Bar (unit)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Silinder aluminium (setebal 5mm) selepas tekanan 700 bar.

Bar ialah unit bukan SI untuk tekanan yang ditakrifkan oleh IUPAC sebagai bersamaan tepat dengan 100,000 Pa.[1] Ia hampir sama dengan tekanan atmosfera Bumi pada aras laut, dan sejak 1982, IUPAC telah mengesyorkan supaya piawai bagi tekanan atmosfera diharmonikan kepada 100,000 Pa = 1 bar ≈ 750.0616827 Torr.[2] Takrifan yang sama digunakan dalam industri mesin pemampat dan industri peralatan pneumatik (ISO 2787).

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Perkataan bar berasal daripada perkataan Yunani βάρος (baros), bermaksud berat. Simbol rasminya ialah "bar"; dahulunya "b" yang kini lapuk, namun masih digunakan khususnya "mb" yang menggantikan "mbar" untuk milibar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Citizendium

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.