Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia Vs Denmark (Live Streaming)
Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Denmark (Live Streaming)
UltraSukan
BA Malaysia/BWF
Advertisements

Perlawanan ketiga Kumpulan D Thomas Cup 2024 bakal menemukan Malaysia dan kuasa badminton Eropah, Denmark pada petang Isnin.

Selepas kedua-dua pasukan berjaya mara ke suku akhir, perlawanan ini bakal menentukan pasukan mana bergelar juara Kumpulan D.

Malaysia dijangka menurunkan Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Justin Hoh sebagai wakil perseorangan lelaki.

Advertisements

Sementara bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan naib juara Badminton Asia Championship (BAC) 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula dijangka menggalas cabaran beregu lelaki.

Denmark yang dibimbing Kenneth Jonassen juga dijangka menurunkan barisan terkuat mereka bersesuaian dengan status sebagai pasukan pilihan.

Advertisements

Pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dijangka mengetuai cabaran perseorangan lelaki. Manakala Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen mengetuai cabaran beregu lelaki.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Denmark

Info Siaran Langsung Malaysia vs Denmark

Tarikh: 30 April 2024 (Selasa)
Masa: 5.00 petang
Venue: High Technology Zone Sports Center, Chengdu, China
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik

Advertisements

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram