Antena
Pemasangan antena UHF jenis luaran sangat disarankan untuk penerimaan isyarat yang lebih stabil. Antena jenis ini perlu dihalakan ke arah pemancar MYTV yang terdekat. Penggunaan peranti "penggalak" (booster) jenis lama tidak digalakkan kerana akan menjejaskan penerimaan isyarat siaran MYTV. Penggunaan peranti “penggalak” (booster) jenis digital boleh digunakan untuk kawasan isyarat rendah atau jauh dari stesen pemancar.
Antena UHF jenis dalaman boleh digunakan untuk penerimaan isyarat daripada pemancar MYTV yang terdekat. Namun ia tidak digalakkan kerana lebih cenderung untuk mendapat gangguan oleh pelbagai halangan seperti bukit bukau, gunung dan hutan serta gangguan daripada bangunan-bangunan tinggi.