Sistem e-Penyata Gaji Dan Laporan Anm

Sistem e-Penyata Gaji Dan Laporan Anm Tatacara Penggunaan Sistem

Sistem e-Penyata Gaji Dan Laporan Anm

Pengumuman E-Penyata Gaji

Berikut adalah pengumuman downtime sistem epenyatagaji dan e laporan anm

DOWNTIME : Aktiviti Penyenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan di Ibu Pejabat JANM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara di atas, pihak JANM akan melakukan Aktiviti Penyenggaraan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan yang melibatkan downtime pada tarikh yang berikut:

Tarikh Mula: 12 April 2019 (Jumaat)

Masa: 6.00 petang

Tarikh Tamat : 14 April 2019 (Ahad)

Masa: 11.59 malam

2. Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan tidak dapat dicapai. Mohon tuan/puan memuat turun penyata gaji, penyata pendapatan tahunan dan laporan yang diperlukan sebelum atau selepas tempoh downtime.Segala kesulitan amatlah dikesali.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pengenalan E-Penyata Gaji

epenyatagaji

Tatacara Penggunaan Sistem ini adalah sebagai panduan kepada pengguna semasa menggunakan Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan. Tatacara yang turut disertakan dengan gambaran ringkas ini diharap dapat membantu dan membimbing pengguna untuk mendapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan yang dimuatkan di dalam sistem ini.

Perisian Yang Diperkukan

Web browser seperti Mozilla FireFox/ Google Chrome/ Internet Explorer (version 9 dan ke bawah) adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan.

Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan dan pengguna disaran supaya menyediakan perisian Adobe Reader didalam PC/notebook/smartphone bagi membolehkan proses muat turun penyata gaji dan penyata pendapatan tahunan masing-masing.

Url Sistem

Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik pautan bergambar yang bertajuk “Sistem e-Penyata Gaji & Laporan” yang tertera di laman web utama seperti berikut:

Pertama Kali Mendaftar Sistem E-Penyata Gaji

Untuk mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada pautan tulisan berwarna biru “Pertama Kali Mendaftar”.

Sila masukkan maklumat yang diminta di ruangan yang telah disediakan dan klik butang OK. Adalah diingatkan, medan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi. Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.

Medan Keterangan E-Penyatagaji

MEDAN KETERANGAN No Kad Pengenalan atau No. Pasport Kod pengenalan yang digunakan dalam penyata gaji Contoh: No K/P Baru: 811212111234 No K/P Lama: A 1234567 No Pasport : A 121212123 No Lain : RF12345 No Gaji No gaji anda. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu no. gaji, sila gunakan salah satu daripada nombor-nombor gaji anda. Kata Laluan Minima 8 aksara Maksima 12 aksara. Sahkan kata Laluan Masukkan sekali lagi kata laluan untuk sahkan kata laluan Soalan Keselamatan Soalan keselamatan dan jawapan.

Cara-cara mengakses sistem E-Penyata Gaji & laporan anm

epenyatagaji

Jika anda daftar untuk kali pertama ke E-Penyata Gaji anda perlu klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan mengisi informasi yang diperlukan. Pendaftaran anda akan berjaya jika informasi No. Kad Pengenalan dan No. Gaji dapat disahkan dalam sistem E-Penyata Gaji yang sedia ada.

Untuk akses ke sistem E-Penyata di masa hadapan anda hanya perlu masukkan No. Gaji dan Kata laluan dengan tepat setelah melayari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my atau www.anm.gov.my dan klik pada butang “Daftar Masuk” untuk meneruskan akses ke sistem E-Penyata Gaji.

Aktiviti Migrasi Sistem ePenyata Gaji dan Laporan (eSPGL)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan Aktiviti Migrasi Sistem Penyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) di Ibu Pejabat JANM Putrajaya yang melibatkan downtime pada tarikh 11 Januari 2018 (Khamis), jam 5.00 petang sehingga 16 Januari 2018 (Selasa), jam 6.00 pagi. Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan eSPGL tidak dapat dicapai. Tuan/Puan dinasihatkan untuk memuat turun penyata gaji dan laporan yang diperlukan sebelum tarikh 11 Januari 2018 atau selepas 16 Januari 2018.

Prosedur Permohonan Akses Capaian Sistem ePenyata Gaji & Laporan (eSPGL)

epenyatagaji

Merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 16 Tahun 2014 Lampiran I (C) Perkara 1.3.5 dan Prosedur ePenyata Gaji Dan eLaporan Perkara 2.1.3 menjelaskan pegawai Pusat Pembayar/PTJ yang dilantik/tamat atau lupa memperbaharui akses capaian/dibatal autoritinya perlu mengemukakan permohonan beserta surat iringan yang ditandatangani oleh Ketua Tempat Bertugas kepada Pentadbir eSPGL Pejabat Perakaunan masing-masing bagi mendapatkan/membatalkan akses eSPGL.

Langkah seterusnya klik pada “Sendiri” di Tab Penyata Gaji sebelah kiri untuk maklumat atau muat turun Penyata Gajiyang terkini dalam bentuk PDF. Anda juga dapat mengakses Penyata Pendapatan Tahunan secara online atau dalam bentuk E-Penyata dan akses kepada maklumat Pendapatan Tahunan serta informasi Pusat Bayaran, Kod Jawatan, No. Cukai Pendapatan, No. Fail Majikan, Tunggakan Gaji Tahun Lepas dan sebagainya dari sistem “E-Penyata Gaji”.

Menyemak Penyata Pendapatan anda menerusi E-Penyata dengan butiran Gaji Pokok dan Elaun-Elaun akan membantu anda untuk memahami butiran bayaran yang tepat termasuk informasi cukai dan insurans telah dibayar dari pihak anda. Anda juga dapat mengenal pasti Potongan terkini atau sedia ada dari E-Penyata Gaji serta potongan dari Biro Angkasa dengan lebih tepat.

Pada masa kesemasa sistem E-penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dipertingkatkan. Sistem e-penyata telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 untuk membantu pengguna-pengguna Kakitangan Kerajaan untuk mengakses informasi penyata pendapatan bulanan dan tahunan secara serta merta dengan kawalan sekuriti yang ketat dan juga penjimatan kos slip penyata gaji.

Payslip Verifier

payslip verifier

Welcome to payslip verifier. Please provide the information required. Enter/scan QR codes on payslip to obtain code.

Permohonan Pinjaman Peribadi Bank dan Koperasi

Kakitangan kerajaan (penjawat awam) boleh memohon pinjaman peribadi bank dan koperasi dengan kadar interest yang istimewa.

Anda boleh memohon secara on-line dengan whatsapp slipgaji terkini kepada 019-2983056. Terdapat banyak bank dan koperasi yang anda boleh mohon seperti Yayasan Ihsan Rakyat (yir), Yayasan Perlis RCE, kobeta, kogemilang, kopusamaju, koperasi kekal, kopesadik dan lain-lain. Bagi bank pula, anda boleh memohon personal loan dari Bank Rakyat, MBSB, Alliance Bank, Maybank, PublicBank, Kuwait Finance Bank dan lain-lain.

Semua urusan adalah sulit dan persendirian.

Call/SMS/Whatsapp: 019-2983056 (Send payslip terkini dan komunikasi secara terus dengan kemudahan direct link whatsapp seperti di atas dengan tidak perlu save nombor telefon 019-2983056, FaceBook/E-mel: hashimbank@gmail.com.

Tips Memohon Pinjaman Peribadi

  1. PERINGATAN: PAYOUT TERKINI YAYASAN IHSAN RAKYAT (YIR) 81%. JANGAN TERPEDAYA DENGAN PAYOUT TINGGI DARI AGEN LAIN. Anda akan dikenakan PENALTI (DENDA) jika kiraan salah. Full settlement atau dapatkan baki pinjaman? Klik disini
  2. Ingin dimaklumkan bahawa jangan percaya kepada agen/wakil jualan yang menawarkan bersih ditangan (cash in hand) yang tinggi dari kiraan kami. Kiraan yang kami buat berdasarkan kiraan semasa dari pengiraan sebenar Yayasan Ihsan Rakyat melainkan sekiranya terdapat perubahan kepada interest rate semasa panggilan akad

Berhubung terus dengan pihak kami melalui whatsapp

Next: FAQ e-penyata gaji & laporan ANM >>

Next: Manual e-penyata gaji & laporan ANM >>

Next: Notis Pemberitahuan Sistem e-penyata Gaji >>

Next: Panduan Terperinci dan Tatacara E-Penyata Gaji dan Terlupa Kata Laluan >>

Next: Sistem e-Speks >>