GRADUATE CADET OFFICERS

Image

PERMOHONAN PEGAWAI KADET GRADUAN (LEPASAN IJAZAH) TAHUN 2020

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka peluang buat warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan terutamanya calon-calon lepasan Ijazah Sarjana Muda untuk menyertai Skim Pegawai Kadet Lepasan Ijazah yang kemudiannya dapat menjadi salah seorang Pegawai Tentera dalam salah satu perkhidmatan Tentera Darat (TDM), Laut (TLDM) atau Udara (TUDM)
Buat makluman semua, permohonan ini terbuka kepada calon lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam apa-apa bidang. Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang secara online atau atas talian. Tarikh permohonan ditutup adalah pada 31 Disember 2019
Sekiranya calon berjaya menjadi salah seorang yang terpilih, mereka akan dilantik menjadi Pegawai Kadet Lepasan Ijazah yang akan menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris 1 (KDSI 1) dan Kolej Tentera Udara (KTU)

Pautan permohonan secara atas talian.