Gaji 2024 (JANM) :Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Gaji 2024 (JANM) :Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Gaji 2024 JANM telah mengeluarkan tarikh pembayaran gaji penjawat awam untuk tahun 2024.Tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam ini terpakai untuk semua negeri di seluruh Malaysia.

Jadual ini di ambil bersumberkan jadual rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).Berikut dikongsikan tarikh pembayaran emolumen bulanan tahun 2024 serta bayaran bonus / Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam RM2000 yang yang telah diumumkan pada belanjawan 2024 sebelum ini.

Bagi penjawat awam yang masih tertanya-tanya bila tarikh gaji 2024 nak masuk,boleh Ikuti maklumat dan jadual pembayaran di bawah

Tarikh Pembayaran Gaji 2024 JANM Terkini

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia  yang bertajuk Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan bagi Tahun 2024 dengan isi kandungan jadual dan tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2024.

Tujuan Surat Pekeliling tersebut dikeluarkan dengan tujuan untuk memaklumkan:

  • Jadual pembayaran gaji penjawat awam tahun 2024
  • Tarikh pembayaran gaji penjawat awam tahun 2024
  • Peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap Kementerian/ Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji dibayar mengikut tarikh pembayaran gaji 2024 yang ditetapkan oleh ANM

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan, iaitu 3 November 2023.

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Berikut di kongsikan surat pekeliling tersebut:

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada
Kementerian/Jabatan berkaitan:
1.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
1.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara
pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan
emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

2. TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti di Lampiran 1
yang ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat
Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1
November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

3. PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN
Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran
Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa

Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)
3.1.1 Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

3.1.2 Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.

3.1.3 Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja ePenyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam laporan Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
(1) Butiran peribadi;
(2) Nombor akaun bank; dan
(3) Nombor rujukan:
(i) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(ii) Cukai Pendapatan;
(iii) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;

3.1.4 Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baru dan nombor rujukan potongan.

3.1.5 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan
dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi keskes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

3.2 Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

3.2.1 Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ)

3.2.2 Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.

3.2.3 Selaras dengan AP105(a) yang berkuat kuasa, pembayaran emolumen bagi bulan Februari, Mei, Julai dan Ogos 2024 akan dibuat pada hari Jumaat. Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor hendaklah memantau pengurusan bayaran emolumen pada hari berkenaan.

3.3 Tanggungjawab Pegawai Awam
Pegawai Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut.

3.4 Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

3.4.1 Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan

3.4.2 Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

4. HAL-HAL LAIN
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya.
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

5. TARIKH KUAT KUASA
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan. (2 November 2023)

PEMAKAIAN
Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan
peraturan yang ditetapkan dalam surat pekeliling ini dipatuhi. Peraturan surat pekeliling
ini juga dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Badan Berkanun
Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada
penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut,boleh rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024 DISINI

Jadual Pembayaran Gaji 2024

Berikut adalah jadual gaji termasuk hari,tarikh,bulan serta tarikh hari perayaan pada bulan tersebut jika berkenaan:

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

BulanTarikhHariCatatan
Januari24.01.2024RabuHari Thaipusam – 25 Januari 2024 (Khamis)
Februari23.02.2024JumaatTahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2024 – (Sabtu & Ahad)
Mac25.03.2024Isnin
April25.04.2024KhamisHari Raya Puasa – 10 & 11 April 2024 (Rabu & Khamis)
Mei24.05.2024JumaatHari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2024 (Khamis & Jumaat)
Jun13.06.2024KhamisHari Gawai – 1 & 2 Jun 2024 (Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji 17 & 18 Jun 2024 (Isnin & Selasa)
Julai19.07.2024Jumaat
Ogos23.08.2024Jumaat
September25.09.2024Rabu
Oktober24.10.2024KhamisHari Deepavali – 31 Oktober 2024 (Khamis)
November25.11.2024Isnin –
Disember19.12.2024KhamisHari Krismas – 25 Disember 2024 (Rabu)
Tarikh gaji kerajaan 2024
Sumber Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 6 Tahun 2023 

Boleh juga baca: Kalendar 2024: Senarai Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia

Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Penjawat Awam

Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024.

Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

-Akan dikemaskini tarikh rasmi-

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Leave a Comment

Jom Share Pada mereka yang belum Baca!

Post Image
TUTUP
Share via