MAJLIS PENUTUPAN KAMIL SEKOLAH RENDAH AGAMA DAN PRASEKOLAH (KATEGORI KAFA INTEGRASI) JAIS TAHUN 2022
3 Julai 2022 (Sabtu) – Majlis Penutupan KAMIL Sekolah Rendah Agama dan Prasekolah JAIS tahun 2022 bagi kategori KAFA Integrasi iaitu acara Tilawah Al-Quran, Hafazan, Khat dan Bercerita dari kisah Al-Quran telah diadakan di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Muhammadiah, Sabak Bernam yang lalu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Bahagian Pendidikan Islam JAIS, Ustaz Solekhan bin Roup.