Dah lalui dulu, tiada vaksin, tiada kerja - Rita Rudaini - Kosmo Digital

Dah lalui dulu, tiada vaksin, tiada kerja – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rita menasihatkan mana-mana selebriti yang berdepan dengan tindakan boikot atas sesuatu perkara agar sentiasa mempercayai rezeki Allah SWT.

PETALING JAYA – Bercakap atas pengalaman sendiri, pelakon Rita Rudaini menasihati segelintir golongan selebriti agar tidak terlalu risau sekiranya kehilangan tawaran kerja akibat sebarang tindakan boikot.

Menurut Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, situasi sama pernah dilaluinya suatu ketika dahulu semasa tidak mengambil vaksin Covid-19 kerana percayakan rezeki daripada Allah.

“Kalau yakin rezeki itu datang dari Allah, insya-Allah. Jangan risau dan takut.

“Saya sudah pernah lalui zaman vaksin dahulu. Tiada vaksin, tiada pekerjaan untuk awak Rita.

“Namun, dia orang lupa yang saya ada Allah. Dia yang pegang rezeki saya,” katanya menerusi hantaran InstaStory.

Tanpa mendedahkan tujuan sebenar mengeluarkan kenyataan tersebut, tetapi rata-rata percaya Rita merujuk kepada gerakan Blockout 2024 yang sedang berlaku ketika ini.

Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air dinamakan dalam gerakan Blackout 2024 selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan jenama penyokong Israel.

Antara selebriti Malaysia yang berada dalam senarai sama ialah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Susulan itu, netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti-selebriti terbabit. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI