PUTRAJAYA: Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov ini untuk menyampaikan keputusannya berhubung rayuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan negeri Selangor untuk mengembalikan status agama Islam seorang wanita berusia 35 tahun.
MAIS dan kerajaan Selangor mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Dis tahun lepas yang membatalkan penukaran agama wanita itu kepada Islam oleh ibunya, seorang mualaf, ketika dia berusia empat tahun.
Hakim Datuk Yaacob Md Sam, yang bersidang bersama Datuk P. Ravinthran dan Datuk Mohd Nazlan Nohd Ghazali, berkata mereka memerlukan lebih masa untuk membincangkan isu yang dibangkitkan oleh peguam yang mewakili pihak-pihak dalam rayuan itu.
"Ia adalah kes kepentingan awam yang memerlukan kami meneliti penghujahan dan kes undang-undang. Kami menangguhkan keputusan kami ke 28 Nov," kata Yaacob, yang mempengerusikan panel itu.
Wanita kelahiran Selangor itu, berbapakan penganut agama Hindu manakala ibu beragama Buddha yang kemudiannya memeluk Islam, memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 10 Mei tahun lepas, memohon pengisytiharan bahawa dia bukan seorang beragama Islam dan mahu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengeluarkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.
Wanita itu mendakwa ibunya menukar agamanya pada 1991 di Jabatan Agama Islam Selangor. Pada masa itu ibu bapanya dalam proses perceraian dan selepas bercerai, ibunya berkahwin dengan lelaki Islam pada 1993 manakala bapa kandungnya meninggal dunia akibat kemalangan pada 1996.
Dia mendakwa walaupun beragama Islam, dia terus menganut agama Hindu dan ibu serta bapa tirinya membenarkan dia mengamalkan agama Hindu - agama yang dianuti sejak dilahirkan.
Pada 2013, wanita itu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk diisytiharkan keluar Islam tetapi permohonannya itu ditolak pada 2017, dan dia diperintahkan supaya menghadiri sesi kaunseling. Mahkamah Rayuan Syariah turut mengekalkan keputusan itu.
Wanita itu kemudian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam (sivil) pada 2021 dan berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam.
Dalam prosiding secara dalam talian hari ini, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili MAIS berhujah bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf semasa membenarkan permohonan wanita itu, dengan alasan keputusan Mahkamah Tinggi adalah melanggar Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 121 (1A) memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar dan memutuskan perkaran berkaitan agama Islam.
Mohamed Haniff berkata wanita itu sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk keluar daripada agama Islam, sambil menambah bahawa saman sivilnya adalah percubaan untuk membuat litigasi semula apa yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib@Hamid mewakili kerajaan negeri Selangor menerima pakai hujah Mohamed Haniff Khatri.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili wanita itu, dalam hujah balasnya berkata mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan anak guamnya kerana dia tidak pernah menganut agama Islam.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi betul apabila memutuskan bahawa anak guamnya tidak memeluk Islam secara sah dan penukarannya bertentangan dengan undang-undang penukaran agama Negeri pada masa itu yang menghalang penukaran agama secara unilateral.
Beliau berkata bapa kepada wanita itu masih hidup semasa ibunya menukarkan agamanya tanpa meminta persetujuan bapa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
MAIS dan kerajaan Selangor mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama wanita itu kepada Islam oleh ibunya, seorang mualaf, ketika dia berusia empat tahun. - Gambar hiasan
AWANI Tonight: 3rd April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- KK Mart seeks forgiveness from King, Muslims
- Workers with AI skills see salary increase by 40% - AWS
#AWANIenglish #AWANInews
- KK Mart seeks forgiveness from King, Muslims
- Workers with AI skills see salary increase by 40% - AWS
#AWANIenglish #AWANInews
AWANI 7:45 [03/04/2024] – Ranking ke-2 selepas Thailand | Video bersifat jelik | Agong terima mengadap | Tindakan hak individu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Malaysia jadi negara kedua paling popular hartanah dari China.
MCMC dan polis rakam percakapan Aliff Syukri, video kontroversi.
Pengasas KK Mart mohon maaf kepada Agong dan umat Islam.
Ketua Pemuda UMNO tetap teruskan bokoit dan kekal tenang.
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Malaysia jadi negara kedua paling popular hartanah dari China.
MCMC dan polis rakam percakapan Aliff Syukri, video kontroversi.
Pengasas KK Mart mohon maaf kepada Agong dan umat Islam.
Ketua Pemuda UMNO tetap teruskan bokoit dan kekal tenang.
#AWANInews
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
AWANI Ringkas: PM arah menteri rajin turun padang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia-PBB anggar kerosakan infrastruktur di Gaza AS$18.5 bilion
Kos kerosakan adalah bersamaan dengan 97 peratus daripada gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tebing Barat dan Gaza pada tahun 2022.
Bangunan bertingkat runtuh di Jalan Hualien, Taiwan
Runtuhan itu susulan gempa bumi terbesar di Taiwan yang membunuh sembilan orang, mencederakan lebih 800, manakala 50 hilang dalam perjalanan ke taman negara, kata pihak berkuasa.
Muat naik kandungan aktiviti swinger, tiga suspek diberkas
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan kegiatan ‘swinger’ yang beroperasi secara dalam talian (online).
Kegiatan kumpulan ’swinger’ ini yang melibatkan aktiviti suami isteri bertukartukar pasangan telah dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan oleh MCMC.
(MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menumpaskan kegiatan ‘swinger’ yang beroperasi secara dalam talian (online).
Kegiatan kumpulan ’swinger’ ini yang melibatkan aktiviti suami isteri bertukartukar pasangan telah dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan oleh MCMC.
Najib dakwa Pengampunan Diraja benarkan tahanan di rumah
Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan titah adendum oleh Yang Di-Pertuan Agong ke-16 supaya beliau menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Malaysia menjadi pilihan pembeli hartanah dari China
Menurut rangkaian ejen hartanah Global IQ, Malaysia menjadi negara kedua paling popular di Asia Tenggara selepas Thailand bagi pembeli dari China.
Tindakan hak individu, kekal tenang
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau kekal dengan prinsip terus memboikot kedai serbaneka, KK Mart.
RUU 2024 tambah baik pengurusan hal ehwal Islam di Selangor - MAIS
MAIS yakin RUU 2024 yang diluluskan pada persidangan DUN pada Khamis, dapat menambah baik pengurusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
MAIS sasar RM14 juta kutipan fidyah di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan fidyah sebanyak RM14 juta tahun ini, untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.
MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.
Sultan Selangor titah masjid, surau sedia penyata kewangan tahunan beraudit
Pengurusan perolehan juga perlu diurus dengan tatakelola yang betul agar tidak melibatkan ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa, titah baginda.
Status agama bekas guru: Mahkamah Rayuan saran keluarga, MAIS bawa kes ke mahkamah sivil
Mahkamah Rayuan mencadangkan agar keluarga B. Raguram dan MAIS meneroka kemungkinan membawa isu bagi menentukan status agama Raguram di mahkamah sivil.
Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.
MAIS tarik balik tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik tauliah mengajar penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi di Selangor.
MAIS nafi kandungan fitnah FB Ahmad Shuaib Ismail
MAIS hari ini menafikan kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun media sosial Facebook, Ahmad Shuaib Ismail, semalam, yang mempunyai unsur fitnah dan boleh menjatuhkan imej MAIS.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.