Netizen serang IG siap ugut nak jumpa di akhirat... Eyka Farhana tenang anggap amalan sedekah tak perlu tunjuk - Hiburan | mStar
suria

Netizen serang IG siap ugut nak jumpa di akhirat... Eyka Farhana tenang anggap amalan sedekah tak perlu tunjuk

Eyka sindir netizen mengenai isu Blockout2024.

SELEPAS namanya turut tersenarai dalam gerakan Blockout2024, pelakon Eyka Farhana dilihat berkongsi kata-kata hikmah di Instastory dipercayai berhubung isu berkenaan.

Menyentuh mengenai sumbangan dilakukan, Eyka atau Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 29, berpendapat perbuatan membantu orang lain tidak perlu diuar-uarkan kepada umum.

"Dalam Islam, andai tangan kanan bersedekah, tangan kiri pun tak perlu tahu," tulisnya ringkas di Thread.

eyka 1

Eyka kongsi kata-kata untuk netizen.

Hantaran tersebut dipercayai dimuat naik merujuk kepada kecaman diterima selepas namanya disenaraikan dalam gerakan Blockout2024.

Menjengah ke ruangan komen di Instagram, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila dia masih lagi mempromosikan produk dikaitkan dengan Zionis.

"Kita jumpa dekat akhirat, saya akan jadi saksi kepada rakyat Palestin yang awak menyokong Zionis dan tak bercakap mengenai mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana kongsi detik perkenalan dengan Akhyar Rashid, tiada masalah jalani percintaan jarak jauh

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Karier masih nombor satu, Eyka Farhana belum ada perancangan nikah Akhyar Rashid

"Cuma nak cakap awak tersenarai dalam Blockout saya," antara komen netizen.

Gerakan Blockout2024 bermula di pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan New York pada 6 Mei lalu bagi menunjukkan bantahan terhadap selebriti membisu mengenai penindasan Zionis terhadap Palestin.

Disebabkan gerakan tersebut, bintang realiti Kim Kardashian hilang tiga juta pengikut media sosial diikuti Blackpink, Taylor Swift dan Selena Gomez.

eyka 2

Netizen menyerang media sosial Eyka.

Gerakan tersebut disambut baik oleh netizen Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Zionis.

Antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Siti Saleha, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Rata-rata netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain