Lebam mata! Guru wanita cedera ditumbuk, disepak cikgu lelaki - Semasa | mStar
suria

Lebam mata! Guru wanita cedera ditumbuk, disepak cikgu lelaki

Seorang guru wanita cedera ditumbuk oleh seorang guru lelaki. -Gambar hiasan

KECOH apabila seorang guru wanita didakwa ditumbuk oleh rakan sekerja di sebuah sekolah rendah di Kemaman, pada Ahad.

Kejadian yang berlaku di kawsasn kantin sekolah pada 6.55 pagi itu menyebabkan guru wanita berkenaan yang berusia 32 tahun mengalami kecederaan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan.

Beliau berkata, suspek yang merupakan guru lelaki berusia 49 tahun itu didakwa bertindak menumbuk dan menyepak mangsa.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang juga seorang guru bahasa Inggeris lebam di mata kiri.

"Usaha mengesan suspek giat dijalankan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Dilaporkan, punca pergaduhan di antara suspek dan mangsa masih dalam siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain