Terbuka Thailand: Arif-Roy King Kejutkan Beregu No.3 Chinese Taipei - Sukanz
Terbuka Thailand: Arif-Roy King Kejutkan Beregu No.3 Chinese Taipei
May 15, 2024 Hafizuddin Omar

Gandingan Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King berhasil mengejutkan lawannya, Li Ching Yao dan Yan Po Han yang berada di ranking lebih tinggi, ranking ke-21 sekaligus menempah tiket ke pusingan 16 di Terbuka Thailand 2024.

Pasangan negara yang menghuni ranking ke-64 dunia melakar kejutan itu dengan menumpaskan Chin Yao-Po Han menerusi tiga set permainan yang berkesudahan dengan skor 16-21, 21-13 dan 21-16 dalam tempoh 63 minit.

Lebih mengagumkan, Arif-Roy King melakar kemenangan itu pada pertemuan pertama menentang pasangan dari Chinese Taipei terbabit.

Susulan kemenangan tersebut, Arif-Roy King akan bertembung penghuni ranking ke-34 dunia dari Denmark, Daniel Lundgaard dan Mads Vestergaard, pada hari esok, untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 500 ini.

Terdahulu, Daniel-Mads mara selepas menumpaskan gandingan Malaysia yang berada di ranking ke-98 dunia, Beh Chun Meng dan Goh Boon Zhe secara “straight set” menerusi skor 22-20 dan 21-12 pada pusingan 32.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen