Gangguan bekalan air di Selangor, KL pada Jun, netizen ucap terima kasih sebab beri notis awal - Semasa | mStar
suria

Gangguan bekalan air di Selangor, KL pada Jun, netizen ucap terima kasih sebab beri notis awal

Gangguan bekalan air pada 5 Jun dijangka selesai pada keesokan harinya.

AIR Selangor memaklumkan beberapa kawasan akan mengalami gangguan air berjadual sementara bermula pukul 9 pagi pada 5 Jun depan.

Kawasan terlibat merangkumi Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Bagaimanapun, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pukul 3 pagi pada 6 Jun.

Menurut Air Selangor, ia berpunca daripada pelaksaanan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Menurut kenyataan Air Selangor pada Isnin, tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza.

Ia bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran: Gangguan bekalan air bermula 6 petang, libatkan 1.1 juta pengguna di KL, Selangor

Bagaimanapun, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Air Selangor turut menasihati para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.

Dalam pada itu, semakan di Facebook mendapati orang ramai berterima kasih kepada Air Selangor kerana membuat makluman awal tentang gangguan bekalan air itu.

"Terima kasih Air Selangor memberi notis awal.

"Bulan Jun (gangguan) tapi dah keluarkan notis terlebih awal. Janganlah ada yang tak alert, kemudian menggelabah salahkan sana-sini.

"Dah inform awal. Jangan panik menggelabah bagai. Bersedialah dari sekarang.

"Okey noted. Terima kasih untuk notis awal," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain