PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 2016_clone - Flip eBook Pages 1-50 | AnyFlip
The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohamad eryandi, 2024-04-23 00:20:13

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 2016_clone

RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Keywords: 143761

TERHAD TERHAD KERAJAAN MALAYSIA __________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016 __________________________________ RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA


TERHAD i TERHAD KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat KANDUNGAN i SENARAI LAMPIRAN iii 1. TUJUAN 1 2. LATAR BELAKANG 1 3. TAFSIRAN 2 4. RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN 3 5. PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN JGMM 3 6. KELAYAKAN BAGI PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN JGMM 6.1 Pegawai Yang Layak 4 6.2 Pegawai Yang Tidak Layak 5 7. PELAKSANAAN PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN JGMM 7.1 Prinsip dan Proses Pemindahan Gaji 5 7.2 Penetapan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Memperuntukkan KMP 7 7.3 Kaedah Pemindahan Gaji Melibatkan Kenaikan Pangkat 8 7.4 Kaedah Pemindahan Gaji Melibatkan Pegawai Sedang Berkhidmat Dilantik Ke Skim Perkhidmatan/Jawatan Lain 8 7.5 Kaedah Pemindahan Gaji Melibatkan Peminjaman Atau Pertukaran Sementara 8 7.6 Kaedah Pemindahan Gaji Melibatkan Pegawai Bercuti 9


TERHAD ii TERHAD Bil. Perkara Muka Surat 7.7 Pemindahan Gaji Bagi Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Atau Tidak Menerima Opsyen Pertukaran Pelantikan Di Bawah SSM 9 7.8 Gaji Khas Untuk Penyandang 9 7.9 Tarikh Pergerakan Gaji 9 7.10 Elaun dan Kemudahan 10 8. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 10 9. TARIKH KUAT KUASA 11 10. PEMBATALAN 11


TERHAD iii TERHAD SENARAI LAMPIRAN Lampiran Perkara A1 Skim Perkhidmatan Pegawai Kanan Polis A2 Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel A3 Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli A4 Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan A5 Format Iklan Jawatan B1 Indeks Jadual Gaji Minimum-Maksimum Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia B2 Indeks Jadual Gaji Minimum-Maksimum Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (Khas Untuk Penyandang) B3 Carta Alir Pelaksanaan Pemberian Faedah Pemindahan Gaji Dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum B4 Contoh Kaedah Pemindahan Gaji


TERHAD 1 TERHAD JPA.BPO(S)324/14/6-1 Jld. 26 (50) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA __________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2016 __________________________________ RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai rasionalisasi skim perkhidmatan bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). LATAR BELAKANG 2. Sejajar dengan Transformasi Perkhidmatan Awam dalam memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai modal insan yang kompeten untuk merealisasikan wawasan negara, maka rasionalisasi skim perkhidmatan dilaksanakan oleh Kerajaan. Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa. Urusan rasionalisasi ini juga


TERHAD 2 TERHAD bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu. Hasil kajian menyeluruh terhadap kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud dan dimansuhkan. Terdapat juga skim perkhidmatan yang dikekalkan kerana masih relevan dan menepati keperluan perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 ini adalah sebanyak 240. 3. Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) termasuk skim perkhidmatan dalam Perkhidmatan PDRM. Pegawai Perkhidmatan PDRM turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu. TAFSIRAN 4. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini - ‘Gaji baharu’ bermaksud gaji pegawai setelah diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) 2016 dan diberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) KGT atau diselaraskan kepada gaji permulaan di JGMM baharu; ‘Gaji minimum’ bermaksud gaji minimum bagi setiap pangkat/gred jawatan masing-masing dalam JGMM; ‘Gaji maksimum’ bermaksud gaji maksimum bagi setiap pangkat/gred jawatan masing-masing dalam JGMM; ‘Gaji permulaan’ bermaksud gaji permulaan yang ditetapkan mengikut kelayakan masuk tertentu dalam skim perkhidmatan;


TERHAD 3 TERHAD ‘Gaji Permulaan Terendah’ bermaksud gaji permulaan yang terendah dalam Perkhidmatan Awam yang telah ditetapkan oleh Kerajaan pada RM1,200 sebulan; dan ‘Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP)’ bermaksud pelbagai tahap kelayakan yang diperuntukkan sebagai syarat kelayakan masuk bagi skim perkhidmatan tertentu. RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN 5. Kerajaan bersetuju untuk menambah baik kesetaraan pangkat Konstabel Gred YA1 dengan Gred 19 dalam Perkhidmatan Awam Am bagi skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel. 6. Skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Konstabel, Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli dan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan adalah seperti di Lampiran A1, Lampiran A2, Lampiran A3 dan Lampiran A4. Format iklan jawatan seperti di Lampiran A5. PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN JGMM 7. Selaras dengan rasionalisasi skim perkhidmatan, Kerajaan bersetuju menetapkan gaji permulaan terendah pada kadar RM1,200 sebulan dalam Perkhidmatan Awam. Kerajaan turut memutuskan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan amaun satu (1) KGT dan JGMM ditambah baik. 8. Penambahbaikan JGMM bagi Perkhidmatan PDRM melibatkan perkara-perkara berikut: 8.1. penetapan gaji permulaan terendah RM1,200 sebulan bagi pangkat Konstabel Sokongan Gred YT1, Konstabel Orang Asli Gred YP1 dan Konstabel Gred YA1 mengikut relativiti gaji dalam Perkhidmatan Awam; 8.2. gaji minimum bagi semua pangkat/gred jawatan ditambah baik; dan


TERHAD 4 TERHAD 8.3. gaji maksimum bagi semua pangkat/gred jawatan ditambah baik. 9. JGMM semua pangkat/gred jawatan sedia ada ditambah baik mengikut prinsip kadar upah untuk kerja, syarat kelayakan masuk dan latihan serta prinsip relativiti dan pariti. 10. JGMM baharu bagi skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 adalah seperti di Lampiran B1. 11. JGMM baharu bagi skim perkhidmatan jumud di bawah SSM adalah seperti di Lampiran B2. 12. Bagi JGMM yang tidak terdapat dalam Lampiran B1 dan Lampiran B2, Ketua Jabatan hendaklah memohon JGMM daripada Jabatan Perkhidmatan Awam [JPA (Bahagian Saraan)] dengan mengemukakan salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai yang telah dikemas kini. KELAYAKAN BAGI PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN JGMM Pegawai Yang Layak 13. Pelaksanaan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan amaun satu (1) KGT dan penambahbaikan JGMM ini melibatkan pegawai bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service) yang telah dilantik dan sedang berkhidmat di bawah SSM pada 1 Julai 2016 termasuk yang berada dalam keadaan seperti berikut: 13.1. pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan; 13.2. pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta; 13.3. pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji; dan


TERHAD 5 TERHAD 13.4. pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2016. Ketua Jabatan terakhir di mana pegawai ditempatkan adalah bertanggungjawab bagi pemindahan gaji pegawai tersebut. Pegawai Yang Tidak Layak 14. Pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan amaun satu (1) KGT dan penambahbaikan JGMM ini tidak melibatkan: 14.1. pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Julai 2016; 14.2. pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2016; dan 14.3. pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2016. PELAKSANAAN PEMBERIAN FAEDAH PEMINDAHAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN JGMM Prinsip dan Proses Pemindahan Gaji 15. Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) 2016 perlu dilaksanakan mengikut Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) masing-masing terlebih dahulu tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). Bagi pegawai yang TPG adalah pada 1 Oktober, pemberian PGT hendaklah diawalkan pada 1 Julai 2016. Pelaksanaan TPG Oktober yang diawalkan ini hanya bagi tahun 2016 sahaja. 16. Setelah selesai urusan pemberian PGT 2016 seperti di perenggan 15, proses pemindahan gaji dalam penambahbaikan JGMM ini adalah seperti di Jadual 1 berikut:


TERHAD 6 TERHAD Jadual 1: Ringkasan Proses Pemindahan Gaji (Carta alir adalah seperti di Lampiran B3) Gaji Pegawai (Selepas Diberi PGT) Situasi Kaedah (a) Kurang daripada gaji permulaan di JGMM baharu (i) Amaun perbezaan di antara gaji selepas diberi PGT dengan gaji permulaan bersamaan atau melebihi satu (1) KGT* Gaji pegawai dipindahkan ke JGMM baharu pada amaun gaji permulaan di JGMM baharu seperti di Rajah 1, Lampiran B3. (ii) Amaun perbezaan di antara gaji selepas diberi PGT dengan gaji permulaan kurang satu (1) KGT* Gaji pegawai diberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) KGT* dan amaun gaji tersebut dipindahkan ke JGMM baharu seperti di Rajah 2, Lampiran B3. (b) Sama atau lebih daripada gaji permulaan di JGMM baharu - Gaji pegawai diberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) KGT* dan amaun gaji tersebut dipindahkan ke JGMM baharu seperti di Rajah 3, Lampiran B3. * Kadar KGT mengikut gred asal. 17. Penjelasan terperinci proses pemindahan gaji di Jadual 1 di atas adalah seperti berikut: 17.1. Terdapat dua (2) keadaan utama dalam urusan pemindahan gaji iaitu: (a) amaun gaji selepas diberi PGT kurang daripada gaji permulaan di JGMM baharu; dan (b) amaun gaji selepas diberi PGT sama atau lebih daripada gaji permulaan di JGMM baharu.


TERHAD 7 TERHAD 17.2. Kaedah pemindahan gaji ke JGMM baharu bagi keadaan di perenggan 17.1(a) iaitu bagi amaun gaji selepas diberi PGT kurang daripada gaji permulaan di JGMM baharu adalah seperti berikut: (a) bagi amaun perbezaan di antara gaji selepas diberi PGT dengan gaji permulaan yang bersamaan atau melebihi satu (1) KGT (mengikut kadar KGT gred asal), gaji pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baharu pada amaun gaji permulaan di JGMM baharu seperti Rajah 1 di Lampiran B3; atau (b) bagi amaun perbezaan di antara gaji selepas diberi PGT dengan gaji permulaan yang kurang daripada satu (1) KGT (mengikut kadar KGT gred asal), gaji pegawai diberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) KGT (mengikut kadar KGT gred asal) dan amaun tersebut dipindahkan ke JGMM baharu seperti Rajah 2 di Lampiran B3. 17.3. Kaedah pemindahan gaji ke JGMM baharu bagi keadaan di perenggan 17.1(b) iaitu bagi amaun gaji selepas diberi PGT sama atau lebih daripada gaji permulaan di JGMM baharu adalah seperti berikut: (a) gaji pegawai diberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) KGT (mengikut kadar KGT gred asal) dan amaun gaji tersebut dipindahkan ke JGMM baharu seperti Rajah 3 di Lampiran B3. 18. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 17 adalah seperti di Lampiran B4. Penetapan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Memperuntukkan KMP 19. Bagi skim perkhidmatan yang memperuntukkan KMP, penetapan gaji pegawai hendaklah diselaraskan ke gaji permulaan baharu supaya gaji yang diterima hendaklah tidak kurang daripada gaji permulaan baharu di pangkat/gred jawatan baharu. Contoh pemindahan gaji adalah seperti di Rajah 4 di Lampiran B3.


TERHAD 8 TERHAD Kaedah Pemindahan Gaji Melibatkan Kenaikan Pangkat 20. Bagi pegawai yang tarikh kenaikan pangkat pada 1 Julai 2016, urusan penetapan gaji pegawai di gred kenaikan pangkat hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Kemudian, gaji pegawai dipindahkan ke JGMM baharu dengan diberi faedah pemindahan gaji bersamaan amaun satu (1) KGT di gred kenaikan pangkat dan dipindahkan ke JGMM baharu. 21. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 19 dan 20 adalah seperti di Lampiran B4. Kaedah Pemindahan Gaji Melibatkan Pegawai Sedang Berkhidmat Dilantik Ke Skim Perkhidmatan/Jawatan Lain 22. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan dilantik ke skim perkhidmatan/jawatan lain pada 1 Julai 2016, urusan penetapan gaji pegawai di skim perkhidmatan/jawatan lain itu hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Kemudian, gaji pegawai dipindahkan ke JGMM baharu dengan diberi faedah pemindahan gaji bersamaan amaun satu (1) KGT di skim perkhidmatan/jawatan lain dan dipindahkan ke JGMM baharu. Kaedah Pemindahan Gaji Melibatkan Peminjaman Atau Pertukaran Sementara 23. Tertakluk kepada perenggan 15 hingga 22 di atas, urusan pemindahan gaji ke JGMM baharu bagi pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara adalah seperti berikut: 23.1. pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baharu secara isyarat oleh Ketua Jabatan asal. Manakala, gaji jawatan peminjaman atau jawatan pertukaran sementara hendaklah dipindahkan ke JGMM baharu oleh Ketua Jabatan di agensi peminjam; dan 23.2. pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, gaji hakiki pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baharu secara isyarat oleh Ketua Jabatan asal.


TERHAD 9 TERHAD Kaedah Pemindahan Gaji Melibatkan Pegawai Bercuti 24. Tertakluk kepada perenggan 15 hingga 22 di atas, urusan pemindahan gaji ke JGMM baharu bagi pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji atau cuti tanpa gaji adalah seperti berikut: 24.1. pegawai yang cuti bergaji penuh, gaji pegawai hendaklah dipindahkan dan dibayar mengikut JGMM baharu; 24.2. pegawai yang cuti separuh gaji, gaji pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baharu tertakluk kepada peraturan-peraturan pemberian PGT berkaitan cuti. Pegawai dibayar separuh daripada gaji baharu; dan 24.3. pegawai yang cuti tanpa gaji, gaji pegawai hendaklah dipindahkan ke JGMM baharu tertakluk kepada peraturan-peraturan pemberian PGT berkaitan cuti. Pegawai akan dibayar gaji baharu apabila kembali bertugas. Pemindahan Gaji Bagi Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Atau Tidak Menerima Opsyen Pertukaran Pelantikan Di Bawah SSM 25. Pemindahan gaji di JGMM baharu seperti di perenggan 15 hingga 17 hendaklah turut diberi kepada pegawai yang menerima opsyen pertukaran pelantikan tetapi belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan atau tidak menerima opsyen mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 25 Tahun 2009. Gaji Khas Untuk Penyandang 26. Pegawai yang gaji hakikinya pada 30 Jun 2016 berada di gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) dan JGMM baharu masih tidak dapat menampung setelah pemindahan gaji dilaksanakan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan permohonan penetapan gaji KUP kepada JPA (Bahagian Saraan) berserta dengan salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai yang telah dikemas kini. Tarikh Pergerakan Gaji 27. Pemindahan gaji ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai tahun 2017 dan seterusnya kecuali TPG bagi pegawai yang berada di perenggan 17.2


TERHAD 10 TERHAD yang terlibat dalam penetapan gaji permulaan terendah RM1,200 sebulan iaitu pegawai yang amaun gaji selepas diberi PGT kurang daripada gaji permulaan baharu diubah seperti di jadual berikut: Jadual 2: TPG Tahun 2017 dan Seterusnya Bagi Pegawai Yang Amaun Gaji Selepas Diberi PGT Kurang Daripada Gaji Permulaan Baharu Amaun Pemindahan1 TPG Baharu Bersamaan 1 KGT* Januari Melebihi 1 KGT hingga 2 KGT April Melebihi 2 KGT hingga 3 KGT Julai Melebihi 3 KGT Oktober * Hanya melibatkan pegawai yang gajinya terlibat dalam penetapan ke gaji permulaan di pangkat/gred lantikan Konstabel Sokongan Gred YT1, Konstabel Orang Asli Gred YP1 dan Konstabel Gred YA1. 28. TPG bagi pegawai yang dilantik pada pangkat Konstabel Sokongan Gred YT1, Konstabel Orang Asli Gred YP1 dan Konstabel Gred YA1 mulai 1 Julai 2016 hingga 30 September 2016 adalah ditetapkan pada 1 Oktober. Elaun dan Kemudahan 29. Rasionalisasi skim perkhidmatan ini tidak melibatkan sebarang perubahan elaun dan kemudahan mengikut pekeliling perkhidmatan/surat pekeliling perkhidmatan/surat edaran/surat pelaksanaan yang berkuat kuasa. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 30. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan semua perubahan berkaitan perkhidmatan pegawai berikutan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan ini dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS). 1 ƒ—‡‹†ƒŠƒ ൌ ሺୋୟ୨୧୔ୣ୥ୟ୵ୟ୧ୢ୧୎ୋ୑୑ୠୟ୦ୟ୰୳ିୋୟ୨୧ୱୣ୪ୣ୮ୟୱ୔ୋ୘ሻ ୏ୟୢୟ୰୏ୋ୘୫ୣ୬୥୧୩୳୲୥୰ୣୢୟୱୟ୪


TERHAD 12 TERHAD Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis Ketua Setiausaha Perbendaharaan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Ketua Polis Negara Ketua Audit Negara Akauntan Negara Malaysia


LAMPIRAN A


TERHAD 1/6 TERHAD LAMPIRAN A1 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KANAN POLIS KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : POLIS KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL PANGKAT/GRED JAWATAN/ GRED GAJI : PANGKAT GRED JAWATAN/ GAJI Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA24 Penolong Pesuruhjaya Polis YA22 Penguasa Polis YA20 Timbalan Penguasa Polis YA18 Penolong Penguasa Polis YA16 Inspektor Polis YA13 TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2016 TAFSIRAN : SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA DENGAN PERBEKALANPERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) (i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00); atau (ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88); atau (iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidangbidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63); atau (iv) Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,938.39); atau


TERHAD 2/6 TERHAD (v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15); atau (vi) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15); atau (vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91); atau (viii) ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15); atau (ix) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67). [Senarai Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(c)(vi) hingga 1(c)(vii) adalah seperti di Lampiran A1A]. dan (d) memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita; (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


TERHAD 3/6 TERHAD SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Inspektor Gred YA13, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau (ii) lulus Peperiksaan Khas; (b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan (c) had umur pelantikan: (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya. PENETAPAN GAJI PERMULAAN 5. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred YA13 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. TEMPOH PERCUBAAN 6. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. LATIHAN 7. (a) Inspektor Gred YA13 lantikan terus adalah dikehendaki mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa. (b) Inspektor Gred YA13 yang memasuki perkhidmatan melalui Peningkatan Secara Lantikan boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis Negara. GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN 8. Inspektor Gred YA13 lantikan terus yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan. PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/PEPERIKSAAN 9. Inspektor Gred YA13 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus Peperiksaan Undang-undang Tinggi yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.


TERHAD 4/6 TERHAD PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 10. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan lulus semua peperiksaan yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 11. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI 12. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENOLONG PENGUASA POLIS GRED YA16 13. Inspektor Gred YA13 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Penguasa Polis Gred YA16 yang kosong apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya oleh Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT TIMBALAN PENGUASA POLIS GRED YA18 14. Penolong Penguasa Polis Gred YA16 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Timbalan Penguasa Polis Gred YA18 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya oleh Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENGUASA POLIS GRED YA20 15. Timbalan Penguasa Polis Gred YA18 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penguasa Polis Gred YA20 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya oleh Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENOLONG PESURUHJAYA POLIS GRED YA22 16. Penguasa Polis Gred YA20 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA22 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya oleh Pegawai Memerintahnya.


TERHAD 5/6 TERHAD KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT PENOLONG KANAN PESURUHJAYA POLIS GRED YA24 17. Penolong Pesuruhjaya Polis Gred YA22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Gred YA24 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya oleh Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN KE PANGKAT YANG LEBIH TINGGI DALAM KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI 18. Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Gred YA24 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan ke pangkat yang lebih tinggi yang kosong dalan Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Kanan Polis yang berkuat kuasa pada 1.11.2013 [Surat JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013].


TERHAD 6/6 TERHAD LAMPIRAN A1A SENARAI BADAN PERAKAUNAN YANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN (i) Institut Akauntan Malaysia; (ii) Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia; (iii) Malaysian Association of Certified Public Accountants; (iv) Institute of Chartered Accountants of Scotland; (v) Institute of Chartered Accountants in England And Wales; (vi) Institute of Chartered Accountants in Ireland; (vii) Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom); (viii) Institute of Chartered Accountants in Australia; (ix) Australian Society of Certified Practising Accountants; (x) New Zealand Chartered Accountants; (xi) Canadian Institute of Chartered Accountants; (xii) Institute of Chartered Accountants of India; (xiii) Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom).


TERHAD 1/5 TERHAD LAMPIRAN A2 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : POLIS KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) PANGKAT/GRED JAWATAN/ GRED GAJI : PANGKAT GRED JAWATAN/GAJI Sub-Inspektor YA10 Sarjan Mejar YA8 Sarjan YA5/6 Koperal YA4 Lans Koperal YA2 Konstabel YA1 TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2016 TAFSIRAN : SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA DENGAN PERBEKALAN-PERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita; (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN KONSTABEL (d) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,441.00); atau


TERHAD 2/5 TERHAD (ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,441.00); atau (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,507.01); atau (iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA1: RM1,573.02). KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN SARJAN (e) diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred YA5: RM1,930.18). SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli dan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang diberi kuasa olehnya untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Konstabel Gred YA1, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: (a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau (ii) lulus Peperiksaan Khas; (b) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya; dan (c) had umur pelantikan: (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


TERHAD 3/5 TERHAD PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 4. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya. PENETAPAN GAJI PERMULAAN 5. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Konstabel Gred YA1 atau Sarjan Gred YA5 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. TEMPOH PERCUBAAN 6. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/LATIHAN 7. (a) Konstabel Gred YA1 atau Sarjan Gred YA5 lantikan terus adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan mengikuti latihan selama tempoh yang ditentukan oleh Ketua Polis Negara dari semasa ke semasa. (b) Konstabel Gred YA1 yang memasuki perkhidmatan melalui Peningkatan Secara Lantikan atau Sarjan Gred YA6 yang dinaikkan pangkat melalui Perenggan 15(a) boleh dikecualikan daripada menjalani sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan mengikut budi bicara Ketua Polis Negara. GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN 8. Konstabel Gred YA1 atau Sarjan Gred YA5 lantikan terus yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 9. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan latihan yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintahnya. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 10. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI 11. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi untuk kenaikan pangkat. KEMAJUAN SECARA TIMEBASED KE PANGKAT LANS KOPERAL GRED YA2 12. Konstabel Gred YA1 adalah layak dipertimbangkan untuk kemajuan ke pangkat Lans Koperal Gred YA2 secara time-based apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel Gred YA1; dan (c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT KOPERAL GRED YA4 13. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 yang kosong apabila telah: (a) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Rendah); atau (ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan


TERHAD 4/5 TERHAD oleh Ketua Polis Negara; (Anggota yang memilih untuk berkhidmat terus dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Sekiranya ingin bertukar keluar dari Cawangan Ketukangan, anggota dikehendaki terlebih dahulu lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah). (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KE PANGKAT KOPERAL GRED YA4 14. Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 secara timebased apabila telah: (a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat Lans Koperal Gred YA2; (b) (i) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Rendah); atau (ii) lulus peperiksaan ketukangan yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara; (Anggota yang memilih untuk berkhidmat terus dalam Cawangan Ketukangan tidak akan dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan di luar dari Cawangan Ketukangan. Sekiranya ingin bertukar keluar dari Cawangan Ketukangan, anggota dikehendaki terlebih dahulu lulus Peperiksaan Undang-undang Rendah). (c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (e) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN GRED YA6 15. (a) Konstabel YA1 atau Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang kosong apabila telah: (i) disahkan dalam perkhidmatan; (ii) mempunyai kelayakan di perenggan 1(e); (iii) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (iv) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (v) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.


TERHAD 5/5 TERHAD (b) Koperal Gred YA4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang kosong apabila telah: (i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (ii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (iii) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN MEJAR GRED YA8 16. Sarjan Gred YA5 atau YA6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Mejar Gred YA8 yang kosong apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SUB-INSPEKTOR GRED YA10 17. Sarjan Mejar Gred YA8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sub-Inspektor Gred YA10 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya. PEPERIKSAAN KHAS 18. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang telah disahkan dalam perkhidmatannya dan telah lulus Peperiksaan Undang-undang Pertengahan boleh mengambil Peperiksaan Khas yang disyaratkan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Inspektor Polis Gred YA13. PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE PANGKAT INSPEKTOR POLIS GRED YA13 19. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau manamana pihak yang diberi kuasa olehnya untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Inspektor Polis Gred YA13 yang kosong dalam perkhidmatan Pegawai Kanan Polis mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel yang berkuat kuasa pada 1.11.2013 [Surat JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013].


TERHAD 1/3 TERHAD LAMPIRAN A3 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : POLIS KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA PANGKAT/GRED JAWATAN/ GRED GAJI : PANGKAT GRED JAWATAN/ GAJI Sub-Inspektor Polis Orang Asli YP10 Sarjan Mejar Polis Orang Asli YP8 Sarjan Polis Orang Asli YP6 Koperal Polis Orang Asli YP4 Lans Koperal Polis Orang Asli YP2 Konstabel Polis Orang Asli YP1 TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2016 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974); (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: RM1,334.00). dan (d) memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita; (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


TERHAD 2/3 TERHAD PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 3. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya. PENETAPAN GAJI PERMULAAN 4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred YP1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. TEMPOH PERCUBAAN 5. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/LATIHAN 6. Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN 7. Konstabel Orang Asli Gred YP1 dalam tempoh percubaan yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan latihan yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintah. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 9. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI 10. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat. KEMAJUAN SECARA TIMEBASED KE PANGKAT LANS KOPERAL ORANG ASLI GRED YP2 11. Konstabel Polis Orang Asli Gred YP1 adalah layak dipertimbangkan untuk kemajuan ke pangkat Lans Koperal Orang Asli Gred YP2 secara time-based apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel Orang Asli Gred YP1; dan (c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintah. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT KOPERAL ORANG ASLI GRED YP4 12. Lans Koperal Orang Asli Gred YP2 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Orang Asli Gred YP4 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah.


TERHAD 3/3 TERHAD KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KE PANGKAT KOPERAL ORANG ASLI GRED YP4 13. Lans Koperal Orang Asli Gred YP2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Orang Asli Gred YP4 secara time-based apabila telah: (a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat Lans Koperal Orang Asli Gred YP2; (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN ORANG ASLI GRED YP6 14. Koperal Orang Asli Gred YP4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Orang Asli Gred YP6 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN MEJAR ORANG ASLI GRED YP8 15. Sarjan Orang Asli Gred YP6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Mejar Orang Asli Gred YP8 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SUB-INSPEKTOR ORANG ASLI GRED YP10 16. Sarjan Mejar Orang Asli Gred YP8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sub-Inspektor Orang Asli Gred YP10 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE PANGKAT KONSTABEL GRED YA1 17. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau mana-mana pihak yang diberi kuasa olehnya untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Konstabel Gred YA1 yang kosong dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel Orang Asli yang berkuat kuasa pada 1.11.2013 [Surat JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013].


TERHAD 1/3 TERHAD LAMPIRAN A4 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL SOKONGAN KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : POLIS KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA PANGKAT/ GRED JAWATAN/GRED GAJI : PANGKAT GRED JAWATAN/ GAJI Sub-Inspektor Polis Sokongan YT10 Sarjan Mejar Polis Sokongan YT8 Sarjan Polis Sokongan YT6 Koperal Polis Sokongan YT4 Lans Koperal Polis Sokongan YT2 Konstabel Polis Sokongan YT1 TARIKH KUAT KUASA : 1 JULAI 2016 TAFSIRAN : SEMUA PERKARA YANG DISEBUT DALAM PERBEKALAN INI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA DENGAN PERBEKALANPERBEKALAN DALAM AKTA POLIS 1967 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: (a) warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220.00). dan (d) memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: (i) tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita; (iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26; (iv) mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); (v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata; (vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


TERHAD 2/3 TERHAD SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. PERMOHONAN UNTUK LANTIKAN 3. Permohonan untuk lantikan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya. PENETAPAN GAJI PERMULAAN 4. Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum Gred YT1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. TEMPOH PERCUBAAN 5. Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/LATIHAN 6. Pegawai adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. GAGAL DALAM LATIHAN DAN PENAMATAN LANTIKAN 7. Konstabel Polis Sokongan Gred YT1 dalam tempoh percubaan yang gagal dalam latihannya boleh dipertimbangkan supaya tempoh latihannya dilanjutkan atau perakuan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau pihak yang telah diberi kuasa olehnya supaya perkhidmatannya ditamatkan. PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 8. Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: (a) memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda dan latihan yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai oleh Pegawai Memerintah. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 9. Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. KEPERLUAN KOMPETENSI DAN POTENSI 10. Pegawai hendaklah memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat. KEMAJUAN SECARA TIMEBASED KE PANGKAT LANS KOPERAL POLIS SOKONGAN GRED YT2 11. Konstabel Polis Sokongan Gred YT1 adalah layak dipertimbangkan untuk kemajuan ke pangkat Lans Koperal Polis Sokongan Gred YT2 secara time-based apabila telah: (a) disahkan dalam perkhidmatan; (b) berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel Polis Sokongan Gred YT1; dan (c) mendapat sokongan daripada Pegawai Memerintah. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT KOPERAL POLIS SOKONGAN GRED YT4 12. Lans Koperal Polis Sokongan Gred YT2 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Polis Sokongan Gred YT4 yang kosong apabila telah: (a) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Rendah Khas untuk Konstabel Polis Sokongan); (b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (d) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah.


TERHAD 3/3 TERHAD KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED KE PANGKAT KOPERAL POLIS SOKONGAN GRED YT4 13. Lans Koperal Polis Sokongan Gred YT2 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Polis Sokongan Gred YT4 secara time-based apabila telah: (a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat Lans Koperal Polis Sokongan Gred YT2; (b) lulus Peperiksaan Perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Rendah Khas untuk Konstabel Polis Sokongan); (c) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (d) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (e) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN POLIS SOKONGAN GRED YT6 14. Koperal Polis Sokongan Gred YT4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Polis Sokongan Gred YT6 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SARJAN MEJAR POLIS SOKONGAN GRED YT8 15. Sarjan Polis Sokongan Gred YT6 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Mejar Polis Sokongan Gred YT8 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. KENAIKAN PANGKAT KE PANGKAT SUB-INSPEKTOR POLIS SOKONGAN GRED YT10 16. Sarjan Mejar Polis Sokongan Gred YT8 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sub-Inspektor Polis Sokongan Gred YT10 yang kosong apabila telah: (a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; (b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan (c) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakannya untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintah. PENINGKATAN SECARA LANTIKAN KE PANGKAT KONSTABEL GRED YA1 17. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Sokongan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis atau mana-mana pihak yang diberi kuasa olehnya untuk Peningkatan Secara Lantikan ke pangkat Konstabel Gred YA1 yang kosong dalam perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel mengikut syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Nota: Skim perkhidmatan ini membatalkan skim perkhidmatan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel Sokongan yang berkuat kuasa pada 1.11.2013 [Surat JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Jld.25(51) bertarikh 29 Oktober 2013].


TERHAD 1/1 TERHAD LAMPIRAN A5 FORMAT IKLAN JAWATAN Rujukan Fail: 1. (a) Pangkat : Nyatakan pangkat seperti dalam skim perkhidmatan berkenaan. (b) Jabatan : Polis Diraja Malaysia (PDRM). (c) Kumpulan Perkhidmatan : Nyatakan sama ada Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Pelaksana. (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Nyatakan Klasifikasi Perkhidmatan yang mengandungi skim perkhidmatan tersebut wujud. 2. Jadual Gaji : Rujuk pekeliling perkhidmatan yang berkuat kuasa. 3. Syarat Lantikan : Seperti syarat lantikan dalam skim perkhidmatan yang berkenaan. 4. Taraf Jawatan : Nyatakan sama ada bertaraf tetap, sementara atau kontrak. 5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan : Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan (nyatakan skim perkhidmatan berkenaan) adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 6. Fungsi Bidang Tugas : Untuk diisi oleh Ketua Perkhidmatan setiap kali pengiklanan dibuat. 7. Tarikh Tutup Permohonan : Nyatakan tarikh tutup permohonan.


LAMPIRAN B


TERHAD 1/7 TERHAD LAMPIRAN B1 INDEKS JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA BIL. KUMPULAN PERKHIDMATAN / PANGKAT GRED GAJI MUKA SURAT KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI (PEGAWAI KANAN POLIS) 1 KETUA POLIS NEGARA VUYA3 3 2 TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA VUYA5 3 PESURUHJAYA POLIS VUYA6 4 TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS VUYA7 KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (PEGAWAI KANAN POLIS) 5 PENOLONG KANAN PESURUHJAYA POLIS YA24 4 6 PENOLONG PESURUHJAYA POLIS YA22 7 PENGUASA POLIS YA20 8 TIMBALAN PENGUASA POLIS YA18 9 PENOLONG PENGUASA POLIS YA16 10 INSPEKTOR YA13 KUMPULAN PELAKSANA (PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL) 11 SUB INSPEKTOR YA10 5 12 SARJAN MEJAR YA8 13 SARJAN YA6 14 SARJAN YA5 15 KOPERAL YA4 16 LANS KOPERAL YA2 17 KONSTABEL YA1


TERHAD 2/7 TERHAD INDEKS JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA BIL KUMPULAN PERKHIDMATAN / PANGKAT GRED GAJI MUKA SURAT KUMPULAN PELAKSANA (PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI) 18 SUB INSPEKTOR YP10 6 19 SARJAN MEJAR YP8 20 SARJAN YP6 21 KOPERAL YP4 22 LANS KOPERAL YP2 23 KONSTABEL YP1 KUMPULAN PELAKSANA (PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL SOKONGAN) 24 SUB INSPEKTOR YT10 7 25 SARJAN MEJAR YT8 26 SARJAN YT6 27 KOPERAL YT4 28 LANS KOPERAL YT2 29 KONSTABEL YT1


TERHAD 3/7 TERHAD KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN (Peratusan mengikut gaji pegawai) SSM401VUYA0300 Ketua Polis Negara VUYA3 11,084.00 28,146.00 9% SSM401VUYA0500 Timbalan Ketua Polis Negara VUYA5 9,178.00 24,807.00 9% SSM401VUYA0600 Pesuruhjaya Polis VUYA6 8,484.00 22,758.00 9% SSM401VUYA0700 Timbalan Pesuruhjaya Polis VUYA7 7,783.00 20,879.00 9% JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KANAN POLIS KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI MULAI 1 JULAI 2016 (RM SEBULAN) KOD GAJI KOMPUTER SSM PANGKAT GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM


TERHAD 4/7 TERHAD KOD GAJI KOMPUTER SSM PANGKAT GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN SSM401YA24000 Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis YA24 6,878.00 13,568.00 325.00 SSM401YA22000 Penolong Pesuruhjaya Polis YA22 6,108.00 12,768.00 295.00 SSM401YA20000 Penguasa Polis YA20 5,374.00 12,078.00 275.00 SSM401YA18000 Timbalan Penguasa Polis YA18 4,364.00 11,453.00 260.00 SSM401YA16000 Penolong Penguasa Polis YA16 4,009.00 10,908.00 255.00 SSM401YA13000 Inspektor YA13 2,502.00 9,803.00 230.00 JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KANAN POLIS KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL MULAI 1 JULAI 2016 (RM SEBULAN)


TERHAD 5/7 TERHAD KOD GAJI KOMPUTER SSM PANGKAT GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN SSM401YA10000 Sub Inspektor YA10 3,817.00 8,141.00 200.00 SSM401YA08000 Sarjan Mejar YA8 3,159.00 6,503.00 170.00 SSM401YA06000 Sarjan YA6 1,824.00 5,801.00 150.00 SSM401YA05000 Sarjan YA5 1,824.00 5,801.00 150.00 SSM401YA04000 Koperal YA4 2,277.00 4,787.00 120.00 SSM401YA02000 Lans Koperal YA2 1,646.00 4,172.00 110.00 SSM401YA01000 Konstabel YA1 1,441.00 4,152.00 105.00 JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL KUMPULAN PELAKSANA MULAI 1 JULAI 2016 (RM SEBULAN)


TERHAD 6/7 TERHAD KOD GAJI KOMPUTER SSM PANGKAT GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN SSM401YP10000 Sub Inspektor YP10 2,376.00 4,675.00 120.00 SSM401YP08000 Sarjan Mejar YP8 2,053.00 4,314.00 115.00 SSM401YP06000 Sarjan YP6 1,836.00 4,059.00 110.00 SSM401YP04000 Koperal YP4 1,727.00 3,814.00 105.00 SSM401YP02000 Lans Koperal YP2 1,626.00 3,293.00 90.00 SSM401YP01000 Konstabel YP1 1,334.00 3,003.00 85.00 JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL ORANG ASLI KUMPULAN PELAKSANA MULAI 1 JULAI 2016 (RM SEBULAN)


TERHAD 7/7 TERHAD KOD GAJI KOMPUTER SSM PANGKAT GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN SSM401YT10000 Sub Inspektor YT10 2,266.00 4,541.00 120.00 SSM401YT08000 Sarjan Mejar YT8 1,946.00 4,174.00 115.00 SSM401YT06000 Sarjan YT6 1,765.00 3,895.00 110.00 SSM401YT04000 Koperal YT4 1,656.00 3,634.00 105.00 SSM401YT02000 Lans Koperal YT2 1,555.00 3,266.00 90.00 SSM401YT01000 Konstabel YT1 1,220.00 2,748.00 85.00 JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM BAGI PERKHIDMATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI RENDAH POLIS DAN KONSTABEL SOKONGAN KUMPULAN PELAKSANA MULAI 1 JULAI 2016 (RM SEBULAN)


Click to View FlipBook Version