[VIDEO] 10 guru terima gelang emas sempena Hari Guru - Kosmo Digital

[VIDEO] 10 guru terima gelang emas sempena Hari Guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hadiah istimewa untuk 10 orang guru yang disediakan oleh ibu bapa tersebut.

PETALING JAYA – Tindakan sepasang ibu bapa menyediakan barang perhiasan berupa gelang tangan jenama popular kepada guru anaknya bersempena dengan sambutan hari guru pada esok, tarik perhatian orang ramai.

Melalui perkongsian video di laman TikTok @nurashikindin, hadiah hari guru yang berisi gelang perhiasan jenama popular itu dibeli khas untuk 10 orang guru pengajar anaknya yang masih berusia 7 tahun itu

“Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah (guru lelaki dan perempuan), 10 orang gurunya,” kata Nurashikin.

Difahamkan, sudah menjadi rutin buat mereka sekeluarga pada setiap tahun, untuk meraikan para guru dengan menyediakan pelbagai jenis hadiah istimewa malah sering dilihat tidak berkira walaupun memberi dalam kuantiti yang banyak.

Rata-rata pengguna TikTok turut memuji kesungguhan mereka dalam menghargai guru sehingga sanggup berbelanja barangan mahal sempena sambutan itu.

“Syabas ibu bapa didik anak-anak supaya murah hati dalam memberi. Ikut kemampuan masing-masing, walaupun dengan ucapan ‘terima kasih’ sahaja, sudah cukup untuk sejukkan hati para guru,” kata @Jamilah Hassan.

“Semua orang kalau mampu, pasti nak buat benda sama sebab seronok dapat berkongsi rezeki. Mudah-mudahan satu hari nanti saya pun boleh berbagi lebih dari sekarang, Insya-Allah,” komen @Yunnie Yaacob.

“Hadiah ni ikut kemampuan..yang penting nilai menghargai guru tu dapat diterapkan dalam diri anak-anak. Sekarang giliran anak pula, hari ni saya buatkan kek batik letak riben untuk muallim dan muallimah,” ujar @Anak Mak Chantek. – KOSMO! ONLINE

@nurashikindin Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI