Selepas meratib soal gaji, Mat Yo kini sah bersama KL City - Sukan | Majoriti

Selepas meratib soal gaji, Mat Yo kini sah bersama KL City


  • Podium
  • Selasa, 16 Apr 2024

Mat Yo pernah berkhidmat bersama Melaka United pada 2022. — Facebook/Melaka United

LEGENDA penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo meneruskan kariernya sebagai pembantu jurulatih KL City Bawah 23 Tahun (B23) pada musim depan.

Mat Yo yang mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak negara pernah menabur bakti bersama kelab gergasi Thailand, BG Phatum United sebelum kembali ke Malaysia pada 2021.

Dengan pengalaman luas yang dimiliki penyerang berusia 38 tahun itu pastinya dapat membantu prospek KL City untuk berkembang sebagai pemain dalam Piala MFL musim depan.

Perkara itu dikongsikan pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi laman X milik beliau bersama sekeping gambar Norshahrul menyarung jersi KL City pada Selasa.

"KL City umum 'officially' Mat Yo jadi 'assistant coach U23 The City Boys' sekali gus tampak bersara sebagai pemain pada usia 38 tahun," ciapnya.

BACA LAGI: Hujan lebat halang Sri Pahang jadi sehebat TBG, gagal pesta gol lawan juara SPL

Mat Yo

Mat Yo (kiri) dilantik menjadi pembantu jurulatih KL City B23. — Facebook/KL City

BACA LAGI: 'Bakal jadi perlawanan epik', kelibat Wan Zack, insiden berdarah bayangi pertemuan 'El Clasico Malaya'

Ini bukan pertama kali KL City mengambil bekas pemain kebangsaan menjadi jurulatih apabila pernah melantik Muhammad Shukor Adan sebagai pembantu Bojan Hodak pada musim lalu sebelum menyertai Harimau Muda penghujung 2023.

Untuk info, Norshahrul telah memenangi kesemua kejuaraan Liga Malaysia bersama TRW Kelantan FC, Sri Pahang FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Manakala pemain kelahiran Terengganu itu juga berjaya membantu BG Pathum United menjuarai Thai League 1 pada musim 2020/21 sebelum menyertai Sarawak United.

Bersama skuad kebangsaan, gandingan Mat Yo dan Safee Sali berjaya membantu Harimau Malaya menjuarai kejuaraan sulung Piala AFF pada 2010.

Sebelum ini, Mat Yo menerusi laman Instagramnya meminta bekas pasukannya, Melaka United melunaskan tunggakan gaji semasa berkhidmat bersama skuad Hang Tuah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram