30 kereta mainan kanak-kanak terbakar - Kosmo Digital

30 kereta mainan kanak-kanak terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kereta mini permainan kanak-kanak yang terbakar dalam kejadian berhampiran sebuah hotel di Kampung Baru, Alor Setar, Kedah awal pagi ini.

ALOR SETAR – Kira-kira 30 buah kereta permainan kanak-kanak terbakar dalam kejadian berhampiran sebuah hotel di Kampung Baru, di sini awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.50 pagi.

“Kebakaran melibatkan kira-kira 30 unit kereta mainan kanak-kanak dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi tamat pada pukul 4.45 pagi setelah api di lokasi kejadian berjaya dipadamkan oleh 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar.

Setakat ini punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI