Budak jadikan jalan raya 'taman permainan' undang kegusaran orang ramai

Kanak-kanak yang dirakam bermain dan berlari di kawasan bulatan dan jalan raya di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu.
Kanak-kanak yang dirakam bermain dan berlari di kawasan bulatan dan jalan raya di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Tindakan sekumpulan kanak-kanak menjadikan kawasan bulatan dan jalan raya di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu sebagai 'taman permainan', mengundang kegusaran orang ramai di pusat bandar tersebut.

Perbuatan kumpulan kanak-kanak yang saling berkejaran dan dilihat seperti bergaduh itu sempat dirakam sebelum videonya ditularkan di aplikasi Facebook dan WhatsApp sejak Jumaat.

Menerusi video berdurasi 32 saat itu, lebih daripada 10 kanak-kanak dilihat berlari dan melintas jalan raya tanpa menghiraukan kenderaan yang sedang bergerak.

Malah ada kalangan daripada mereka dilihat berlari bersama objek panjang dipercayai kayu dan paip polivinil klorida (PVC) untuk dibaling kepada rakannya yang berada di seberang jalan.

Tindakan kanak-kanak itu menyebabkan ada pemandu kereta atau penunggang motosikal terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing kerana bimbang berlaku kejadian rempuhan sehingga menyebabkan kecederaan.

Dalam pada itu, Sinar Harian dimaklumkan, pihak polis telah menjalankan pemantauan di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung video yang tular dan telah mengambil tindakan sewajarnya di lokasi tersebut.

"Sepasukan anggota dihantar ke lokasi bagi memantau dan memastikan kumpulan kanak-kanak tersebut tidak berada di kawasan jalan raya berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Pemantauan juga mendapati, kanak-kanak tersebut adalah gelandangan dari Pulau Gaya dan Segama yang meminta sedekah sekitar pusat bandar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Sehubungan itu, Kasim berkata, pihaknya akan mengadakan operasi bersepadu bersama agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menangani isu kanak-kanak gelandangan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Tindakan sekumpulan kanak-kanak menjadikan kawasan bulatan dan jalan raya di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu sebagai 'taman permainan', mengundang kegusaran orang ramai di pusat bandar tersebut. Perbuatan kumpulan kanak-kanak yang saling berkejaran dan dilihat seperti bergaduh itu sempat dirakam sebelum videonya ditularkan di aplikasi Facebook dan WhatsApp sejak Jumaat. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Tular #Viral #KanakKanak #JalanRaya #Keselamatan #TamanPermainan #IbuBapa #KotaKinabalu

original sound Sinar Harian