News - MPL Malaysia S13
[BM] Hotlink dan MOONTON Games mempersembahkan buat pertama kali kejohanan esukan yang dikuasakan komuniti, Hotlink x MPL MY Jaguh All Star
26 April 2024

Pertandingan satu hari bernilai RM50,000 ini akan menampilkan atlet terbaik dari MPL Malaysia (MPL MY), liga esukan yang paling lama bertapak dan paling popular dalam negara.

 


 

KUALA LUMPUR, 29 April Hotlink dari Maxis, syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, bergabung tenaga bersama-sama MOONTON Games, syarikat penerbit permainan video antarabangsa bagi Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), untuk melancarkan pertandingan esukan yang dikuasakan komuniti buat kali pertama.

 

Pertandingan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star akan memberi peluang kepada para peminat untuk memilih ahli pasukan yang akan menyertai acara yang menawarkan hadiah sebanyak RM50,000 ini. Para pasukan akan terdiri dari para atlet professional tahap tertinggi yang bersaing di MLBB Professional League Malaysia (MPL MY), liga esukan yang paling lama bertapak dan paling popular dalam negara. Hotlink x MPL MY Jaguh All Star akan diadakan pada 18 Mei di Arena MPL MY di Stadium MBSJ Serdang Jaya, selepas minggu terakhir Regular Season MPL MY Musim Ke-13 (Minggu 6 pada 11 dan 12 Mei).

 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama, pertandingan ini akan dikuasakan oleh rangkaian 5G terpantas dari Hotlink. Selain itu, para pengguna Hotlink yang menghadiri acara percuma ini akan menerima barangan istimewa yang terhad Hotlink x MPL MY Jaguh All Star, dan juga berpeluang untuk bertemu dengan pasukan pemenang.

 

Rabiras Rajakrishnan, Head of Hotlink Consumer at Maxis, berkata: “Tahun ini, kami telah meningkatkan kerjasama kami dengan MOONTON Games dengan menjadi penaja utama tahun 2024 untuk memacu pembangunan ekosistem esukan MLBB. Selain daripada penyediaan internet yang mampu milik dan rangkaian 5G yang dioptimumkan untuk pengurangan latesi, kami juga menawarkan pengalaman permainan tanpa tandingan kepada para pengguna kami termasuklah pelbagai kandungan ekslusif dan ganjaran. Pertandingan ini akan memberi peluang kepada para peminat untuk menyertai dengan memilih pemain kegemaran mereka dan peluang untuk menyaksikan bakat terbaik dalam liga, di dalam satu perlawanan.”

 

Fikri Rizal Mahruddin, Marketing and Business Development Lead at MOONTON Games, berkata: “Kejohanan kompetitif MLBB peringkat kebangsaan kini berada di tahun kelapan, jadi kami sentiasa mencari idea baru yang inovatif untuk memberikan pengalaman segar kepada komuniti kami. Para penonton semestinya akan teruja dan tertumpu pada kombinasi pelbagai atlet popular dalam liga dan memberikan mereka arena untuk beradu dengan ganjaran yang lumayan. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Hotlink bagi merealisasikan inisiatif ini.”

 

Pertandingan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star adalah merupakan satu inisiatif baru Hotlink untuk menarik minat komuniti esukan MLBB di Malaysia dengan pengalaman bermain terbaik. Ia merupakan lanjutan dari kerjasama yang diperluaskan di antara Hotlink dan MOONTON Games bagi tahun 2024, sebagai strategi untuk memperkasa ekosistem permainan melalui rangkaian 5G terbaik dalam kelas.

 

Sila rujuk Lampiran A untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star.

 

MPL Malaysia dianjurkan oleh MOONTON Games dan IO Esports dengan sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Integrated (ESI). Kini di Musim Ke-13, liga ini menyaksikan 10 pasukan terbaik Malaysia bersaing untuk merebut takhta sebagai pasukan MLBB terbaik negara, serta peluang memenangi sebahagian daripada hadiah terkumpul sebanyak USD100,000. Bagi musim ini juga, juara akan mendapat slot kelayakan terus ke MLBB Mid Season Cup (MSC) yang bakal berlangsung di Riyadh, Arab Saudi, dan berpeluang untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak USD3,000,000 – hadiah terbesar dalam sejarah pertandingan MLBB.

 

Sentiasa kekal pantas dengan berita terkini dan pelbagai aksi MPL Malaysia Musim Ke-13 dengan Hotlink. Rangkaian 5G Hotlink menawarkan latensi rangkaian tanpa tandingan dengan pelan berpatutan, untuk memberikan akses internet lebih meluas untuk menikmati pengalaman bermain MLBB yang terbaik. Para peminat juga boleh memenangi pelbagai barangan in-game eksklusif, dan barangan dengan hanya melawat booth Hotlink di stadium. Musim ini juga menampilkan kembali rakan-rakan strategik seperti ASUS Republic of Gamers (ROG) dan Nescafe.

 

Para peminat boleh mengundi pemain MPL Malaysia kegemaran mereka di sini: https://www.hotlink.com.my/en/campaigns/mlbb-gaming/

 

Muat turun kit media di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1ftBVnpdPsBx2ESFQZMxp6Pf6_ZLN0vIb?usp=sharing

 

Untuk maklumat terkini mengenai MPL Malaysia, sila like dan ikuti laman social kami di bawah:

 

###

 

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) mudah alih yang paling popular di seluruh dunia yang membawakan pelbagai komuniti melalui kerjasama dan strategi. Dengan lebih daripada 1.465 bilion pemasangan dan 110 juta pengguna aktif bulanan, permainan yang memenangi pelbagai anugerah ini merupakan antara 10 permainan yang paling banyak dimainkan di lebih daripada 80 negara. Dengan capaian yang meluas di seluruh rantau Asia Pasifik, permainan pelbagai pemain ini tersedia di 139 negara dengan keberadaan di pentas esukan antarabangsa.

 

Mengenai Mobile Legends: Bang Bang Esports

Dilancarkan pada 2017, Mobile Legends: Bang Bang Esports adalah sebuah platform kepada pemain untuk mencapai cita-cita mereka untuk menjadi atlet esukan atau untuk mencari peluang di dalam ekosistem esukan antarabangsa. MLBB Esports kini telah berkembang kepada beberapa liga, termasuklah siri MPL di Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Latin.

 

Mengenai MOONTON Games

Ditubuhkan pada 2014, MOONTON Games adalah syarikat penerbitan permainan video yang fokus kepada pembangunan permainan, penerbitan dan esukan. Dengan lebih 1500 pekerja di serata dunia, MOONTON beroperasi di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Latin, Hong Kong dan Cina. Ia telah berjaya melancarkan beberapa judul permainan telefon berprofil tinggi dan telah membina hubungan jangkamasa panjang Bersama-sama kerajaan dan organisasi esukan di lebih 30 negara serata dunia. Mobile Legends: Bang Bang adalah judul permainan terbesar, dan kini mendahului genre multiplayer online battle arena (MOBA) mudah alih di dunia.

 


 

Kami Adalah Maxis

Maxis adalah merupakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menyediakan perkhidmatan digital berkualiti tinggi dan penyelesaian ketersambungan. Sebagai jenama Malaysia, kami telah berkhidmat selama 25 tahun dan kekal bersemangat untuk menyatukan khidmat teknologi terbaik yang membolehkan individu, perniagaan dan negara untuk sentiasa berada di hadapan dalam dunia yang selalu berubah. Dengan pendigitalisasi yang telah mengubah cara hidup kita, cara berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan, kami terus menjadi peneraju inovasi melalui pelbagai produk dan servis kepada pengguna dan perniagaan, menggabungkan rangkaian tertumpu nombor satu, yang merangkumi lebih daripada 94% populasi negara, dan salah satu rangkaian runcit terluas dalam negara.

 

Kami amat berbangga dengan pelaburan dalam negara dan mencipta impak positif kepada kesemua pemegang taruh kami melalui program outreach komuniti kami. Ini dipacukan melalui pembelajaran digital untuk pelajar, membantu perniagaan kecil berkembang, pemerkasaan usahawan wanita secara digital, serta penyediaan biasiswa dan program pembangunan kemahiran untuk bakat belia Malaysia yang berpotensi. Maxis adalah syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia, dengan saham dimiliki oleh lebih daripada 5,400 pemegang saham institusi, termasuklah lebih daripada 23% Pelabur Institusi Berkaitan Kerajaan pada September 2023.

 

Untuk membaca rekod kelestarian kami dan maklumat penting yang lain, lawati:

www.maxis.com.my.

 

Untuk sebarang pertanyaan media atau permohonan temubual, sila hubungi:

Marcus Lim

Senior Regional PR Manager di MOONTON Games

Nombor Telefon: +65 9069 2651

Emel: marcuslim@moonton.com

 

 


 

Lampiran A: Maklumat Lanjut Hotlink x MPL MY Jaguh All Star

 

  • Ringkasa:
    • Pertandingan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star akan berlangsung pada 18 Mei di Arena MPL MY di Stadium MBSJ Serdang Jaya.
  • Format Pertandingan:
    • Empat pasukan impian All Star akan bersaing, terdiri daripada satu Kapten dan empat pemain serta satu jurulatih. Setiap ahli pasukan harus menjadi pemain aktif dalam MPL Malaysia Musim Ke-13 pada 18 Mei.
    • Pertandingan akan mempunyai dua peringkat – Separuh Akhir (Best-of-Three) dan Akhir (Best-of-Five).
  • Pemilihan Ahli Pasukan:

o   Pengguna peminat akan mempunyai peluang unik untuk memilih Kapten untuk setiap pasukan yang bersaing.

o   Pemilihan Kapten akan berdasarkan sistem undian yang dijalankan di laman web Hotlink x MPL MY Jaguh All Star. Undian akan berlangsung dari 29 April hingga 2 Mei.

o   Setiap Kapten pasukan akan bertanggungjawab untuk memilih empat pemain lain dan jurulatih. Keempat-empat Kapten akan diumumkan pada 5 Mei bersama dengan keputusan pemilihan yang akan disiarkan pada 5 Mei semasa Minggu 5 Regular Season MPL Malaysia Musim Ke-13. Pasukan-pasukan penuh akan diumumkan pada 10 Mei.

  • Penebusan Barangan Ekslusif

o   Selepas mengundi, peminat perlu mengambil tangkap layar halaman "Terima Kasih" dan paparkan ini pada hari acara untuk menebus barangan ekslusif.

o   Pengguna Hotlink akan secara automatik masuk ke dalam undian untuk bertemu dengan pasukan pemenang pada 18 Mei, selepas perlawanan akhir berakhir.