi mereka di dalam bidang sukan juga akan terserlah dengan kelebihan yang dimiliki.

Antara atlet yang berjaya bertangan kidal adalah bekas jaguh tenis dunia iaitu Rafael Nadal dan bekas jaguh badminton dunia Lin Dan.

Sumber: https://www.remaja.my/13-ogos-diiktiraf-hari-kidal-sedunia-fakta-kelebihan-orang-bertangan-kidal/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: