HRMIS 2.0: Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia | PendidikanMalaysia.my
27.8 C
Kuala Lumpur
Isnin, Jun 10, 2024

FB

HRMIS 2.0: Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

- Advertisement -

Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) versi 2.0 telah dibangunkan dengan tujuan memenuhi keperluan pengurusan sumber manusia di semua peringkat agensi kerajaan Malaysia.

Sistem ini membolehkan data proses sumber manusia sektor awam disimpan dalam satu pangkalan data secara berpusat, sistem ini juga membolehkan analisis dan perancangan strategik manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, kementerian, kerajaan Negeri atau pun di peringkat nasional.

Antara objektif HRMIS 2.0 adalah seperti tertera di bawah.

  • membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap;
  • mengautomasikan proses-proses operasi PSM;
  • membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan;
  • memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal,
  • penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window;
  • menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan
  • menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

Selain digunakan untuk mengakses data, HRMIS juga digunakan untuk tujuan dibawah.

  • mengemas kini rekod peribadi
  • memohon dan menyemak cuti rehat
  • mengemukakan tuntutan
  • memantau prestasi kerja
  • memohon kursus yang bersesuaian
  • membuat penilaian kompetensi
  • memohon pertukaran
  • memohon kaunseling

Login HRMIS 2.0 Online

Sistem Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) versi 2.0 boleh diakses dengan mudah dalam talian.  Untuk login ke Sistem Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) versi 2.0, anda perlu mengikut langkah dibawah.

  1. Pergi ke laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my/
  2. Masukkan ID Pengguna.
  3. Masukkan Kata Laluan.
  4. Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil
  5. Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan.
  6. Log keluar setelah selesai.

Kemaskini maklumat HRMIS

Maklumat HRMIS mesti dikemaskini dari masa ke semasa.

Antara yang perlu dikemaskini sentiasa adalah maklumat perkhidmatan, kata laluan dan juga gambar.  Selain itu, malumat di bawah juga perlu diberi perhatian oleh pegawai Kerajaan Malaysia di dalam HRMIS 2.0.

  • Sokongan / Kelulusan Cuti
  • Pengistiharan harta
  • Pengisian/Pengesahan SKT
  • Kemaskini/Pengesahan Rekod Peribadi
  • Pengesahan dan semakan tuntutan perjalanan

Panduan Penetapan Kata Laluan HRMIS

Sistem HRMIS mempunyai kaedah penetapan kata lalun sendiri.  Setiap kata laluan yang dipilih mesti memenuhi ciri dibawah untuk ianya diterima.

  1. Sekurang-kurangnya 12 aksara
  2. Mengandungi huruf dan nombor
  3. Mengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*)
  4. Mengandungi huruf besar dan huruf kecil

Panduan Muat Naik gambar HRMIS

HRMIS mengenakan syarat bagi gambar yang boleh dimuat naik dan digunapakai dalam sistem tersebut. Di bawah ini adalah syarat & peraturan bagi memuat naik gambar Pegawai ke dalam HRMIS.

  1. Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG
  2. Saiz fail : Tidak melebihi 204.8kb
  3. Latar belakang gambar mesti berwarna putih / biru
  4. Gambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan
  5. Penampilan pegawai :
    • Pegawai Lelaki
      • Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform)
      • Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian
    • Pegawai Wanita
      • Berbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata
      • Berpakaian seragam (uniform)

Gambaran syarat bagi memuat naik gambar lebih jelas boleh dillihat di bawah.

 

Pekeliling serta dokumen berkaitan HRMIS

Panduan serta pekeliling berkaitan HRMIS boleh dimuat turun dan dilihat di pautan di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

3 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!