BENGKEL REFRESHER PENGGUNAAN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (HRMIS) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) SIRI 1/2024

BENGKEL REFRESHER HRMIS 2 BENGKEL REFRESHER HRMIS 3 BENGKEL REFRESHER HRMIS 4
BENGKEL REFRESHER HRMIS 5 BENGKEL REFRESHER HRMIS 6 BENGKEL REFRESHER HRMIS 7

 

KUALA LUMPUR, 6 Feb 24 - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Refresher Penggunaan HRMIS ATM Siri 1/2024 di Makmal Komputer AMSS, Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) selama 2 hari pada 6 dan 7 Feb 24. Bengkel yang diadakan selama 2 hari pada 6 dan 7 Feb 24 ini telah dihadiri seramai 21 orang peserta (6 pegawai dan 15 LLP) dari MTU, MPOU, MPPLU, MPBU, PU Sendayan, JAMCC dan INSMAT. 

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan bagi memantapkan lagi pengendalian HRMIS ATM, meningkatkan kefahaman dalam pengurusan data bagi HRMIS ATM dan mengenal pasti cabaran penggunaan HRMIS ATM di setiap peringkat Markas/Pangkalan/Unit TUDM.

Skop pengajaran adalah berkaitan modul-modul penting yang difokuskan di dalam HRMIS ATM iaitu Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Prestasi (SKT/LNPT) dan Permohonan Pertukaran. Seterusnya, difokuskan juga dalam Modul Penilaian Kompetensi, Pembangunan, Perkhidmatan Maklumat dan Pengurusan Perubatan.

Majlis penutup bengkel refresher ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM. Di dalam ucapan penutupnya, beliau telah menegaskan agar setiap kemasukan data di dalam platform HRMIS perlu sentiasa dikemaskini. Keutamaan bagi menentukan data maklumat BMI, DKT dan gambar yang terkini akan diminimumkan melalui pelaksanaan kemas kini maklumat dari semasa ke semasa oleh pihak pasukan. Para peserta bengkel juga diingatkan untuk berkongsi ilmu yang dipelajari kepada kerani tadbir lain di pasukan melalui platform pembelajaran Kelas TCI di pasukan masing-masing.  

Bengkel yang dilaksanakan selama 2 hari ini telah mencapai objektif dalam melahirkan pegawai dan anggota LLP yang lebih kompeten demi memastikan data sumber manusia TUDM yang tepat bagi kegunaan pembangunan kerjaya.