Kerjaya guru sangat mulia. Tugas mereka mendidik anak bangsa hingga ada yang berjaya dan memperoleh pangkat dan gaji besar. Tidak hairanlah ramai antara kita cukup mengingati jasa-jasa guru sehingga akhir hayat!

ARTIKEL BERKAITAN : Cikgu Sanggup Redah Hujan Hantar Kertas Latihan, Risau Pelajar SPM Tak Belajar Time PKPB

Menjadi seorang guru bukanlah kerjaya yang mudah, kriteria yang perlu ada semestinya pandai mengambil hati pelajar. Tambahan lagi jika mengajar murid sekolah pendalaman yang serba kekurangan.

Guru Pedalaman Sanggup Hias Kelas Guna Elaun Sendiri, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

Guru Pedalaman Guna Elaun Sendiri Hias Kelas, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

Inisiatif seorang guru di sekolah pedalaman di Bumi Kenyalang, Cikgu Muhammad Tarmizi Awang@Yaacob , 38, untuk menghias dan mendekorasi kelas di sekolahnya telah menarik perhatian ramai dan menjadi tular di media sosial.

Guna Elaun Sendiri

Seagalanya bertitik tolak daripada keinginan mewujudkan persekitaran kelas sesuai bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid, guru Sekolah Kebangsaan Kampung Kut Daro, Sarawak itu sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk dekorasi ala restoran yang unik.

Memuat naik gambar-gambar bilik darjah dan sekolah tersebut di Facebook, projek menghias kelas itu dinamakan The Class Kafe turut berjaya menarik minat muridnya.

“THE CAFE CLASS, KITA BUAT DIA. DARIPADA KELAS BIASA KE YANG LEBIH SELESA. SEMPENA HARI GURU YANG BAKAL TIBA, SAYA KONGSIKAN SEDIKIT DEKO GURU PEDALAMAN BUAT RAKYAT MALAYSIA SEMUA. ADA ORANG TANYA SAYA MANA PERGI GAJI CIKGU?

“SAYA GUNAKAN SEDIKIT ELAUN PEDALAMAN UNTUK MENCANTIKKAN KELAS. ADA REZEKI LEBIH, SAYA BUAT LEBIH.

IKLAN

Guru Pedalaman Guna Elaun Sendiri Hias Kelas, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

Guru Pedalaman Guna Elaun Sendiri Hias Kelas, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

Guru Pedalaman Guna Elaun Sendiri Hias Kelas, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

Guru Pedalaman Guna Elaun Sendiri Hias Kelas, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

Guru Pedalaman Sanggup Hias Kelas Guna Elaun Sendiri, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

Guru tersebut turut memuat naik foto sebelum dan selepas dekorasi, di mana sentuhan guru Pendidikan Islam yang lulus dari Universiti Perguruan Sultan Idris itu benar-benar telah mengubah suasana ruang kelas tersebut.

Kelas itu kini terasa lebih selesa dengan palet warna hitam putih. Untuk merealisasikan konsep kafe, ruang tingkap kelas dihiasi bagaikan kaunter, sementara meja dan kerusi disusun seakan restoran, lengkap dengan elemen hiasan yang lembut.

IKLAN

Ternyata kedudukan sekolah di pedalaman tidak menjadi faktor penghalang Muhammad Tarmizi melahirkan suasana yang ceria buat pelajarnya. Malah keinginan kuat untuk melihat kemenjadian murid-muridnya adalah penguat semangat.

“Walaupun di sekolah pedalaman, saya jadikan suasana yang kondusif agar murid-murid saya seronok belajar.

Dapat Perhatian MENTERI PENDIDIKAN

Malah, usaha dan pengorbanan Cikgu Muhammad Tarmizi Awang@Yaacob ini turut mendapat perhatian dan pujian daripada warga maya dan pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia selepas tular di media sosial.

“SELAMAT HARI GURU, CIKGU!” TITIP MENTERI PENDIDIKAN, FADHLINA SIDEK DI LAMAN FACEBOOK RASMINYA BAGI MENGHARGAI KESUNGGUHAN MUHAMMAD TARMIZI.

Guru Pedalaman Guna Elaun Sendiri Hias Kelas, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

IKLAN

Memetik Borneo Network, Muhammad Tarmizi berkongsi kenangan ketika mula melapor diri. Beliau dijemput menaiki bot oleh Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daro, Mukah untuk ke sekolah yang mengambil masa tiga jam dengan arus sungai deras.

Bagaimanapun, di sebalik cabaran itu, beliau mengakui menyimpan banyak kenangan manis termasuk di luar bilik darjah antaranya kerap menangkap udang galah di sungai bersama orang kampung.

Menurutnya, ketika di Sekolah Kebangsaan Kampung Bruit dia bersama beberapa guru lain sentiasa mencari idea untuk memberi pengalaman baru kepada murid pedalaman.

Pada akhir tahun 2019, Muhamad Tarmizi dipindahkan ke SK Kampung Kut Daro yang masih lagi terletak dalam pulau Bruit dan juga sekolah pedalaman.

**Hebat cikgu ini, Terima kasih cikgu. Moga semua amal kebaikan cikgu diganti dengan pahala di akhirat kelak.

Sumber: FacebookBorneo Network

BACA LAGI : Kenderaan Terjunam Di Gaung Laluan Balak, Niat Guru Kembali Mengajar Tidak Kesampaian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI