Laksana segera tahanan rumah jika benar wujud titah – Najib - Malaysia Today

Laksana segera tahanan rumah jika benar wujud titah – Najib


Datuk Seri Najib Razak tidak bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu selesai.

(Suara TV) – Dalam hantaran di Facebooknya, Najib memaklumkan perbicaraan kes 1MDB masih di peringkat pendakwaan di Mahkamah Tinggi.

Justeru kata bekas Perdana Menteri itu, ia mungkin perlu ambil masa beberapa tahun lagi untuk selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Najib menuntut keadilan daripada kerajaan hari ini.

“Adakah (Datuk Seri) Anwar sedar bahawa ketidakadilan besar sudah berlaku ke atas Najib seperti diputus hakim besar kedua paling kanan dalam Malaysia dan dia sedang dipenjarakan hanya sebab hakim kata ianya bukan hak Najib untuk sedekahkan RM42 juta daripada dana yang sudahpun dilulus dan dibayar untuk kerja sedekah?

“Sekiranya wujud titah Yang di-Pertuan Agong untuk beri tahanan rumah kepada Najib maka kerajaan patut patuhi dan dilaksanakan dengan segera.

“Di mana keadilannya? Soal bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Terdahulu, Anwar namun menegaskan beliau akan hanya mengesyorkan demikian jika pandangannya diminta oleh Seri Paduka.

Menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak akan diketepikan, Anwar berkata: “Jika Agong meminta nasihat saya, saya akan berkata, Tuanku, lalui proses itu,” katanya.

Perdana Menteri berpendirian, semua pihak harus menumpukan kepada prosiding kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini.
“Akhirnya Agong yang akan membuat keputusan. Saya sebagai Perdana Menteri tidak akan melangkaui (kuasa) Agong,” katanya.

Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO di Country Heights, Kajang, pada 30 Januari lalu.

Titah Adendum berkenaan supaya bekas Perdana Menteri itu menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah

 



Comments
Loading...