Anda berkelulusan SPM? Gaji pemula hanya RM1500? Atau anda lepasan diploma yang mana gaji bulanan pun bawah RM2500 sebulan. Dan kebanyakkan dari anda yang bergaji rendah tetap ada memasang impian untuk memiliki sebuah kenderaan. Maka timbullah persoalan adakah dengan gaji bawah RM1000, RM1500, RM2000 dan bawah RM2500 boleh beli kereta atau tidak. Lihat sahaja di group media sosial Facebook, soalan seperti ini sering di tanya. Mereka hendak tahu samada gaji semasa mereka lulus loan atau tidak untuk membeli kereta berkenaan.
Ramai tidak faham kenapa permohonan loan mereka tidak lulus. Bila anda hendak beli kereta secara berhutang, maka anda akan pinjam duit dari bank. Dan pihak bank yang akan berikan pinjaman duit pula akan semak kelayakkan anda terlebih dahulu. Mereka akan check gaji anda berapa sebulan, komitmen loan anda berapa sebulan, rekod pembayaran samada cantik atau tidak dan selepas itu mereka semak duit lebihan gaji anda selepas ditolak ke semua komitmen.
![Offer beli kereta second hand terpakai murah dan mudah lulus loan](https://myrujukan.com/wp-content/uploads/2024/04/Offer-beli-kereta-second-hand-terpakai-murah-dan-mudah-lulus-loan.jpg)
Panduan Beli Kereta Terpakai Mudah Lulus Loan
Contoh, gaji bersih anda adalah RM2500. Anda bayar loan rumah RM1000 sebulan. Maka wang baki bersih anda adalah RM1500. Katakan bank mahukan selepas anda tolak komitment hutang bank (loan rumah + loan kereta + kredit kad + personal loan) mestilah ada baki dalam RM1000. Maka baki RM1500 gaji anda selepas tolak RM1000 (wang minima wajib ada), maka baki gaji yang boleh digunapakai adalah RM500. Maka wang sebanyak RM500 inilah wang yang boleh anda guna untuk memohon pinjaman kereta dan kereta yang mahu dibeli mestilah bayaran bulanannya di bawah RM500. Jelas?
Tidak perlu menipu pihak bank. Mereka ada rekod CCRIS dan CTOS. Ccris adalah rekod loan yang pernah anda ada seperti loan rumah, laon kereta, kredit kad dan personal loan. Kalau bayar cantik, maka rekod ccris adalah baik. Ctos pula adalah hutang anda kepada syarikat telco, loan bayar ansuran seperti Courts, Buy Now Pay Later dan lain lain. Tolak semua hutang ini dan ada baki wang selepas ditolak RM1000 sebagai wang asas hidup, maka loan untuk beli kereta second hand pasti lulus dengan mudah.
Antara MASALAH UTAMA kebanyakkan pembeli kereta adalah bergaji rendah dan tidak ada wang muka iaitu duit downpayment. Hendak berikan 10% d/p pun tidak mampu. Berikan 5% d/p pun masih tidak mampu. Tetapi ada keinginan untuk membeli dan mendapatkan kereta idaman. Jika ini adalah posisi keadaan anda, saya jemput anda untuk hubungi saya untuk menyelesaikan masalah anda. Kami tolong carikan kereta yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda. Jika anda tidak ada wang muka pun masih boleh beli dan dapatkan kereta untuk anda. Berminat?
![Cara mudah beli kereta terpakai secara online satu Malaysia](https://myrujukan.com/wp-content/uploads/2024/04/Cara-mudah-beli-kereta-terpakai-secara-online-satu-Malaysia.jpg)
Saya adalah seorang ejen kepada sebuah syarikat kedai kereta terpakai yang terletak di Seri Kembangan Selangor. Mereka menjalankan ke semua urusan secara online yang melibatkan permohonan loan kereta di bank. Dengan kata lain, anda berikan maklumat yang kami minta dan pihak kedai kereta akan submit loan anda kepada bank.
Prosedur Beli Kereta Secara Online
- Kami iklankan senarai kereta terpakai (second hand) yang ada dijual
- Anda pilih kereta yang anda mahukan
- Anda berikan dokumen yang diperlukan. Saya akan serahkan dokumen kepada syarikat untuk proses permohonan loan di bank
- Jika loan bank gagal. Anda boleh mencuba mendapatkan loan dari syarikat kredit
- Jika loan bank lulus, anda perlu datang ke kedai untuk melihat kereta dan test drive
- HANYA SELEPAS ANDA BERPUAS HATI dengan keadaan kereta, barulah anda menandatangani perjanjian loan bank dan boleh terus bawa balik kereta ke rumah pada hari yang sama untuk jimatkan masa
- Selesai..
Mesti akan ada yang tanya, kenapa perlu ejen kereta seperti saya? Jawapannya mudah iaitu ini adalah salah satu strategi pemasaran syarikat kereta untuk meningkatkan jualan kereta second hand di kedai mereka. Dan kaedah ini sebenarnya tidak pelik pun. Kaedah ini mula popular ketika zaman covid. Banyak syarikat mengamalkan kaedah online untuk bisnes mereka. Saya sendiri adalah pelanggan dari produk beli kereta terpakai secara online seperti ini. Jujur. Ini adalah cerita sebenar.
Kisahnya begini. Ketika itu masih dalam covid. Saya sedang mencari Proton Preve second hand untuk menukarkan kereta Proton Saga saya yang sudah usang dan ada masalah kerosakkan di sana sini. Selepas membuat carian di internet. Saya hubungi kedai kereta tersebut dan bertanya samada kereta berkenaan masih ada atau tidak. Alhamdulillah kereta Preve tersebut masih ada. Mereka berikan gambar gambar kereta kepada saya. Saya berpuas hati dengan gambar tersebut.
Mereka meminta dokumen yang diperlukan jika saya serius mahu submit loan kereta. Ke semua dokumen saya berikan secara online melalui Whatsapp sahaja. Dan kemudian saya dapat berita yang loan kereta saya bersama CIMB bank telah lulus. Saya diminta untuk ke kedai untuk sesi melihat kereta. Setelah melihat kereta dan berpuas hati. Saya terus diminta ke cawangan CIMB bank terdekat untuk tandatangan dokumen tersebut. Selepas siap sain, maka secara rasminya kereta tersebut jadi milik saya. Dan hari yang sama juga saya terus bawa balik kereta tersebut ke rumah. Mudah bukan.
![Pandangan Hadapan Perodua Myvi](https://myrujukan.com/wp-content/uploads/2024/04/Pandangan-Hadapan-Perodua-Myvi-1024x768.jpg)
Ya saya faham ada orang suka untuk datang ke kedai untuk melihat lihat dahulu kereta sebelum beli. Ya terpulang. Tetapi kena ingat ya, samada anda berjaya memiliki kereta tersebut bergantung kepada loan bank yang lulus. Tidak guna kalau anda suka dengan kereta Honda Civic FD yang nampak cantik dan murah, tetapi bila submit loan, loan anda tidak lepas dan tidak lulus. Kecewa dan buang masa pula. Lebih baik pastikan loan kereta anda lulus barulah anda boleh shopping kereta secara online dengan tenang. Setuju?
Submit Dokumen Melalui Whatsapp
- [ Whatsapp ] – mesej saya melalui link Whatsapp ini untuk pertanyaan tentang kereta, pembelian kereta terpakai dan submit dokumen untuk loan bank
Kenapa kena beli kereta second hand dengan kami? Mudah sahaja. Kalau anda bergaji rendah. Tidak cukup duit wang muka (downpayment), maka anda pilihlah kami. Kami akan cuba untuk bantu anda. Kalau anda belum ada lesen pun boleh. Saya bukan cakap yang pembelian kereta terpakai anda melalui kami pasti berjaya. Tetapi saya cakap, syarikat kereta akan cuba membantu yang mana boleh untuk memudahkan urusan anda untuk mendapatkan kereta agar lulus loan dengan mudah dari pihak bank. Berminat? Hubungi saya melalui link Whatsapp di atas ini ya. BYE!!!.