PROGRAM RECOGNITION PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING (RPEL)

WhatsApp Image 2021 11 07 at 11405 PM WhatsApp Image 2021 11 07 at 11406 PM WhatsApp Image 2021 11 07 at 11406 PM 1
WhatsApp Image 2021 11 07 at 11406 PM 2 WhatsApp Image 2021 11 07 at 11407 PM

 

ALOR SETAR, 7 Nov 21 - Verifikasi akhir yang melibatkan ujian amali dan pembentangan projek akhir ataupun Laporan Pengalaman Keterampilan Terdahulu (LPKT) bagi program Diploma Kemahiran Malaysia melalui program Recognition Prior Experiential Learning (RPEL) telah dilaksanakan bermula pada 5 Nov hingga 7 Nov 2021.Program ini adalah satu inisiatif yang dilakukan hasil kerjasama antara pihak ATM, PERHEBAT dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ianya juga telah memberi peluang kepada anggota ATM yang masih berkhidmat dan veteran ATM bagi mendapatkan pengiktirafan berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka sepanjang perkhidmatan di peringkat nasional.

Sesi Verifikasi akhir pada kali ini telah melibatkan seramai 16 orang calon yang terdiri daripada 14 calon Jurulatih Institut Teknologi Aerospace (ITAS) dan anggota TUDM daripada unit luar dan 2 calon veteran ATM. Verifikasi akhir melibatkan 2 bidang yang mengikut Standart Skill Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) iaitu Diploma Pengurusan Pentadbiran (FB-025-4:2012) dan Diploma Pengurusan Operasi Sekuriti (DS-010-4:2013) .Program yang dinilai melalui kaedah Pengiktirafan Pengalaman Terdahulu (PPT) ini telah dianjurkan oleh PERHEBAT dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua peringkat anggota TUDM dan veteran TUDM di mana ianya mampu meningkatkan kebolehpasaran anggota dan veteran yang dilahirkan oleh TUDM.

Sesi verifikasi akhir ini telah dikendalikan oleh dua Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang telah dilantik oleh JPK dan seorang pegawai pengesah Dalaman (PPD) daripada unit PPT PERHEBAT dan turut hadir adalah PW Rancang & Piawaian MTU Kejuruteraan. Dalam ucapan di majlis pembukaan verifikasi akhir ini, Pegawai Memerintah ITAS, Kol Rizam bin Ibrabim TUDM sering menekankan aspek kualiti dan faedah serta kelebihan yang bakal diterima oleh anggota sekiranya memberi komitmen terhadap proses peningkatan kendiri dengan kaedah-kaedah yang disediakan seperti RPEL ini. Beliau juga menasihatkan agar program ini dapat diteruskan agar warga TUDM dan ATM dapat bersaing dengan orang awam setelah bersara nanti dengan berbekalkan kelayakan kemahiran yang telah diiktiraf oleh Kerajaan.