Ford Ranger edisi terhad bakal dilancarkan pada 30 Mei, tempahan secara dalam talian sahaja - funtasticko.net

ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger edisi terhad bakal dilancarkan pada 30 Mei, tempahan secara dalam talian sahaja

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, bakal melancarkan model terbaharu dalam rangkaiannya, Ford Ranger edisi terhad.

Pelancaran Ford Ranger edisi terhad terbuka kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024 di One Utama Luxe, New Wing.

Rebut peluang ini untuk melihat sendiri dan memandu uji Ford Ranger edisi terhad, termasuk rangkaian kenderaan Ranger dan Everest lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pelanggan yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran untuk acara ini dengan melayari www.sdacford.com.my.

Memandangkan model edisi terhad disediakan secara eksklusif, tempahan Ford Ranger edisi terhad hanya dibuka secara dalam talian mulai 30 Mei 2024 di https://shop.sdacford.com.my/vehicle/.

Pelanggan yang membuat tempahan di dalam talian akan menerima jaket pengadang angin Ford Ranger edisi terhad percuma semasa penyerahan kenderaan.

Sejak pelancaran Ford Ranger Generasi Baharu pada 2022, para pemilik kenderaan baharu juga dijemput menjadi ahli Ford Inner Circle.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Keahlian dalam Ford Inner Circle bukan sahaja membuka pintu kepada bengkel eksklusif pemilik, tetapi juga jemputan untuk menyertai Ford Ranger Getaways.

Pengunjung juga boleh meneroka Ford Experience Hub, pengalaman jerayawara yang pasti menarik hati semua peminat Ford.

Hab tersebut menawarkan Ford Ranger Getaways, barangan rasmi Ford dan sebuah ruang santai audio siar (podcast) khusus untuk menyaksikan “Ford: Built for Life Podcast.”

Audio siar ini ialah inisiatif sulung industri di Malaysia, yang berkongsi kisah-kisah yang belum lagi disampaikan dan maklumat berguna daripada pakar Ford dan Ford Permormance.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply