APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

APDM KPM: Cara Kemaskini Profil Murid & Ibu Bapa Online 2022

Dimaklumkan bahawa IBUBAPA dan PENJAGA boleh mengemaskini Profil Murid dan maklumat berkaitan di sistem APDM KPM secara dalam talian (online).

Kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian. Tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual.

Proses kemaskini maklumat boleh dibuat di Portal Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online ini dengan mengikuti langkah mudah yang ditunjukkan di bawah.

Apakah APDM Untuk Ibu Bapa?

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun.

Sekiranya penjaga utama dan kedua tiada capaian internet dan komputer, ibu bapa boleh memohon kerjasama sekolah untuk membantu dalam mengemaskini maklumat tersebut.

Baca juga: Tarikh Buka Sekolah Terkini Dilewatkan Kepada 3 Oktober 2021 – KPM

Panduan Kemaskini Maklumat APDM KPM Untuk Ibu Bapa (2021)

Cara daftar dan panduan kemaskini boleh dirujuk dalam langkah bergambar di bawah:

Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara online sama ada melalui handphone, komputer atau laptop.

Bagi pengguna pertama kali, sila rujuk langkah berikut:

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my
  2. Pergi ke bahagian DAFTAR MASUK
  3. Klik PENGGUNA BARU jika mempunyai ID
  4. Lengkapkan MAKLUMAT DIRI dan MAKLUMAT AKAUN

Setelah mendaftar, sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.

Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.

apdm kpm

Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Profil Anak Jagaan
  • Alamat Anak Jagaan
  • Maklumat Penjaga

Apabila tuan/puan telah klik nama anak jagaan tuan/puan, tuan/puan perlu
mengemaskini Profil Anak Jagaan, Alamat Anak Jagaan dan Maklumat Penjaga.

Bagi ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak jagaan di Tahun 1 hingga 3, pengemaskinian
Maklumat Kesihatan perlu dilakukan juga.

apdm kpm

Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.

Contoh cetakan borang boleh dirujuk dalam gambar di bawah.

Baca juga: Cara Download Buku Teks Digital Sekolah Rendah & Menengah KPM

apdm kpm

Tuan/Puan perlu berdaftar di portal public.moe.gov.my sebagai pengguna baharu jika
masih belum berdaftar.

Jika tuan/puan telah berdaftar, terus masukkan ID (nombor kad pengenalan penjaga) dan kata laluan yang telah ada dalam simpanan tuan/puan.

Untuk makluman, pengemaskinian ini hanya boleh dilakukan oleh ibu bapa/penjaga yang
berstatus warganegara atau mempunyai nombor kad pengenalan 12 digit yang
dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Lupa Kata Laluan

Tuan/Puan boleh mendapatkan kata laluan menerusi permohonan semula kata laluan
menerusi e-mel yang tuan/puan telah daftarkan ketika daftar pengguna baharu ataupun
melalui soalan keselamatan.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.

Anda juga boleh menghantarkan pertanyaan melalui e-mel: [email protected]

*Sumber: https://public.moe.gov.my/…/infomurid/infomurid_manual.pdf

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: