Video Games: Good or Bad? – BTOP

Kebaikan dan Keburukan Permainan Video

13 Dis by Picholas Phoa

Kebaikan dan Keburukan Permainan Video

Permainan video merupakan permainan elektronik yang melibatkan interaksi secara langsung melalui "user interface" (contohnya, joystick, papan kekunci, dll) dan maklum balas visual dipaparkan di TV atau skrin. Industri permainan video yang semakin pesat telah berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dalam eSukan. Pada masa dahulu, permainan video hanyalah dianggap sebagai aktiviti yang "membuang masa" dan "tidak matang". Kini, permainan video dan pertandingan eSukan dianggap sebagai aktiviti lumayan, dan ganjaran tertinggi mencecah sebanyak 34.33 juta USD (RM 139.09 juta), iaitu pertandingan eSukan Dota 2 di Shanghai 2019. Pada masa yang sama, platform "online streaming" seperti Twitch, YouTube Gaming, dan Facebook semakin popular dalam kalangan pemain eSukan membuatkan permainan video sebagai bidang kerjaya yang menarik dan kompetitif.

Kebaikan Permainan Video

  • Meningkatkan kemahiran visual-spatial

Anda mungkin tidak pernah dengar tentang kemahiran visual-spatial, tapi anda pasti mempunyai kemahiran ini. Kemahiran visual-spatial merupakan kemahiran menvisualisasi ruang dan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruand, warna dan garisan. Kemahiran ini diperlukan untuk belajar menari, membaca peta, serta membaca dan mengira. Sebagai contoh, Minecraft melatih minda untuk bergerak tanpa peta, dan memahami jarak dan ruang dengan lebih mendalam. Kemahiran ini juga membantu dalam koordinasi dan pergerakan.

  • Mengajar kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis

Setiap permainan video direka untuk mencabar minda untuk mengasah pemikiran kritikal si pemain. Permainan video mendorong anda untuk berfikir dan menyusun strategi dalam situasi yang tertekan dengan pantas. Sekiranya gagal, permainan video boleh mendorong semangat kecekalan dan daya tahan diri untuk terus mencuba dan belajar dari kesilapan sebelumnya.

  • Meningkatkan kemahiran sosial

Permainan video merupakan aktiviti sosial yang mementingkan kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat. Kemahiran berkomunikasi amatlah diperlukan untuk menyelesaikan misi permainan bersama. Pada masa yang sama, sekiranya dalam pasukan berlawanan, haruslah ingat bahawa menang kalah adat pertandingan, dan pemain perlulah mempunyai kawalan emosi dan semangat kesukanan yang tinggi.

  • Mengurangkan stres

Permainan video terbukti memberikan kesan positif terhadap kesihatan mental, di mana ianya mampu mengurangkan stres. Hal ini kerana permainan video adalah menarik, dan memberikan kepuasan yang tinggi apabila berjaya menyelesaikan cabaran.

Ketagihan Permainan Video

Namun begitu, permainan video haruslah dimain secara sederhana. Ketagihan permainan video dikenalpasti sebagai penyakit mental dan didefinisikan sebagai "penggunaan permainan video yang berlebihan dan bermasalah yang mengakibatkan impak signifikan terhadap kegiatan harian pada jangkan sama yang lama". Antara tanda-tanda ketagihan permainan video adalah seperti kerap berfikir tentang permainan video, berasa tidak senang hati jika tidak dapat bermain, memerlukan masa yang banyak untuk berasa puas hati apabila bermain permainan video, tidak dapat berhenti bermain, hilang minat untuk melakukan aktiviti atau hobi lain, kekal bermain permainan video walaupun kelakuan tersebut menyebabkan masalah dalam pekerjaan, pendidikan, mahupun hubungan, berkelakuan tidak jujur dalam menyatakan jumlah waktu bermain, dan bergantung kepada permainan video sahaja untuk mengurangkan perasaan tidak senang.

Pada jangka masa pendek, ketagihan permainan video akan menyebabkan keletihan, kurang tidur, kurang makan, isolasi dan kurang aktiviti sosial. Sekiranya berterusan akan merosakkan prestasi akademik dan pekerjaan, serta menimbulkan masalah hubungan dan kewangan. Oleh itu, sekiranya anda rasa anda mempunyai ketagihan permainan video, dapatkan bantuan dari kaunselor atau pakar psikologi dan psikiatri.

To prevent addiction, self discipline and time management is important. Try these do’s and don’ts  to gain the most benefit from gaming: