A continuación aparece una instantánea de la página web tal y como aparecía en 5/15/2024 (la última vez que nuestro rastreador la visitó). Esta es la versión de la página que se usó para la clasificación de los resultados de búsqueda. Puede que la página haya cambiado desde la última vez que la guardamos en caché. Para ver lo que puede haber cambiado (sin la información destacada), ve a la página actual.
Bing no se hace responsable del contenido de esta página.
Keluarga Rothschild - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasPergi ke kandungan
Untuk nama keluarga Jerman "Rothschild", sila lihat Rothschild (nyahkekaburan). Untuk sebuah bank pelaburan yang diasaskan oleh keluarga ini, sila lihat N M Rothschild & Sons. Untuk sebuah bank pelaburan yang diasaskan oleh keluarga ini, sila lihat LCF Rothschild Group.
Keluarga Rothschild (atau Kerabat Rothschild,[1] atau lebih ringkas sebagai Rothschilds) adalah sebuah keluarga Eropah yang berasal dari Yahudi Jerman yang mengasaskan syarikat-syarikat perbankan dan kewangan di Eropah pada akhir kurun ke-18. Lima garis cabang keluarga dari Austria telah diangkat menjadi bangsawan Austria, dan diberi warisan sebagai baron oleh Maharaja Francis II dari Empayar Habsburg pada tahun 1816. Cabang keluarga di Britain pula diangkat menjadi bangsawan dengan permintaan dari Ratu Victoria.[2][3] Adalah dipercayai semasa kurun ke-19, keluarga ini memiliki harta kekayaan peribadi terbesar di dunia dan juga terbesar di dalam dunia moden pada hari ini.[3][4][5]