MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "KALAU DITAKDIRKAN & DIIZINKAN BERTEMU JODOH PADA USIA 60 PUN SAYA TERIMA" - ERRA FAZIRA

12 May 2024

"KALAU DITAKDIRKAN & DIIZINKAN BERTEMU JODOH PADA USIA 60 PUN SAYA TERIMA" - ERRA FAZIRA



"Saya serahkan semuanya pada Allah, kalau ditakdirkan dan diizinkan bertemu jodoh pada usia 60 pun saya terima.
"Tapi, setakat ini saya tak mencari, kalau ada, adalah. Saya tak ber@ni nak cakap, t@kut nanti tiba-tiba Allah b0lak-b@lik hati, saya pula yang sibuk nak cari jodoh."

Demikian kata pelakon dan penyanyi, Erra Fazira yang memberitahu, dia reda seandainya ditakdirkan bertemu jodoh pada usia 60 tahun.

Ujar pelakon berusia 50 tahun itu, setakat ini dia tidak mencari, namun dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

Ini kerana jelas Erra, soal mencari pasangan hidup bukan lagi keutamaan, apatah lagi dia kini bahagia dengan kehidupan solo serta mahukan hidup dengan tenang.

"Kalau hidup solo boleh memberikan ketenangan, kenapa tidak? Saya nak nikmati sahaja hidup ini sama ada berpasangan atau tidak.

"Kalau ada, Alhamdulillah. Tapi, kalau tak ada pun saya okay dan gembira sebab tak perlu g@duh-g@duh.

"Dulu kita fikir kalau lambat kahwin, umur berapa nak ada anak. Nanti usia sudah lanjut masih ada anak kecil, semuanya difikirkan.

"Tapi, sekarang saya serahkan pada takdir 'go with the flow', saya nak hidup tenang-tenang sahaja," tuturnya.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mana-mana lelaki, selain mengakui ada berkawan.

"Adalah kenal-kenal, tetapi mengenali tak semestinya bersatu. Doakan yang terbaik sahaja," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: