QUOTE(Balanced @ May 15 2024, 11:01 AM)
I saw this shop that expertise is to modify kelisa. Damn cute wei i see d i go talk kok with the shop owner.
They say all parts they have, just bring your car stock standard in. So many parts for kelisa in this shop wei. N got many kelisa gino cars at the shop.
I sit inside not bad la, although quite small for me since im over 181cm tall but headroom still got a lot surprisingly. Me attracted. So kawaii and small. Bet it also very save fuel.
Too bad im living at condo and car parks are limited :(
This type of car dunno is theif magnet or not..
(IMG:https://pictr.com/images/2024/05/15/xPW8an.md.jpg)
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
QUOTE(greyPJ @ May 15 2024, 11:23 AM)
iirc there is a law that outlaw modification, even change proton logo to toyota also salah
QUOTE(Balanced @ May 15 2024, 11:24 AM)
I know there is a law, but only until a certain % and when the mods obviously doesnt look like the original car d. This is the grey area as its subjective
(IMG:
https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2022/06/JPJ-saman-Kelisa-mekanika.png)
Tindakan seorang lelaki mengubah suai identiti kereta Perodua Kelisa menjadi model Daihatsu mengundang padah apabila disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Dalam Op Pengarah JPJ Perak di Jalan Sultan Idris Shah, di Ipoh baru-baru ini, pemilik kenderaan berusia lingkungan 30-an itu turut diberi notis arah periksa atas kesalahan tersebut.
Dia juga diarahkan untuk menukar kembali identiti asal kenderaannya bagi mengelak dikeluarkan notis ingkar arah periksa kenderaan.
Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, sebuah kereta Perodua Myvi turut disita dalam operasi bermula pukul 8 malam atas kesalahan gagal memperbaharui cukai jalan sejak dua tahun lalu.
Dalam operasi itu, sebanyak 121 buah kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan hasil daripada pemeriksaan 312 buah kenderaan.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 205 notis dikeluarkan membabitkan P22 iaitu notis arah periksa dengan mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 142 notis.
“Selain itu, sebanyak 23 notis PG1 iaitu larangan penggunaan kenderaan dan 40 notis Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu notis arah periksa kenderaan telah dikeluarkan,” katanya.
Dalam operasi sama, tiga individu ditahan selepas didapati positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). 10 saman turut dikeluarkan oleh polis atas pelbagai kesalahan trafik, manakala tiada tangkapan dilakukan oleh Jabatan Imigresen.
“Operasi selama dua jam itu juga menyasarkan pelbagai jenis kenderaan yang meliputi kesalahan-kesalahan peraturan jalan raya di bawah akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor 1959.
“Kita melihat kepada kesalahan seperti lesen memandu, lesen kenderaan motor, penggunaan lampu depan Pelepasan Intensiti Tinggi (HID) putih, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan cermin gelap,” katanya.
Operasi bersepadu itu disertai oleh 87 pegawai dan anggota JPJ termasuk polis, AADK dan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perak.
Sumber: DISAMAN JPJ KERANA UBAH SUAI KELISA JADI DAIHATSU