Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan - Aplikasi Online

(Sistem ini adalah untuk capaian dalaman sahaja. Sila klik pada nama sistem untuk capaian.)

  • Emel Rasmi
    Emel rasmi bagi warga kerja di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus

  • HRMIS
    Satu sistem maklumat pengurusan sumber manusia penjawat awam yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

  • e-Punch Card
    Bertujuan untuk merekod dan menyediakan rujukan secara berpusat bagi tujuan pelaporan dan pemantauan kehadiran kakitangan.

  • e-Gerak
    Bertujuan untuk merekodkan pergerakan pegawai dan kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

  • Portal iSPEKS
    Adalah satu produk yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi membantu Perbendaharaan Negeri membolehkan pengguna mengakses maklumat status pembayaran, slip gaji dan laporan penyata tahunan melalui internet.

  • eHelpdesk (Wisma Negeri sahaja)
    Digunakan oleh Unit Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat SUKNS dalam menguruskan aduan kerosakan dan penyelenggaraan barangan ICT.

  • eRating (Sistem Penilaian Kepuasan Pelanggan Secara Elektronik)
    Merupakan satu kemudahan yang disediakan kepada pelanggan agar dapat memberi maklum balas atau penilaian bagi setiap perkhidmatan kaunter yang ditawarkan oleh agensi/jabatan secara elektronik.

  • eKursus
    Dibangunkan untuk memudahkan penjawat awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan membuat permohonan kursus dan menyemak status permohonan kursus dengan lebih efisien

  • Sistem Tempahan
    Menguruskan proses permohonan dan kelulusan tempahan (kenderaan, lobi, bilik mesyuarat, dewan, bilik latihan ict) di Wisma Negeri.

  • Sistem Log Latihan
    Dibina bagi memudahkan kakitangan kerajaan menyemak kehadiran kursus dan mencetak laporan dengan lebih efisien. Sistem ini adalah selaras dengan kehendak kerajaan bagi mewujudkan penyampaian dan penyimpanan maklumat yang lebih berteknologi dan selamat searus dengan pembangunan teknologi semasa.

  • Sistem Aduan Aplikasi (Faultlog)
    Sistem Aduan Aplikasi (Faultlog) dibangunkan bertujuan untuk mengurus semua permasalahan dan aduan yang diterima berkaitan sistem aplikasi (faultlog) secara atas talian.

  • Sistem Pengurusan Stor (SPS)
    Sistem aplikasi ini dibangunkan bagi membantu pihak pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, dalam usaha memantau, menyelia dan menyelenggara pengurusan Aset Alih / Stor.

  • Sistem Jaringan Keselamatan Sosial (JKS) Versi 2.0
    Merupakan sistem online yang berfungsi menyimpan dan menyelaras data penerima bantuan di Negeri Sembilan yang disalurkan melalui pelbagai agensi terlibat. Agensi berkenaan adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan (JKMNS), Majlis Agama Islam (MAINS) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan (JAKOA).

  • Sistem Pingat
    Berfungsi mengurus dan memantau proses pendaftaran pencalonan serta pengurniaan pingat di Negeri Sembilan. Pengguna sistem terdiri daripada kakitangan Unit Pengurusan Majlis dan Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

  • Sistem Pengurusan Dana Menteri Besar
    Dibangunkan untuk kegunaan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan bagi melancarkan pengurusan sumbangan atau bantuan dana daripada Menteri Besar Negeri Sembilan.

  • Sistem RatingNS
    Merupakan sistem penilaian yang dilaksanakan bagi tujuan pengauditan secara self-auditing semua Jabatan/Agensi Negeri di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

  • Sistem Click N Repair
    Dibangunkan sebagai medan pengantara kepada penghuni rumah awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri dan penjawat awam khususnya yang berkhidmat di Wisma Negeri untuk menyalurkan sebarang aduan berkenaan penyelenggaraan perumahan awam dan bangunan

  • Sistem Perumahan Negeri Sembilan (ePENS)
    Sistem ini merupakan aplikasi yang digunapakai di Unit Perumahan Negeri Sembilan bagi menguruskan Permohonan Perumahan dan Pengurusan Kutipan Hasil Negeri Sembilan. Sistem ePENS terdiri daripada Modul Permohonan dan Modul Kutipan. Fungsi Modul Permohonan adalah untuk Mengurus Pendaftaran Permohonan Rumah Awam Harga Rendah bagi Projek Perumahan Kerajaan dan Swasta di Negeri Sembilan. Manakala Modul Kutipan berfungsi Mengurus dan Memantau Kutipan Hasil Rumah Awam Harga Rendah di Negeri Sembilan.

  • Sistem Penanggungan Kerja Versi 2.0
    Sistem Penanggungan Kerja Versi 2.0 dibangunkan bertujuan untuk Menerima dan memproses permohonan dan kelulusan penanggungan kerja secara online bagi semua jabatan/agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

  • Sistem Pemantauan Projek ICT (SPPICT)
    Sistem Pemantauan Projek ICT (SPPICT) dibangunkan adalah untuk memantau kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek ICT di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Setiap projek ICT yang ingin dilaksanakan perlu mematuhi had nilai kelulusan jabatan dan skop projek yang telah ditetapkan untuk membantu jabatan/agensi mempercepatkan kelulusan pelaksanaan projek-projek ICT.

  • Sistem Profil ADUN (SPADUN) 2.0
    Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk menguruskan maklumat ADUN dan bekas ADUN di Negeri Sembilan


  • Sistem Profil ADUN (SPADUN) 2.0
    Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk menguruskan maklumat ADUN dan bekas ADUN di Negeri Sembilan