Tarikh Bayaran Gaji November 2024

Tarikh Bayaran Gaji November 2024

Untuk bulan November 2024, penjawat awam boleh menyemak tarikh pembayaran gaji mereka seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

JANM merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam.

Oleh itu, penjawat awam yang ingin mengetahui tarikh bayaran gaji mereka boleh menyemak jadual tarikh pembayaran gaji seperti yang dikeluarkan oleh pihak JANM.

Mengenai e-Penyata Gaji

Untuk melihat perincian gaji penjawat awam, mereka perlu menyemak penyata gaji yang dikeluarkan setiap bulan.

Akses penyata gaji penjawat awam kini boleh diakses secara online menerusi sistem e-Penyata Gaji.

Sistem ini digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010 selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu. 

Walau bagaimanapun, sistem ini terhad menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja: 

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan 
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Tarikh Bayaran Gaji November 2024

Bagi jadual penuh tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024, berikut dikongsikan jadual bayaran gaji tersebut.

Untuk bayaran gaji bulan November 2024, tarikh bayaran gaji adalah pada 25 November 2024 iaitu pada hari Isnin.

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin –
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)
gaji januari 2024 penjawat awam
Sumber : Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024

Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji kepada penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman tersebut di dalam ucapan beliau semasa Hari Pekerja 2024.

Peningkatan gaji ini adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara kerana kadar paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus sahaja.

Kenaikan gaji mulai Disember 2024 ini akan membabitkan peruntukan mencecah RM10 bilion.

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: