Pelaburan Geely potensi besar sektor automatif Malaysia
top of page

Pelaburan Geely potensi besar sektor automatif Malaysia


Oleh: Noraini Nordin


(Yang turut bersama dalam Lawatan Rasmi Delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China)


EKSKLUSIF DARI CHINA: Malaysia mempunyai potensi besar sebagai hub automotif utama pengoperasi gergasi automotif dunia, Geely yang dapat memberi manfaat kepada negara.


Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad (gambar atas, kiri) berkata, beliau yakin pelaburan Geely itu juga mampu memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan negara.


"Saya baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan Encik Eric Li, Pengerusi dan Pengasas Geely Holding Grup di Ibu Pejabat Geely di Hangzhou, China.


"Kami bertukar-tukar pandangan mengenai industri automotif negara, termasuk pelaburan Geely dalam Projek Automotive High Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, Perak," jelas beliau sewaktu berucap di Majlis Ramah Mesra Sempena Kunjungan Delegasi Parti KEADILAN ke Kedutaan Besar Malaysia di Beijing Republik Rakyat China petang semalam.


Jelas Datuk Norman lagi, dalam sektor Kenderaan Elektrik (EV) global China menguasai 34 peratus pasaran dunia.


Menurut beliau, sepanjang tahun lalu jenama-jenama kenderaan EV China telah pesat mengisi pasaran dunia dengan merekodkan jualan sebanyak sembilan juta unit kenderaan.


"Saya berharap kerajaan di bawah pimpinan PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat terus memberi sokongan penuh kepada syarikat-syarikat seperti Geely," katanya.


Pembasmian kemiskinan di China


Menyentuh mengenai pembasmian kemiskinan di China, Norman berkata, banyak yang boleh Malaysia pelajari daripada negara itu.


Delegasi KEADILAN Malaysia bertemu Duta Besar dan pegawai kedutaan Malaysia di China

Jelas beliau, pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan China antaranya termasuklah 'The Belt and Road Initiative (BRI)' yang telah memberikan impak positif terhadap usaha kemiskinan di peringkat nasional.


Menurut beliau lagi, pada tahun 2022 pendapatan boleh guna (disposable income) per kapita bagi penduduk luar bandar di China adalah sebanyak RMB15,111 (RM9,838.30), peningkatan sebanyak 7.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.


Perbandingan pendapatan


"Sebagai perbandingan, jumlah pendapatan boleh guna (disposable income) per kapita bagi tempoh yang sama tahun 2022 adalah sebanyak RM5,413


"Oleh itu saya percaya banyak yang dapat kita pelajari daripada China, merentasi pelbagai sektor pembangunan negara.

Semoga lawatan delegasi KEADILAN ke China memberi manafaat yang besar, bukan sahaja kepada kepimpinan parti tetapi juga kepada negara," katanya.


Lawatan rasmi 50 delegasi KEADILAN ke Republik Rakyat China ini diketuai oleh Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.


Objektif utama kunjungan rasmi delegasi KEADILAN negara tirai bambu ini adalah untuk meningkatkan hubungan diplomatik antara Parti KEADILAN dengan kerajaan China sempena memperingati Ulang Tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-Republik Rakyat China.


Selain itu lawatan selama sepuluh hari ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman tentang industri berteknologi tinggi, tumpuan pelaburan strategik, kepakaran industri yang luas, program belia, pembasmian kemiskinan dan pengurusan ekonomi yang cekap serta sekuriti makanan yang terjamin.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page