CRC Queen Elizabeth II | Clinical Research Centre
Home » CRC Queen Elizabeth II

CRC Queen Elizabeth II


Pengenalan
Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Queen Elizabeth II (CRC HQEII) juga dikenali sebagai CRC, Pusat Jantung Sabah, telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun 2011. Ia telah beroperasi sejak Disember 2011, diketuai oleh Dr Liew Houng Bang dengan tujuan untuk mempromosi, menyokong dan menjalankan kualiti dan etika penyelidikan klinikal untuk meningkatkan kesihatan pesakit di HQEII.CRC HQEII menjalankan penyelidikan klinikal, dan menyediakan perkhidmatan penyelidikan berkaitan pentadbiran dan kursus-kursus latihan termasuk kaedah penyelidikan, biostatistik perubatan dan kursus Good Clinical Practice (GCP).

Misi
Untuk melengkapkan kakitangan perubatan di HQE II dengan kemahiran dalam menjalankan penyelidikan klinikal beretika dan berkualiti.

Visi
Untuk menggalakkan, menyokong dan menjalankan penyelidikan klinikal berkualiti dan beretika serta latihan dalam penyelidikan di HQE II.

Fungsi/Fungsi/Peranan CRC HQE2

  • Menjadi pusat rujukan maklumat penyelidikan di Hospital Queen Elizabeth II.
  • Untuk menggalakkan dan menyokong Pendaftaran Klinikal / Pangkalan Data di Malaysia.
  • Menyediakan perkhidmatan perundingan penyelidikan seperti cadangan penyelidikan dan statistik perubatan.
  • Menjadi sekretariat NMRR tempatan dan memastikan pendaftaran penyelidikan klinikal di National Medical Research Register (NMRR).
  • Menyediakan perkhidmatan internet dan fax antarabangsa untuk digunakan dalam Percubaan Klinikal dan Pendaftaran / Dangkalan Data.
  • Menerima dan menguruskan pelawat dari Syarikat Farmasi, penaja penyelidikan dan Contract Research Organisation (CRO)
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan projek penyelidikan.
  • Menyediakan kakitangan sebagai Penyelaras Penyelidikan Klinikal dalam Percubaan Klinikal.
  • Membantu memulakan Percubaan Penyelidikan Klinikal

Perkhidmatan

Sokongan untuk Projek Penyelidikan
* Pendaftaran NMRR secara online.
* Membantu dalam penulisan protokol.
* Perundingan statistik dan projek penyelidikan.
* Membantu dalam permohonan geran penyelidikan
* Mentor untuk pembangunan protokol penyelidikan.
Latihan Penyelidikan, Kursus & Bengkel
* Bengkel asas kaedah penyelidikan.
* Asas Good Clinical Practice.
* Bengkel Pharmacoecomics.
Pendaftaran Penyelidikan Klinikal
* NCVD ACS (Acute Coronary Syndrome).
* NCVD PCI (Percutaneous Coronary Intervention).
* Rheumatic Heart Disease Registry
Tutorial Penyelidikan & Sokongan
* Tutorial GCP


Bengkel/Latihan/Aktiviti 2021

Tarikh
|
Kursus
TBC | Good Clinical Practice Workshop
TBC | Qualitative Research
10 – 11 April 2021 | Introduction to Clinical Research
TBC | Basic Research Methodology
TBC | Basic Statistics Using SPSS
TBC | Evidence Based Medicine

Newsletter CRC QEII
Penerbitan
Multimedia
Klik di sini…

Hubungi

Dr. Liew Houng Bang
Ketua

E-mel: hbliew22@gmail.com
Alamat:
Pusat Penyelidikan Klinikal
Hospital Queen Elizabeth II
Lorong Bersatu
Off Jalan Damai Luyang
88300 Kota Kinabalu
SABAH
Tel: 088-245249
013-881 4046 (beroperasi hanya waktu pejabat)
Faks: 088-272454


Peta Lokasi
Yen Chia How
Pegawai Perubatan

E-mel: skyych85@gmail.com
SN Sharon Shang Yen Ni
Pengurus Pentadbiran

E-mel: sharonyennishang@yahoo.com.my