Sila klik pelantar berikut untuk mendaftar masuk . . . . .

MEMOHON BANTUAN TEKNIKAL BERKAITAN E-MEL @pendidikanjais.my

PENDIDIKANJAIS.MY adalah pelantar pembelajaran maya bagi institusi pendidikan di bawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Pelantar pembelajaran maya ini menggunakan perkhidmatan:

(1) Google Workspace for Education Fundamentals, dan

(2) Microsoft Office 365 for Education (A1 License).


Kedua-dua perkhidmatan tersebut boleh diakses menggunakan format "ID" yang sama iaitu "nama@pendidikanjais.my", contoh: muhammad@pendidikanjais.my.


NOTA PENTING: Perkhidmatan e-mel hanya boleh digunakan (aktif) di dalam Google sahaja. E-mel di dalam Microsoft tidak diaktifkan kerana hanya satu pelayan e-mel sahaja boleh digunakan untuk satu domain.


Individu yang diperuntukkan ID/e-mel@pendidikanjais.my ialah:

(a) Pegawai/Kakitangan Jabatan/Daerah di bawah Bahagian Pendidikan Islam JAIS,

(b) Guru dan Kakitangan Sekolah Agama Negeri Selangor

(c) Murid di Sekolah Agama Negeri Selangor


Satu borang "Google Forms" disediakan untuk menguruskan bantuan teknikal seperti berikut:

1. Permohonan/laporan bagi individu yang layak tetapi belum mendapat ID/e-mel@pendidikanjais.my.

2. Telah menerima ID/e-mel@pendidikanjais.my, tetapi tidak dapat daftar masuk KALI PERTAMA kerana masalah kata laluan.

3. Telah berjaya daftar masuk kali pertama tetapi lupa kata laluan untuk daftar masuk berikutnya.

4. Kesilapan maklumat profil, ingin memohon pembetulan.

5. Masalah/isu lain berkaitan Pelantar Pembelajaran Maya PENDIDIKANJAIS.MY


Sebelum meneruskan permohonan bantuan teknikal ini, pastikan pemohon mempunyai alamat e-mel peribadi yang lain (@gmail.com, @outlook.com dll.) Alamat e-mel ini akan digunakan untuk kami menghantar kod pengesahan, maklum balas bantuan teknikal dan lain-lain jika diperlukan. Sekiranya "Pengadu" tidak mempunyai e-mel peribadi, sila daftar/dapatkan perkhidmatan e-mel percuma terlebih dahulu.

Semoga inisiatif ini dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di bawah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor.



Terima kasih.