LAWATAN KERJA PANGLIMA OPERASI UDARA KE JAMCC SEPANG

240524369 231936568977818 1965056625575935222 n 240587659 231936578977817 2291845180010272972 n 241496638 231936505644491 6675194300744673465 n
240655538 231936492311159 7810816992096200987 n 240123471 231936388977836 5262984591935311260 n

SEPANG, 7 Okt 2021– Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah membuat Lawatan Kerja ke Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC) Sepang. Lawatan ini turut dihadiri oleh Trade Master KLLU, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM, Trade Master K&L, Brig Jen Dato' Mohd Shaifuddin bin Mohd Shariff TUDM, Timbalan KP Pelaksana, Brig Jen Zulkifli bin Ahmad, Pengarah Pengurus Projek, Kol Mohamad Zulhairi bin Mohd Nor dan Pegawai Laksana JAMCC, Kol Ivan John Row TUDM.

Lawatan kerja beliau dimulakan dengan lawatan ke Kuala Lumpur Air Traffic Control Centre (KLATCC) Sepang bagi melihat pengoperasian JAMCC di KLATCC Sepang. Semasa di JAMCC Sepang, Panglima Operasi Udara serta delegasi telah diberikan taklimat berkenaan status semasa dan pengoperasian JAMCC.

Panglima Operasi Udara juga turut meluangkan masa melawat projek pembinaan bangunan pentadbiran JAMCC yang terletak berhampiran dengan bangunan KLATCC Sepang. Mengakhiri lawatan, beliau dibawa melawat ke Blok B KLATCC Subang bagi meninjau kemajuan proses ‘dismantling’ peralatan lama PUKALUB Subang (Penempatan lama).