UNISSA raikan Aidilfitri dengan permainan mini, makanan tradisi | Media Permata Online
Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    UNISSA raikan Aidilfitri dengan permainan mini, makanan tradisi

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui badan pelajar Halalan Thayyiban Student Society (HTSS) dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT) dengan kerjasama Faculty Agriculture Student Society (FASS) dari Fakulti Pertanian (FP), telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di Dewan Al-Rayyan, Kampus Sinaut, UNISSA, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.
    Juga hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah PPHT, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim; Dekan FP, Profesor Madya Dr Hajah Rose binti Abdullah, pegawai-pegawai utama UNISSA, tenaga akademik, kakitangan dan lebih 200 orang pelajar UNISSA.

    Antara objektif majlis adalah bagi sama-sama menerapkan lagi sifat perpaduan dalam universiti iaitu antara para pensyarah dan mahasiswa UNISSA selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakan sekerja.

    Di samping itu, penyediaan pelbagai menu makanan termasuk makanan tradisi Brunei, barat, India dan Asian Fusion boleh menggalakkan orang ramai untuk mengenal pasti dan mengetahui budaya makanan yang terdapat di beberapa buah negara.

    Aktiviti permainan mini bertemakan hari raya juga dianjurkan bagi memeriahkan lagi suasana majlis.

    Dengan adanya majlis ramah mesra itu, ia merupakan peluang dan masa yang sesuai untuk mempraktikkan menjaga silaturahim sesama warga kampus di samping mengamalkan adab berziarah bagi sama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut bulan yang mulia tanpa ada perbezaan taraf.

    Ia juga menunjukkan bahawa pihak universiti mengambil berat mengenai usaha-usaha yang dapat memperkuatkan lagi hubungan sesama warga universiti, di mana majlis sedemikian boleh melahirkan sifat pemedulian, prihatin dan juga bekerjasama yang penting dan perlu diiktiraf oleh para penuntut dan warga UNISSA.

    Dr Haji Norarfan bergambar ramai bersama warga UNISSA yang hadir pada majlis tersebut di Dewan Al-Rayyan, Kampus Sinaut, UNISSA. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...