KUALA LUMPUR: Kejohanan E-Sukan Malaysia (MEC) 2021/2022 mendapat sambutan menggalakkan apabila jumlah tontonan dan penyertaan melepasi angka edisi lepas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI) Ahmed Faris Amir, tontonan di platform Facebook @esportsintegrated sudah melebihi 1.6 juta tontonan yang dicatatkan pada musim 2020/21, sebelum berakhirnya pertandingan bagi final permainan terakhir pada Ahad.
Beliau berkata kejohanan itu juga berjaya menarik lebih 10,000 peserta bagi musim ini dalam merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang ditawarkan menerusi empat permainan dipertandingkan - FIFA 22, DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile.
"Kebanyakannya bukan penyertaan baharu kerana sudah berada dalam sistem www.esukan.gg, iaitu platform sukan elektronik yang dikendalikan ESI dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan).
"Bagi musim ketiga (2022/23), kami berharap untuk mendapatkan lebih banyak tajaan bagi meningkatkan hadiah wang kemenangan dan anjur kejohanan pada skala lebih besar," katanya kepada pemberita ketika majlis penyampaian hadiah di sebuah kompleks membeli-belah di sini, Ahad.
Beliau turut mengesahkan dua pasukan terbaik kategori MLBB, berjaya meraih tiket ke MLBB Professional League (MPL) sebagai lapan pasukan teratas bagi pusingan kelayakan Kejohanan Asia Tenggara dan Dunia.
Beliau menjelaskan berikutan juara, Homebois dan pasukan di tempat ketiga RSG telah layak ke kelayakan tersebut sebelum ini, slot itu menjadi milik naib juara Caracal dan pasukan di tempat keempat Mikey.
Juara dan naib juara PUBG Mobile pula, D3V Silence dan Farang Guerilla, berjaya menempah slot ke PUBG Mobile Pro League.
Berikut senarai pemenang mengikut permainan:
FIFA 22:
1. Muhammad Faiz Hariry Mohamad Fodzai
2. Muhammad Faid Mohd Said
3. Mohamad Zahin Thaqif
Dota 2:
1. Pasukan Atlantis (Ahmad Ahyad Husam, Denise Danial, Pang Sze Xuan, Chung Wei Shen)
2. Cat God (Chucky Chan Kok Khin, Gan Hou Sing, Chua Jian Shen, Soh Aik Yang, Einstein Yap Ming Yu)
3. Sitiawan (Wen Xian, See Earn Soon, Ding Boon Kang, Dywon, Hoong Jhen Wei, Kingsley Kim)
MLBB:
1. Homebois (Muhammad Nazhan Mohd Nor, Muhammad Haniff Abdul Rashid, Muhammad Irfan Aujang, Muhammad Saiful Aujang, Muhammad Nazreen Nasir, Amier Fitri Muhammad Affendy)
2. Caracal (Muhammad Aiman Mohamad Abas, Mohd Norhadim Yusup, Muhammad Azam Ahmad, Ealtond Rayner, Zaraki Jamil Nurolla)
3. (RSG) Muhammad Khuzaimi Ismail, Fareez Edraki Azhair, Ahmad Zaki Ibrahim, Mohammad Irwandy Lim, Muhammad Izz Daniel Zaidi).
PUBG Mobile:
1. D3V Silence (Mohamad Insaf Tamsil Suhardi, Muhammad Hafiz Samsul, Akhmansyah Salman, Aiman Hakeem Khairulnizam)
2. Farang Guerilla (Mohammad Helmi Eizlan Mohammad Ehsan, Nur Muhammad Safiuddin Abdul Jabar, Adib Syazwan Abd Razak, Adam Naqib, Muhammad Danish Ismel Muhammad Ghanisma)
3. Dingoz Glazer (Muhammad Zulqarnain Mohd Azmi, Ahmad Rusyduddin Abd Gani, Aliff Putra Ahmad Shar, Naufal Amer Hamzah, Aqil Hamizi Mohd Sabri).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022

Sebahagian peserta yang menyertai Kejuaraan E-Sports Malaysia 2021/22 di KL Gateway pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Nahas China Eastern Airlines: China sahkan semua 132 mangsa maut
Ibu pejabat tindak balas kecemasan negara untuk kemalangan pesawat MU5735 membuat pengumuman itu selepas enam hari usaha mencari dan menyelamat habis-habisan.

Krisis Ukraine-Rusia | Biden bertemu menteri tertinggi Ukraine di Warsaw
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bertemu dengan dua menteri Ukraine dalam rundingan bersemuka pertama antara Presiden Amerika dan pegawai tertinggi Kyiv sejak pencerobohan Rusia bermula. Kunjungan dua menteri iaitu Menteri Luar, Dmytro Kuleba dan Menteri Pertahanan, Oleksii Reznikov dilihat lawatan luar paling jarang sekali dilakukan sebagai tanda keyakinan tinggi dalam usaha menentang tentera Rusia.

Politik | Kesan negatif jika rakyat tidak keluar mengundi
Keputusan beberapa Pilihan Raya Negeri yang diadakan baru-baru ini menunjukkan sebahagian besar rakyat sudah hilang keyakinan kepada parti-parti politik.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pendidikan | Kes guru tadika dalam siasatan - Halimah
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memandang serius kes melibatkan seorang guru tadika perpaduan di Selangor ekoran aduan yang dibuat berhubung isu tersebut.

Keputusan Palsu | KKM boleh mengambil tindakan undang-undang
Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati memalsukan keputusan kit saringan pantas (RTK) antigen dalam aplikasi MySejahtera. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan melaporkan keputusan saringan COVID-19 yang palsu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab

Peranti Percuma | Permohonan dibuka 15 April
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan membuka permohonan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi, kolej swasta, politeknik atau pelajar kolej komuniti untuk mendapatkan tablet atau komputer riba percuma, pada 15 April ini. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, peranti berkenaan akan diserahkan pada bulan Jun.

JENDELA | 109 menara telekomunikasi siap dibina di Sabah
Sebanyak 109 buah menara baru sudah siap dibina di sabah melalui Program Jalinan Digital Negara (JENDELA). Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, 420 buah lagi masih dalam pelaksanaan.

Kesan negatif jika rakyat tidak keluar mengundi - Rafizi
Menurut Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli, keadaan itu berbeza sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

JDT II lonjak ke tangga kedua Liga Premier
Johor Darul Ta'zim (JDT) II berjaya melonjak ke tempat kedua Liga Premier selepas menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang, malam ini.

MEC 2021/22 tarik lebih 1.6 juta tontonan
Tontonan di platform Facebook @esportsintegrated sudah melebihi 1.6 juta tontonan yang dicatatkan pada musim 2020/21.