BNM Jangka Inflasi Alami Kesan Kecil – Susulan Akaun 3 KWSP, Kenaikan Gaji Penjawat Awam – Rnggt
Artikel

BNM Jangka Inflasi Alami Kesan Kecil – Susulan Akaun 3 KWSP, Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Aktiviti ekonomi di Malaysia dijangka akan semakin rancak susulan pengenalan Akaun 3 KWSP dan pelarasan gaji penjawat awam kelak. Situasi ini secara langsung akan memperlihatkan impak kecil ke atas inflasi di negara. 

Bank Negara Malaysia (BNM) pada makluman ketika sidang KDNK suku pertama 2024 minggu lalu – menjelaskan persekitaran itu secara langsung akan memberi tekanan kepada pertumbuhan harga secara berkala. Namun kesan yang agak minimum ini dijangka akan menyumbang prestasi pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik. 

Buat pengetahuan umum, KWSP menjangkakan sebanyak RM25 bilion pengeluaran berlaku pada tahun pertama menerusi akses Akaun Fleksibel KWSP. Aturan itu sekaligus akan merancakkan perbelanjaan pengguna secara berkala. 

Malah adanya peningkatan lebih 13% pada gaji penjawat awam mulai Disember 2024 ini ia turut melonjakkan lagi aliran tunai rakyat negara dalam aktiviti ekonomi semasa. 

Meskipun terdapat potensi kesan kecil inflasi – BNM kekalkan jangkaan purata inflasi Malaysia antara 2.0% sehingga 3.5% bagi 2024 dan menyasarkan prestasi ekonomi naik kepada 4% hingga 5% pada tahun ini.

© Amanz Media / 2022
Rnggt