Pembantu Rumah Asing – Jabatan Imigresen Malaysia

MYHRMIS Mobile

MYHRMIS Mobile

Dasar Privasi

splwpk-procurement
splwpk-Online-E-participation
2023-11-23 08:08:08
Electronic Archive
splwpk-electronic-archive
Online Services HRMIS MyOnline Passport splwpk-online-services ePLKS splwpk-online-services eVOA splwpk-online-services
splwpk-w3c
Alat Kebolehcapaian
splwpk-feedback-form
Feedback Form
Carian Laman
Carian Laman
Feedback Form
splwpk-boradcast
splwpk-about-us
splwpk-news
splwpk-faq
splwpk-client-charter
splwpk-contact-details

Isnin : Jun 10, 2024 - 12.44 pm

  1. Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan Utama
  4. »
  5. Pembantu Rumah Asing

PEMBANTU RUMAH ASING

NEGARA SUMBER YANG DIBENARKAN

  • Indonesia
  • Thailand
  • Kemboja
  • Filipina
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Laos
  • Nepal

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

BAKAL PRA MESTILAH:

  • Jantina : Perempuan sahaja
  • Umur : tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan
  • Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan di negara asal PRA.
  • Berada di negara asal semasa permohonan.
  • Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara asal PRA.

SYARAT BAHARU PEKERJA DOMESTIK INDONESIA (PDI) SELARAS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN REPUBLIK INDONESIA DENGAN KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI PENGGAJIAN DAN PERLINDUNGAN PEKERJA DOMESTIK INDONESIA

  • Kos Kemasukan PDI melalui Agensi Pekerjaan yang dilantik sebanyak RM 15,000.00 (maksimum)
  • Kelayakan majikan untuk menggajikan PDI
    • Pendapatan isi rumah sebanyak RM 7,000.00
    • Bilangan maksimum isi rumah seramai 6 orang
    • Kategori PDI yang dibenarkan
      • Menjaga rumah & memasak (Housekeeper & Family Cook)
      • Menjaga anak (Child Caretaker)
      • Menjaga orang tua (Elderly Caretaker)
  • Permohonan HENDAKLAH melalui Agensi Pekerjaan Swasta (APS) dan Indonesia Placement Agency (IPA) sahaja
  • Gaji minimum bagi PDI RM 1,500.00 sebulan
  • Kontrak pekerjaan yang DISAHKAN oleh Kedutaan Besar Pekerjaan Republik Indonesia (KBRI)
  • Majikan dibenarkan untuk mendapatkan gantian PDI yang baharu berdasarkan kategori berikut :
KATEGORI TEMPOH BERKHIDMAT
PDI yang tidak menjalankan tugas sebagaimana yang disyaratkan 3 bulan
PDI yang tidak sesuai
PDI yang melarikan diri 6 bulan
  • Permohonan PDI bermula 16 OGOS 2022 hendaklah dikemukakan kepada APS melalui prosedur kelulusan Visa Dengan Rujukan (VDR) sahaja
  • Permohonan pengambilan PDI bagi kemasukan ke negara ini selepas 15 OGOS 2022adalah tidak dibenarkan dan majikan dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan melalui APS yang dilantik.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN

  • Majikan terdiri daripada suami dan isteri dan mempunyai:
    • Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
    • Ibu bapa yang sakit/uzur.
  • Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang layak dipohon untuk satu keluarga.
  • Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber dan bayaran sita :
BIL. NEGARA SUMBER JUMLAH PENDAPATAN MAJIKAN BAYARAN SITA (PERSONAL BOND)
1. Indonesia RM 3,000.00 RM 250.00
2. Filipina RM 5,000.00 RM 750.00
3. Sri Lanka RM 5,000.00 RM 750.00
4. Thailand RM 3,000.00 RM 250.00
5. Kemboja RM 3,000.00 RM 250.00
6. India RM 5,000.00 RM 750.00
7. Laos RM 3,000.00 RM 1,500.00
8. Vietnam RM 3,000.00 RM 1,500.00
9. Nepal RM 5,000.00 RM 750.00
  • Majikan TIDAK LAYAK memohon jika diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa atau berada di dalam senarai syak/ senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia
  • Bagi permohonan PRA kedua dan seterusnya, majikan mestilah:
    • Mempunyai alasan yang kukuh (disertakan bukti dokumen) ; DAN
    • Mempunyai pendapatan bersih sebagaimana jadual berikut :
BIL. PERMOHONAN PENDAPATAN SEBULAN
1. Pembantu Rumah Asing (PRA) Kedua Melebihi RM10,000.00
2. Pembantu Rumah Asing (PRA) Ketiga Melebihi RM15,000.00
3. Pembantu Rumah Asing (PRA) Keempat dan selebihnya Kelulusan khas Ketua Pengarah Imigresen
  • Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA):

  • Borang permohonan PRA
  • Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
  • Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
  • Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00 (1 set asal dan 1 set salinan)
  • Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri)
  • Salinan pasport PRA
  • Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Bukti pendapatan tetap suami isteri:
  • Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran
  • Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)

CARTA ALIR DAN PROSES PERMOHONAN PRA (INDONESIA SAHAJA)

PROSIDUR KEMASUKAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

PROSIDUR LANJUTAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

  1. Majikan boleh membuat permohonan lanjutan PLKS secara atas talian di portal Sistem e-PLKS@JIM dipautan https://imigresen- online.imi.gov.my/plks/main seawal 3 bulan sebelum tamat tempoh PLKS.
  2. Permohonan lanjutan boleh dilakukan majikan sendiri atau melantik mana-mana Agensi Pekerjaaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dipautan https://jtksm.mohr.gov.my/ms/perkhidmatan/penggajian-
    pekerja-asing
  3. PRA perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berdaftar dengan doktor perubatan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta disahkan sihat sebelum permohonan lanjutan dihantar secara atas talian.
  4. PRA yang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ialah PRA yang berada di tahun 1, 2, 3 dan bagi permohonan lanjutan ke tahun yang ganjil seperti contoh lanjutan untuk tahun ke 5, 7, 9, 11, 13 dan selanjutnya.
  5. Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut jenis dan warganegara PRA, bayaran proses dan bayaran untuk PLKS. Sila rujuk kolum “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran.
  6. Majikan perlu memastikan permohonan lanjutan dibuat dalam tempoh 3 bulan SEBELUM tamat tarikh PLKS dan tempoh sah laku pasport PRA adalah TIDAK KURANG daripada 12 bulan.
  7. Bayaran lanjutan perlu dilakukan secara atas talian selepas kelulusan dilakukan.
  8. Majikan tidak perlu hadir ke Pejabat Imigresen bagi cetakan pelekat PLKS PRA. Majikan boleh mencetak sendiri e-PASS selepas 3 hari bayaran dibuat.

PROSIDUR PENAMATAN PAS LAWATAN (KERJA SEMENTARA) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

  1. e-COM  adalah dokumen yang diperlukan sebagai permohonan penghantaran pulang PRA ke negara asal. boleh  dikeluarkan  atas sebab :
    • Majikan ingin menamatkan perkhidmatan PRA ;
    • PRA tidak mahu lagi bekerja dengan majikan kerana ingin pulang terus ke negara asal;
    • PRA gagal pemeriksaan kesihatan (unfit)
  2. Majikan perlu membuat permohonan Memo Periksa Keluar (e-COM) secara atas talian di portal  Sistem e-PLKS@JIM dipautan  https://imigresen- online.imi.gov.my/plks/main
  3. Dokumen yang perlu dimuat naik bagi permohonan e-COM adalah :
    • Salinan muka hadapan pasport (Biodata PRA) ;
    • Salinan PLKS Terkini ;
    • Tiket pulang ke negara asal (tarikh tiket mestilah dalam tempoh 30
      hari dan tidak melebihi dari tamat pas) ;
      dan/ atau
    • Pas Khas (e-SP) jika PLKS telah tamat tempoh (jika berkaitan)
  4. Majikan hendaklah memastikan PRA pulang pada tarikh yang ditetapkan melalui Pintu Keluar yang dimohon seperti didalam e-COM.
  5. Sekiranya majikan tidak memohon e-COM, PRA tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap PRA berkenaan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN

  • Majikan terdiri daripada suami dan isteri dan mempunyai:
    • Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
    • Ibu bapa yang sakit/uzur.
  • Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang layak dipohon untuk satu keluarga.
  • Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber dan bayaran sita :

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN

  • Majikan terdiri daripada suami dan isteri dan mempunyai:
    • Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
    • Ibu bapa yang sakit/uzur.
  • Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang layak dipohon untuk satu keluarga.
  • Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber dan bayaran sita :

PROSIDUR TUKAR MAJIKAN BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

  • PRA dibenarkan bertukar majikan sekiranya PRA tidak sesuai bekerja dengan majikan dalam TAHUN PERTAMA PL(KS) PRA sahaja.
  • Majikan lama perlu memberi persetujuan bertulis bagi membolehkan PRA bertukar ke majikan baru yang layak menggaji PRA dengan mengisi Lampiran A.
  • Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigresen Malaysia berhak memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru yang lebih berkelayakan.
  • Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan untuk tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan.

PROSIDUR LAPORAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) MELARIKAN DIRI DARIPADA MAJIKAN

  • PRA boleh dikategorikan sebagai lari daripada majikan dalam keadaan berikut :
    1. PRA meninggalkan rumah majikan dengan membawa semua barangan peribadi PRA tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri.
    2. PRA tidak kembali ke rumah majikan pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal.
      • Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan PRA lari daripada majikan.
      • Majikan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi membatalkan PL(KS) PRA bagi kes lari :
        • Surat permohonan membatalkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) PL(KS) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang melarikan diri.
        • Salinan kad pengenalan majikan
        • Salinan pasport PRA yang melarikan diri.
        • Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
        • Salinan laporan polis yang disahkan.
  • PRA yang melarikan diri daripada majikan akan disenaraihitamkan.
  • Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan/sita pada kadar personal bond mengikut warganegara yang telah ditandatangani semasa permohonan.
  • Majikan masih lagi bertanggungjawab terhadap PRA seandainya majikan gagal untuk membuat laporan bagi PRA yang telah melarikan diri daripada majikan.
  • Majikan tidak boleh membuat tuntutan balik wang jaminan seandainya majikan ingin membuat pembatalan laporan lari bagi kes PRA lari yang telah kembali bekerja dengan majikan yang sama semula.

BAYARAN BAGI PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

  • Setelah permohonan diluluskan , majikan perlu menyediakan bayaran secukupnya untuk bayaran levi, PL(KS), visa dan bayaran proses.
  • Bayaran perlu dibuat di pejabat yang meluluskan permohonan.
  • Cara bayaran adalah seperti berikut :
    • Tunai
    • Bank Draft
    • Kiriman Wang
    • Wang Pos
      (Personal Cheque adalah tidak dibenarkan)
  • Bagi bayaran yang dibuat secara bank draf, kiriman wang dan wang pos, bagi ruangan ”Bayaran kepada………………………..” ruangan kosong perlulah ditulis seperti berikut :
    • “Ketua Pengarah Imigresen Malaysia” jika permohonan diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya; atau
    • ”Pengarah Imigresen Negeri ……………………………….” jika permohonan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Negeri.
      Contoh : ”Pengarah Imigresen Negeri Johor” atau ”Pengarah Imigresen Kuala Lumpur”
    • Majikan perlu memastikan bahawa nama dan alamat majikan hendaklah ditulis di belakang bank draf, kiriman wang dan wang pos berkenaan.

Berikut merupakan jenis dan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh majikan bagi permohonan pembantu rumah asing (PRA) :

BIL. PERMOHONAN LEVI (RM) PLKS (RM) PROSES (RM) VISA JUMLAH
NEGARA SUMBER JENIS VISA (SEV/MEV) BAYARAN
1. PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) PERTAMA 410 60 125 Indonesia SEV/MEV 15 610.00
FIlipina SEV/MEV 36 631.00
Sri Lanka SEV 50 645.00
MEV 100 695.00
Thailand SEV/MEV PERCUMA 595.00
Kemboja SEV/MEV 21 615.00
India SEV/MEV 50 645.00
Laos SEV/MEV 20 615.00
Vietnam SEV/MEV 13 608.00
Nepal SEV/MEV 20 615.00
2. PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) KEDUA DAN SETERUSNYA 590 60 125 Indonesia SEV/MEV 15 790.00
Filipina SEV/MEV 36 811.00
Sri Lanka SEV 50 825.00
MEV 100 875.00
Thailand SEV/MEV PERCUMA 775.00
Kemboja SEV/MEV 20 795.00
India SEV/MEV 50 825.00
Laos SEV/MEV 20 795.00
Vietnam SEV/MEV 13 788.00
Nepal SEV/MEV 20 795.00
  • Berikut merupakan bayaran yang perlu dibayar oleh majikan selepas permohonan diluluskan :
    • Tahun Pertama : BAYARAN = (Levi) + (PL(KS)) + (Proses)
      Contoh bayaran tahun pertama bagi PRA warganegara Indonesia :
      (Levi=RM410)+(PL(KS)=RM60)+( Proses=RM125) = RM595.00
    • Lanjutan Bagi Tahun Kedua dan selanjutnya :
      BAYARAN = (Levi) + (PL(KS)) + (Visa mengikut negara asal PRA) + (Proses)
      Contoh bayaran lanjutan tahun kedua bagi PRA warganegara Indonesia :
      (Levi=RM410)+(PL(KS)=RM60)+ (Visa=RM15)+( Proses=RM125) = RM610.00

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM MENGGAJI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

  1. Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta).
  2. Majikan wajib menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya termasuk waktu tidur.
  3. Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan:
    • Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu
    • Puasa bulan Ramadhan
    • Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.
  4. Majikan perlu mengambil maklum bahawa perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi PRA semasa memegang PL(KS). :
    • PRA tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia semasa memegang PL(KS).
    • PRA tidak dibenarkan membuat permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).
  5. Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
  6. Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) .
  7. Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:
    • Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta.
    • Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.
  8. Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan.
  9. Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA:
      • Meninggal dunia
      • Hilang
      • Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
  10. Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
  11. Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari jabatan bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang.
  12. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan.
  13. Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
  14. Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal PRA berkenaan di Malaysia.
  15. Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA.
Skip to content