PROTON DAILY

Saturday, 25 February 2012

NAJIB ISYTIHAR MASYARAKAT SIAM MALAYSIA BERSTATUS BUMIPUTERA











PENDANG, 25 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan masyarakat Siam di negara ini akan mempunyai hak sama rata seperti kaum Bumiputera yang mendapat pelbagai hak keistimewaan. 

Keputusan itu dibuat setelah mengambilkira kesetiaan masyarakat Siam kepada kerajaan dan negara sejak sekian lama.

"Saya hari ini bukan untuk mengulangi apa yang dizahirkan secara terbuka oleh Perdana Menteri yang pertama, beliau telah menzahirkan orang Siam di negara ini sebagai status Bumiputera. 

Maka hari ini, kerajaan kita dan saya sebagai Perdana Menteri mengisytiharkan komitmen kita kepada hakikat bahawa orang Siam adalah status Bumiputera. Dan bererti bahawa Amanah Saham Bumiputera, kemasukan ke UiTM, pinjaman MARA dan lain-lain lagi yang berhak untuk kaum Bumiputera, orang Siam pun berhak menerimanya," ujar beliau.

Najib turut memberi jaminan perkara itu dapat diterima dan dilaksanakan sebaiknya. 

Beliau berkata demikian kira-kira 10,000 hadirin di Karnival Kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Wat Nanai, Kampung Tok Set, dekat sini, petang tadi.

Najib dalam pada itu melahirkan kebanggaannya terhadap masyarakat Siam yang begitu komited memberikan sokongan kepada kerajaan ketika tsunami politik 2008.

Mengambilkira taat setia yang tidak berbelah bahagi, Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan kepada 48 wat Siam negeri ini dimana setiap satu wat menerima sumbangan berjumlah RM9,000.

" Kerajaan kita bersikap inklusif. Bila kita bagi bantuan, kita beri secara adil dan saksama,"kata Najib lagi. 

Najib dalam ucapannya turut menyindir pentadbiran Pakatan Rakyat yang disifatkan beliau "parti yang banyak masalah" sehingga gagal mengotakan janji kepada rakyat.

"Kita tidak boleh memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah. Parti yang bertentangan ideologi, ada yang kata ini, ada yang kata itu, ada yang sokong Israel, ada yang ada masalah peribadi. Macam-macam. Kita tidak boleh pakai parti yang banyak masalah. Kita perlu sokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional. 

"Kita tak cakap (kosong), kita tak main politik, kita tak janji bulan, bintang, cakerawala, kita tak janji, kita buat dan bela rakyat. Tuan-tuan dan puan-puan, tiga tahun ini, kita bela rakyat. Bagi kita lima tahun lagi, banyak lagi yang akan kita lakukan," ujarnya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin. 

Tuesday, 21 February 2012

Malaysia Vs Japan Pre-Olympic Game


Malaysia Vs Japan
Pre-Olympic Group Stage Game
22/2/2012
Bukit Jalil Stadium

Support Team Malaysia

:-)

'Saat-saat terakhir papa, dia memang banyak senyum'





JIKA Oktober lalu, industri seni tanah air, kehilangan penyanyi veteran, Ahmad Jais, kali ini industri dikejutkan pula dengan pemergian penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Latif Ibrahim.
Latif atau nama sebenarnya, Abdul Latif Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 5.50 petang, semalam, berikutan masalah komplikasi jantung yang dihidapinya sejak awal 90-an lagi.
Malah penyakitnya itu semakin serius sejak awal tahun ini dan terpaksa berulang alik ke hospital. Kali terakhir, Allahyarham dimasukkan ke Unit Koronari, IJN, pada Sabtu lalu dan terpaksa bergantung kepada mesin hayat sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Allahyarham turut meninggalkan seorang balu, Masria Mahadan, 54, serta dua anak, Mohd Hazriqk, 35 dan Haznally, 34.
Masih tidak dapat menerima hakikat pemergian sang ayah, Haznally menganggap, pemergian itu adalah sesuatu yang amat perit sepanjang hayatnya.
Katanya, keperibadian dan kasih sayang ayahnya terhadap keluarga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
“Saat-saat terakhir papa, dia memang banyak senyum. Setiap kali selepas makan nasi, dia akan senyum. Papa juga sempat cium tangan mama dan beritahu dia terlalu sayangkan mama.
“Semasa dia sihat, setiap hari, dia akan menunggu kepulangan saya dan mama dari kafeteria kami. Dia cakap, “Alhamdulillah, selamat sampai juga akhirnya”.
“Kalau kami keluar bersiar-siar dan mengunjungi pusat membeli-belah, dia akan berada di tengah-tengah antara saya dan mama. Dia akan pegang tangan kami.
Terlalu banyak kasih sayang yang dia curahkan kepada kami sekeluarga. Sebab itulah kami terlalu sedih, saya terlalu sayangkan papa,” katanya dalam nada sebak.
Haznally berkata, paling menyedihkan apabila hajat arwah untuk memiliki cucu juga tidak kesampaian.
“Arwah terlalu teringin menimang cucu. Tapi tak ada rezeki kerana saya sudah empat kali keguguran.
“Jadi, untuk menghilangkan rasa sunyi, dia menganggap cucu saudaranya sebagai cucu sendiri. Saya sentiasa beri harapan untuknya, tetapi tidak kesampaian,” ujarnya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan, pada jam 10.30 pagi semalam, di AU4, Keramat, Kuala Lumpur.
Bukan sahaja diiringi ratusan sanak saudara, malah jenazah Latif turut mendapat penghormatan terakhir daripada rakan-rakan artis yang seangkatannya.
Antara yang hadir, Datuk DJ Dave, Datuk Malek Redzuan, Datuk Mustafa Maarof, Kapten Mohd Noor, Datuk Aziz Sattar, Liza Abdullah, Bagio Damasutra dan ramai lagi.


Rujukan:  Klik sini

Sunday, 19 February 2012

Perjumpaan Pentadbiran DPP Proton bersama pelajar baru















Pada 16 Januari 2012, jam 9.00-11.00 malam telah diadakan satu perjumpaan tuan Pengetua dan Penolong Pengetua bersama pelajar-pelajar baru semester A112.  DPP Proton menerima seramai 52 warga baru untuk semester ini. Turut hadir ialah barisan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) sesi 2012/2013 yang baru dilantik.



Friday, 17 February 2012

Butiran Penolong Pengetua DPP PROTON

Selamat datang kepada semua pelajar DPP PROTON untuk semester baru ini, iaitu Semester A112. Berikut merupakan maklumat penting tentang Penolong Pengetua DPP PROTON yang anda patut simpan untuk rujukan. Waktu Penolong Pengetua bertugas adalah mengikut tarikh yang dinyatakan dan juka di antara jam 5.00 petang dan 8.00 pagi untuk hari Ahad-Rabu, dan 3.30 petang Khamis hingga 8.00 pagi Ahad. Waktu yang lain, sila mohon bantuan staf pejabat DPP PROTON atau Pengetua.

Tetapi ingat, cuba selesaikan masalah sendiri dulu, jika tidak boleh, cari bantuan daripada Ketua Paras/Blok dan RA/JKPS. Jika masih tidak boleh dan ianya masalah kecemasan, maka boleh hubungi Penolong Pengetua yang bertugas. Jika tidak dapat dihubungi, maka boleh hubungi Penolong Pengetua yang lain, dan jika masih ada masalah saluran komunikasi, dan tiada pilihan lain, maka boleh hubungi Pengetua sendiri.

Tapi kalo nak sembang dengan saya, tiada masalah. Boleh hubungi bila-bila masa... tapi pilih la masa yang sesuai... nanti sila lihat jadual saya untuk Semester ini. :-D


SENARAI PENOLONG PENGETUA DEWAN PENGINAPAN PELAJAR PROTON
NO TEL PEJABAT DPP PROTON : 049285545 FAKS : 049285546

BIL
NAMA/NO PEKERJA
NO TELEFON
TARIKH BERTUGAS
BIRO
BLOK
1
EN ZAKARIA ABD RASHID
(570)
H/P : 017-5372688
RUMAH : 5553
PEJABAT : 6743

1 – 7 HB
EXCO KEMUDAHAN & PERKHIDMATAN


EXCO KESELAMATAN & KESIHATAN
A ( VILLA INSPIRA )

B ( VILLA GEN 2 )
2
PN NORHAFIZA ABD HADI
(1276)
H/P : 012-5569039
RUMAH : 5543
PEJABAT : 4344
15 - 22 HB
EXCO HAL EHWAL SISWI

EXCO KESENIAN & KEBUDAYAAN
E ( VILLA PERDANA V6 )

F ( VILLA WAJA )
3
EN ABDUL HAKIM BIN OTHMAN KOYA
(4285)
H/P : 016-6637556
RUMAH : 5552
PEJABAT : 5338
8 - 14 HB
EXCO KEROHANIAN

EXCO SUKAN & REKREASI

EXCO KOMUNITI,INTEGRASI & ANTARABANGSA

G ( VILLA SAGA)

H ( VILLA SATRIA NEO)
4
EN FAISAL ZULHUMADI
(3298)
H/P : 019-4300666
RUMAH : 5541
PEJABAT : 4596
23 – 31 HB
EXCO KEUSAHAWANAN

EXCO INFORMASI & PENERBITAN

EXCO LATIHAN & AKADEMIK

C ( VILLA PERSONA )

D ( VILLA EXORA )



Info:  Klik sini

Thursday, 16 February 2012