CARA PENGIRAAN KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK SEKARANG | KERAJAAN ONLINE

CARA PENGIRAAN KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK SEKARANG

CARA PENGIRAAN KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK SEKARANG

Amaun yang dibenarkan untuk pengeluaran akaun 3 adalah terhad sebanyak RM50 sehingga RM250 sahaja untuk sehari. Namun, pengiraan bagi caruman simpanan ke dalam akaun 3 adalah mengikut 10 peratus dari jumlah caruman setiap bulan.

Bagaimanakah cara pengiraan kwsp akaun 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : TEMPOH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 : SEMAK SEKARANG

PERATUSAN PENGIRAAN KWSP 2024

Akaun KWSP telah distruktur semula menjadi tiga (3) akaun mengikut peratusan yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Akaun 1 : Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
  2. Akaun 2 : Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
  3. Akaun 3 : Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.

CONTOH CARA PENGIRAAN KWSP AKAUN 3 2024

Berikut merupakan contoh caruman bulanan KWSP yang bernilai RM720 dibahagi kepada tiga (3) akaun :

AKAUN /
CARUMAN SIMPANAN
1
AKAUN PERSARAAN
2
AKAUN SEJAHTERA
3
AKAUN FLEKSIBEL
Simpanan pada hari
pelaksanaan
RM70,000RM30,000RM0
Caruman pada
bulan pertama
RM540
(75% daripada RM720)
RM108
(15% daripada
RM720)
RM72
(10% daripada
RM720)
Simpanan pada
bulan pertama
RM70,540RM30,108RM72
*Nota : Ahli boleh memilih untuk tidak mencarum pada akaun fleksibel.

KAEDAH PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

Bagi pengeluaran KWSP akaun 3 adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Namun, ahli perlu memastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi supaya pengeluaran diluluskan :

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama / syarikat).

*Nota : Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan pengeluaran akaun 3 KWSP.

CARA PINDAHAN WANG SIMPANAN KWSP AKAUN 3 2024

Ikuti cara pindahan dari akaun 2 ke dalam akaun 3 seperti berikut :

  1. Sila log masuk i-Akaun dalam telefon bimbit anda.
  2. Pada laman utama I-Akaun anda, sila klik pada [Ketahui Lanjut] (Atas Kiri).
  3. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  4. Klik Teruskan.
  5. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik [Pindah Sekarang].
  6. Klik [Teruskan].
  7. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  8. Klik [Teruskan] sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  9. Pada bahagian perakuan Ahli sila Klik [Terima].
  10. Klik [Ya] sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  11. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/w/info-akaun-3-kwsp.

Leave a Comment