BERAPA LAMA PROSES KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG | KERAJAAN ONLINE

BERAPA LAMA PROSES KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BERAPA LAMA PROSES KWSP AKAUN 3 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Proses untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP bukanlah mudah sekiranya belum mencapai umur pesaraan. Namun, pihak KWSP telah menstruktur semula akaun KWSP dengan membuka akaun 3 agar ahli boleh membuat pengeluaran untuk jangka pendek bagi kegunaan peribadi dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.

Bagaimanakah semak status berapa lama proses kwsp akaun 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 : MOHON SEKARANG

BAGAIMANAKAH KAEDAH PROSES BAYARAN KWSP AKAUN 3 2024

Bayaran bagi pengeluaran KWSP akaun 3 adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Namun, ahli perlu memastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi supaya proses pengeluaran berjalan lancar :

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama / syarikat).

*Nota : Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan pengeluaran akaun 3 KWSP.

BERAPAKAH NILAI DILULUSKAN UNTUK PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2024

KWSP telah menetapkan had untuk pengeluaran wang simpanan akaun 3 adalah dengan nilai minimum RM50 dan nilai maksimum adalah RM250 sehari. Namun, sekiranya ahli ingin mengeluarkan lebih dari had maksimum, ahli perlu melakukan e-KYC untuk proses kelulusan.

BERAPA LAMA PROSES KWSP AKAUN 3 2024

Setelah ahli membuat permohonan pengeluaran wang simpanan dari akaun 3 (fleksibel), ahli perlu menunggu kelulusan pemohonan dalam masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja dan bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

APAKAH SYARAT KELULUSAN PROSES PENGELUARAN KWSP AKAUN 3

Kelulusan pengeluran KWSP akaun 3 adalah bergantung kepada ahli yang memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel (3);
  • Had pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM250.

BAGAIMANAKAH CARA PENGELUARAN AKAUN 3

Ikuti cara-cara pengeluaran KWSP akaun 3 seperti berikut :

  1. Sila Log Masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu ‘Pengeluaran’ dan klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  3. Seterusnya, klik pada [Akaun Fleksibel].
  4. Pilih butang [Keluar Sekarang].
  5. Masukkan jumlah pengeluaran dan klik pada butang [Teruskan].
  6. Kemudian, kemaskini akaun bank yang aktif.
  7. Klik pada butang [Teruskan].
  8. Seterusnya, klik pada butang [Terima] jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  9. Masukkan nombor TAC yang dihantar oleh KWSP.
  10. Klik untuk sahkan pengeluaran.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ dan tunggu kelulusan permohonan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.

Leave a Comment